Dalam Lim Kit Siang terus-terusan ‘berzikir’ mengenai ancaman 13 Mei di
dalam blognya,beliau nampaknya tidak gusar apabila Teresa Kok bertindak
membangkitkan kemarahan orang Melayu melalui ucapan Tahun Baru Cina yang begitu
biadap.Menurut Kit Siang,Teresa bukannya membuat provokasi perkauman tetapi
hanya mengejek Perdana Menteri dan isteri.Justeru,ia seharusnya diterima sebagai
satira masyarakat.Kit Siang juga tidak menyentuh mengenai perkataan Malay-sie di penghujung
video Teresa Kok tersebut yang menjadi penyebab utama kemarahan orang-orang
Melayu.Mungkin benar,ia tidak bermaksud menyatakan Melayu-Sial atau apa
saja yang berbentuk maki hamun terhadap orang Melayu atau Malaysia,namun Kit
Siang seharusnya merasa kesal kerana Teresa telah bertindak tidak matang dengan
mempolitikkan Tahun Baru Cina.Sebaliknya, Kit Siang berdiri teguh di belakang
Teresa,membelanya dari serangan rakyat dari berbilang kaum yang tidak dapat
menerima kebiadapan itu.
Tindakan Kit Siang jelas membuktikan bahawa beliau tidak serius dalam mengajak
kepada perpaduan nasional sekali gus mengesahkan kemusykilan ramai terhadap
peringatan bertalu-talu Kit Siang mengenai 13 Mei.Kesungguhan Kit Siang memberi amaran mengenai kemungkinan berulangnya 13
Mei mengingatkan kita kembali pada hari-hari sebelum berlakunya peristiwa berdarah
itu.Apa yang berlaku pada ketika itu menyamai apa yang berlaku hari ini di mana DAP
atau orang-orang Cina,khasnya Kit Siang sendiri menghabiskan masa ke hulu ke hilir
bercakap tentang ‘perkauman’ dan menuduhnya ke atas orang-orang Melayu.Dalam
ucapan-ucapannya menjelang Pilihanraya 1969,Kit Siang memburukkan kerajaan dan menyemai sikap prejudis,benci dan dendam terhadap orang-orang
Melayu.Dari situ, pemimpin Cina ini meniup rasa angkuh dalam diri orang-orang Cina yang
akhirnya ‘meletup’ apabila parti yang mewakili Cina menang besar di kawasan
bandar.Keangkuhan itu membawa kepada ejekan oleh orang-orang Cina terhadap
orang-orang Melayu yang kemudiannya dihalau mereka agar pulang ke kampung,hutan atau pergi mati saja!.Jika dulu Kit Siang perlu ke sana ke mari berceramah untuk menjana keangkuhan
orang-orang Cina, hari ini, Kit Siang hanya perlu menulis blog. Jika dulu kaum
Cina mengejak Melayu dengan membawa penyapu di atas lori, hari ini, mereka
membuat ‘satira’ di youtube.Apa yang menarik ialah,di masa yang sama Kit Siang cuba menonjolkan bahawa
beliaulah yang mengajak kepada perpaduan.
Perpaduan apa jika parti Kit Sianglah yang menggalakkan orang-orang Kristian agar
menuntut penggunaan nama ‘Allah’ di dalam Injil berbahasa Melayu ??? Parti Kit Siang
jugalah yang merampas tanah dan perniagaan orang-orang Melayu.Penyokong parti
Kit Siang jugalah yang memaki hamun orang-orang Melayu, kerajaan Melayu dan Raja-
raja Melayu di laman sosial mereka secara bertalu-talu.Malah,saya tidak hairan jika parti Kit Siang sendiri yang menggantung kain rentang yang
menyebut ‘Allah’ di gereja dan kemudain membaling Molotov cocktail yang dibuat dari
botol plastik ke gereja yang sama.Ini kerana suku sakat Kit Siang bukannya cerdik
sangat untuk mengetahui bahawa Molotov cocktail yang dibuat dengan botol plastik
bukanlah untuk digunakan dengan cara membaling sebegitu.Apa yang berlaku memperlihatkan seolah-olah adanya usaha oleh DAP untuk
mengulangi 13 Mei iaitu dengan menimbulkan isu sensitif,menyemarakkannya secara
berterusan dan kemudiannya menyalahkan UMNO dan orang-orang Melayu yang mula
bertindak balas terhadap mereka.
Seruan ke arah perpaduan nasional dan kerjasama dengan BN oleh Kit Siang di
blognya mungkin hanyalah ilusi bagi mengaburi mata rakyat dan juga media asing
mengenai hakikat yang DAP cuba mencetus 13 Mei.Dengan cara ini,andainya ia
benar-benar berlaku, maka Kit Siang boleh mencuci tangan bahawa kononnya beliau
telah terlebih dahulu memberi amaran mengenainya.Pada ketika itu,Kit Siang akan
berpura-pura tidak terlibat dan tidak akan memikul apa-apa tanggungjawab serta
meletakkan semuanya ke atas bahu kerajaan UMNO dan orang-orang Melayu.
Rakyat dari berbagai kaum wajar berhati-hati dengan permainan Kit Siang.Ingatlah
bahawa beliau adalah pencetus 13 Mei dan beliau tidak pernah merasa bersalah
atau menyesal,malah menafikan pula yang beliau terlibat.Apa yang beliau kesalkan
mungkin hanyalah kegagalan beliau menjatuhkan kerajaan pada ketika itu.Justeru,apakah jaminan yang beliau tidak akan mencubanya sekali lagi ???
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Mmg kiT SIAL.
Jangan percaya dan beri muka dgn cina sial sekor ni.
Post a Comment