Tindakan Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim yang secara tiba-tiba bersetuju
untuk menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Menteri Menteri
Tenaga,Teknologi Hijau Dan Air,Datuk Seri Maximus Ongkili telah mengejutkan ramai
pihak.Menurut sumber,ekoran tindakan itu ada di kalangan pimpinan PKR yang mengecam
Khalid disifatkan cuba bermain ‘tarik-tali’ dengan mengambil langkah populis tersebut.Paling menarik apabila ketika program sesi minum petang anjuran PKR di Kajang,Ketua Umum parti itu,Anwar Ibrahim dilihat agak keberatan untuk
mengulas tindakan tersebut.Namun apabila diasak berulang kali,Anwar akhirnya terpaksa menjelaskan,dia dan
parti langsung tidak dimaklumkan mengenainya.
Malah menurut penasihat ekonomi
Selangor itu lagi,dia masih mengkaji tindakan tersebut dan tidak dapat memberikan
sebarang komen buat masa ini.Terdahulu media melaporkan Khalid hadir dalam satu program menandatangani MoU
dengan kerajaan Barisan Nasional yang turut disaksikan Perdana Menteri,Datuk Seri
Najib dan Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin.MoU tersebut bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat
konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana berjumlah RM2 bilion oleh
kerajaan pusat bagi pengambil alihan saham-saham syarikat konsesi.Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin
Pakatan Rakyat (PR) akan membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air
Langat 2.Selain itu,kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65
bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.
Ekoran pengambilalihan tersebut,satu konsortium air untuk menguruskan industri air di
Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambil alihan syarikat konsesi tersebut
akan selesai dalam tempoh tiga bulan.Sumber turut mendedahkan,tindakan Khalid yang membelakangkan Anwar dan parti
itu sebagai satu usaha untuk mengambil hati rakyat Selangor sekali gus menggagalkan
sebarang percubaan untuk menggulingkannya sebagai Menteri Besar.Malah permintaan Khalid sendiri yang menawarkan diri untuk menjadi pengarah PRK
Kajang dan beberapa langkah yang dilakukan sebelum ini terutamanya dalam isu air
adalah bertujuan untuk membina imejnya sebagai seorang pemimpin hebat.
"Perlu di ingat,ahli PKR paling ramai adalah di Selangor.jika Khalid berjaya dalam
pilihan raya kecil kali ini, ia pasti membina momentum untuk pemilihan parti nanti,"
kata sumber yang mengatakan di Selangor sahaja ahli PKR adalah sebanyak 130,000
orang,” menurut sumber tersebut. Polemik isu ini di Selangor semakin meruncing apabila kerajaan negeri memutuskan
untuk mencatu air ekoran paras tadahan di beberapa empangan menunjukkan
tahap yang membimbangkan sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat.Bagi
mengelakkan terus menjadi mangsa cemuhan masyarakat, Khalid sebelum ini cuba
menyalahkan faktor cuaca dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).
Namun di dalam kenyataan balas terhadap tuduhan Khalid itu,Syabas menjelaskan
pihaknya telah memaklumkan kepada kerajaan negeri berhubung kemungkinan berlaku
kekurangan bekalan air sejak tahun 2008 lagi.Kesimpulannya Khalid sedar,tindakan Anwar yang ingin bertanding di Kajang adalah
untuk memaksanya meletakkan jawatan sebagai menteri besar.Namun sebagai ahli
politik yang sering tertidur, ternyata Khalid bukanlah sebodoh yang disangka.Walaupun Anwar sebelum ini berulang kali membayangkan hasratnya yang ingin
menjadi menteri besar,namun tindakan terbaru Khalid ini boleh menyebabkan Anwar
berputih mata.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment