Seperti yang diketahui umum,strategi utama pembangkang kebelakangan ini adalah
untuk mencipta persepsi bahawa UMNO adalah sebuah parti rasis.Bagi mengukuhkan persepsi ini,pembangkang perlu mengerahkan seluruh jentera
media mereka untuk melakukan provokasi.Maka dari situ,anda lihat perkara yang tidak
pernah menjadi masalah sebelum ini seperti kalimah ‘Allah’ tidak boleh digunakan
oleh bukan Islam di semenanjung,tiba-tiba menjadi masalah besar apabila Kristian
menuntut untuk menggunakannya di dalam Injil berbahasa Melayu di Selangor.Pembangkang juga berusaha membina momentum perkauman dengan membangkitkan
soal Hak Istimewa Bumiputera dan juga kedudukan agama Islam dalam perlembagaan
negara secara konsisten.Setiap hari,dua perkara ini dijadikan bahan provokasi dan
propaganda bagi menimbulkan keresahan, prejudis dan seterusnya kebencian terhadap
kerajaan Melayu-Islam.Hakikat bahawa kaum minoriti yang memegang kuasa ekonomi sekali gus menafikan
bahawa mereka dipinggir oleh kerajaan,telah sengaja ditutup oleh pembangkang.
Di
masa yang sama,segala NGO seperti Dong Zong mahupun yang berkaitan hak asasi
digunakan untuk mendesak kepada perkara-perkara yang berkaitan kaum dan agama
dalam dasar kerajaan dan undang-undang negara.Hari ini,sekolah vernakular dikatakan tidak cukup lagi, tetapi orang Cina mesti
dibenarkan terpisah terus dari arus pendidikan negara dan mengiktiraf UEC,barulah
kerajaan dianggap sebagai tidak rasis.Undang-undang yang menghalang aktiviti dakwah agama lain ke atas umat Islam
dikatakan tidak menepati hak kebebasan beragama, dan kerajaan harus membiarkan
agama lain menggunakan cara muslihat untuk berdakwah melalui nama ‘Allah’,barulah
kerajaan dianggap sebagai benar-benar terbuka.Malah,undang-undang yang menghalang puak songsang LGBT yang diharamkan
oleh agama Islam dan Kristian juga perlu dihapuskan, barulah kerajaan akan dianggap
sebagai menepati konsep kesederhanaan (moderate) yang dilaungkan.
Lalu,kerajaan dihentam kiri kanan belakang dan hadapan serta atas dan bawah
sebagai rasis,korup,tidak terbuka,kolot dan ekstrem.Saban hari pemimpin pembangkang terutamanya, si-pencetus 13 Mei iaitu Lim Kit
Siang,mengingatkan rakyat tentang ancaman berulangnya tragedi itu berdasarkan
sikap kerajaan UMNO/Melayu.UMNO dipersalahkan sebagai berpotensi menyebabkan rusuhan dan pertumpahan
darah akibat bertindak balas atas provokasi mereka dan enggan membenarkan Kristian
menggunakan nama Allah dalam Injil berbahasa Melayu di semenanjung.UMNO juga dipersalahkan sebagai sengaja menimbulkan ketegangan kerana memaksa
orang-orang Cina bersatu padu dengan kaum lain dengan menghayati aspirasi negara
dan pendidikan nasional.Kononnya keengganan UMNO untuk tunduk pada desakan serta reaksi orang-orang
Melayu dalam menghadapi provokasi mereka merupakan punca perpecahan dan
ketegangan kaum.Nampaknya,bagi pembangkang UMNO wajib akur sahaja atas segala desakan dan
tuntutan pihak lain dan tidak punya hak untuk bertindak balas.Apabila keadaan menjadi semakin parah,pembangkang cuba membentuk persepsi
bahawa merekalah pejuang perpaduan. Sehubungan dengan itu,Lim Kit Siang
dan juga Anwar Ibrahim telah beberapa kali mengajak kerajaan duduk berbincang
dan bekerjasama bagi mencari jalan untuk mengatasi masalah polarisasi kaum yang
mereka cetuskan sendiri.Harapan mereka adalah supaya rakyat tidak melihat bahawa merekalah punca
perpecahan dan ketegangan tetapi sebagai penyelamat keadaan.
Malang bagi pembangkang apabila segala kepura-puraan mereka itu ‘dikantoikan’ oleh Teresa Kok dalam video ucapan Tahun Baru Cinanya.Video Teresa Kok tersebut secara jelas cuba mempersendakan Perdana Menteri dan isteri,serta dasar-dasar kerajaan.Teresa menggunakan isu-isu semasa seperti harga barang dan juga perihal peribadi anak tiri Datuk Seri Najib sebagai subjek sindiran dalam ucapannya.Malah,Teresa juga secara terbuka mengejek usaha murni Perdana Menteri untuk mengambil hati orang-orang Cina dengan menyentuh persembahan Gangnam dan pemberian gula- gula.Video Teresa Kok ini mungkin tidak salah jika dibuat sempena kempen pilihanraya umum atas dasar keterbukaan dan kebebasan bersuara.Namun,bagi seorang pemimpin pembangkang untuk menyampaikan ucapan rasmi tahun baru dengan cara menyindir dan mengejek musuhnya,menyerlahkan mentalitinya yang rendah.cuba anda lihat video di atas.adakah teresa ko sebut Malaysia atau Malay Sei Lahh,Maksud nya Melayu pergi Mati..saya terdengar sesuatu.maafkan saya kalau saya silap.kenapa nak tutup komen ??? takut kerr ??? sebelum ini ada pulak komen
apa pun teresa seharusnya lebih professional dan menggunakan kesempatan Tahun Baru Cina
ini untuk mengajak kepada perpaduan dan bersangka baik.Tahun Baru Cina bukanlah
satu acara politik dan Teresa nampaknya enggan memahaminya serta sengaja ingin
memanjangkan perpecahan walaupun di hari sambutan perayaan.tindakan Teresa membuktikan bahawa pembangkang tidak pernah berniat ke arah
kebaikan mahupun perpaduan.Apapun,terima kasih kepada Teresa kerana rakyat
kini dapat melihat sendiri hipokrasi Kit Siang dan Anwar Ibrahim serta pembangkan
keseluruhannya,dalam bercakap mengenai perpaduan.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Cuba kita dengar cara dia sebut 'Malaysia' tu adakah sama seperti sebutan yang lazimnya atau bagaimana? Cuba dengar betul-betul. Mohon Allah tunjukkan yang benar.
Post a Comment