Social Icons

Pages

Monday, February 24, 2014

HOT NEWS !!! #MENTERIBESAR #TERENGGANU SEDIA DISIASAT OLEH #SPRM !!! #ANWARIBRAHIM ???


Menteri Besar Terengganu,Datuk Seri Ahmad Said berkata beliau sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan projek kerajaan di Terengganu sebagaimana didakwa pembangkang. 

"Saya sedia disiasat SPRM.saya serahkan kepada SPRM untuk selesaikan masalah ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok di Kemaman,Sabtu.Beliau menyifatkan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi membuat laporan SPRM itu tidak lebih sekadar permainan politik.

Syed Azman bersama Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail yang juga Adun Bandar dan Anggota Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menyerahkan apa yang didakwa sebagai dokumen berkaitan salah laku dan penyelewengan kerajaan negeri itu kepada SPRM di Kuala Lumpur.Beliau menyerahkan enam dokumen yang berkaitan dengan isu Pasar Payang, pembalakan, perlombongan, Lebuhraya Pantai Timur 2 dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Ahmad berkata beliau akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM untuk siasatan itu. "Selebihnya...saya enggan komen," katanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Kalau apa yang dikatakan bukti oleh tok syed akan menjadi fitnah dan pihak SPRM pula tidak dapat membuktikan pula apa yang di jaja, Saya mintak YB Mat Said yang aku kenal dengan kepinpinan yang tegas dan berani kerana benar ini akan melakukan sesuatu bagi menutup aib apa yang di jaja oleh tok syed dgn geng geng dia ini.

 
 
Blogger Templates