Menteri Kerja Raya,Datuk Fadillah Yusof menyelar sikap sesetengah pihak khususnya
pembangkang yang sengaja mereka-cipta isu untuk memburuk-burukkan kerajaan
berhubung pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang.Menurut Fadillah,secara faktanya idea pembinaan jambatan itu wujud ketika zaman
Tun Mahathir menerajui kepimpinan negara,seterusnya dilaksanakan semasa
pentadbiran Pak Lah dan akhirnya siap sepenuhnya ketika Perdana Menteri,Datuk Seri
Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran negara.Ia sekali gus menolak dakwaan,kononnya kerajaan Barisan Nasional menciplak idea
pembangkang berhubung pembinaan jambatan tersebut.
“Kalau nak diikutkan,pembangkang (pada ketika itu) yang membangkitkan isu
untuk menolak pembinaan jambatan ini atas pelbagai alasan seperti membazir dan
sebagainya.Namun atas dasar kepentingan rakyat,kerajaan Barisan Nasional tetap
meneruskan pembinaannya,walaupun mereka (pembangkang) menguasai kerajaan”
katanya.
Beliau turut menolak dakwaan kononnya pihak kerajaan sengaja meluluskan
pembinaan jambatan tersebut secara bengkang-bengkok agar kos pembinaannya
meningkat sekali gus mengaut keuntungan hasil dari kutipan tol.“Mengapa ia bengkang-bengkok,sudah pasti ada sebabnya,(kerajaan) bukan sengaja
nak memanjangkan.Selain melihat kepada kesesuaian muka bumi dan akhirnya
disusuli dari sudut teknikal,barulah ia dibuat penilaian dan diputuskan.Dari segi teknikal,satu dari jajaran yang akan dilalui dan ia perlu melihat kepada
bentuk muka bumi.Sama ada apa yang berada di bawah (dasar laut) dan apa yang
berada di daratan. Dari situ pula akan dibuat kajian,apakah kesannya kepada alam sekitar termasuklah
yang berada di dalam laut agar kehidupan laut tidak terjejas.Semua ini telah diteliti
terlebih dahulu dan inilah hasilnya seperti yang akan kita lihat nanti,” jelas beliau ketika
ditemui.
Malah menurut beliau lagi,pembinaan jambatan ini juga sekali gus menolak dakwaan
yang kononnya kerajaan Barisan Nasional bersikap ‘pilih kasih’ khususnya kepada
negeri yang ditadbir oleh pakatan rakyat (PR). “Sesuai dengan apa yang dilafazkan oleh Perdana menteri, bahawa kerajaan Barisan
Nasional perlu memberikan fokus kepada rakyat dan diikuti dengan pencapaian.Atas
sebab itu,kita tidak mengira sama ada rakyat itu pembangkang ataupun tidak.Walaupun mereka (PR) yang memerintah, kerajaan tetap meneruskan pembinaan
projek tersebut, bila kita janji, kita akan laksanakan.Kerana ia memberikan pulangan
yang besar kepada rakyat sekali gus memberikan impak kepada ekonomi negara.Sebagai contoh (sekitar) kawasan Batu Kawan (tanah besar) dan Batu Maung di
bahagian pulau, sebaik sahaja jambatan ini siap dibina,kita sudah boleh melihat
kesannya.Pembangunan industri, perumahan, pusat komersial dan sebagainya.
Ini sudah pasti akan memberi peluang perniagaan dan peluang pekerjaan kepada
masyarakat setempat (khususnya) dan mereka yang tinggal di zon utara (amnya),” jelas
beliau lagi.
Pembukaan Jambatan Pulau Pinang kedua itu akan diadakan serentak dengan majlis
perasmiannya yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri pada 1 Mac ini.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment