tak serik dengan kecaman diterima tahun lepas,Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kembali menghasilkan video sempena Tahun Baru Cina dalam bentuk satira.Menampilkan barisan ‘pelakon’ lebih popular,wayang tahun ini dijayakan Pak Samad,Pengarah Eksekutif Suaram Cynthia Gabriel,Nurul Izzah,Khalid Samat,Ketua Publisiti DAP Hew Kuan Yau,Teresa Kok sendiri dan pelakon pembantu yang membawa watak Kilat Xia.Walaupun intipati video mahu menjemput penyokong mereka menyertai jamuan besar sempena Tahun Baru Cina pada 12 Februari ini,pelbagai sindiran dimasukkan di sepanjang durasi 5:08 minit ia berlangsung.
Barisan pembangkang dalam video ini secara jelas berniat mahu menimbulkan rasa marah rakyat apabila setiap dialog direka khas agar menyebut ‘kata kunci’ yang dapat membuka kembali ingatan rakyat pada isu-isu kontroversi yang kebanyakannya telah pun dijawab.Antaranya adalah ‘overflow’, C4,cincin permata,main golf di Hawaii,shopping naik private jet dan 1MDB.Setelah diamati video ini dipenuhi sindiran yang sebenarnya adalah taktik untuk menyuntik sentimen benci terhadap kerajaan Malaysia.jom lihat video di bawah
Walaupun secara jelas,klip video tersebut ditujukan kepada Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Najib,kali ni,Teresa Kok yang masih berhadapan dengan kes HASUTAN menerusi klip video Tahun Baru Cina tahun lepas,tidak lagi berani menggunakan nama Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Najib kecuali nama LO-JI-MA dan AH JIT.Aneh juga,kenapa agaknya Teresa Kok tidak memasukkan sekali elemen kekayaan para pemimpin DAP yang menggondolkan bukit bukau di Kelantan sehingga menyebabkan banjir lumpur.
Dengan keuntungan pembalakan bernilai ratusan juta ringgit tetapi hanya RM10,000 yang disumbangkan,manakala rakyat Pulau Pinang dengan dana daripada Kerajaan Persekutuan telah diserahkan kepada NGO pro-DAP Kelantan dan sekolah-sekolah Cina serta Husam Musa,kononnya itu duit DAP.Tidak juga Teresa Kok mahu memasukkan elemen kenaikan cukai pintu,cukai tanah, surcaj air dan pembaziran pentadbiran Lim Guan Eng yang berjumlah berbilion-bilion Ringgit walaupun dengan berani menyatakan, 1MDB rugi RM40 bilion.

Apa yang ditakuti tentang penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri dahulu,kini telah menjadi kenyataan.Akta Hasutan dan tindakan undang-undang ke atas orang seperti Teresa Kok,nampaknya tidak dapat dilakukan berbanding ke atas pemimpin-pemimpin dan marhein-marhein Melayu-Bumiputera.Buktinya,kes Teresa Kok dari tahun lepas,masih belum selesai-selesai !!!
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment