Tindakan bekas setiausaha politik Menteri Besar Selangor,Faekah Husin yang
dilihat cuba mengaitkan kaum keluarga Timbalan Presiden PKR telah mengundang
kemarahan para penyokong Azmin Ali yang jelas tidak berpuas hati dengan tindakan
itu.Faekah yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated
(MBI) dipetik melalui laman twitternya pada 6 Februari lalu,dilihat seakan ingin
menyindir Azmin apabila berpantun mengenai ‘mereka’ yang sedang bersedih.
“Tersandung batu melatah Che Tom, Anak Pak Ali menumpang sedu,Meracau merapu
hati meruntun, Kemana hendak dibawa mengadu” katanya.
Walaupun kenyataan tersebut tidak menyebut nama Azmin secara terus,namun umum
mengetahui ‘Che Tom’ dan ‘Pak Ali’ adalah merupakan nama panggilan kepada ibu dan
bapa Azmin.Tambahan pula,pernah beberapa kali dia dilihat ‘menyerang’ Azmin sebagai tindak-
balas terhadap kritikan yang dilemparkan kepada Khalid.Malah Azmin juga pernah
melabelkan Faekah sebagai ‘anak dara tua’ sebagai respon terhadap beberapa
kenyataannya yang agak pedas sebelum ini.Paling menarik apabila tindakan Ketua Umum parti itu,Anwar Ibrahim yang dilihat lebih
menyebelahi Khalid dalam banyak isu sehingga menyebabkan Azmin seperti ‘merajuk’.
Berbalik kepada isu pantun tadi,para penyokong Azmin jelas marah dengan tindakan
Faekah itu yang dilihat agak keterlaluan apabila mengaitkan nama ibu dan bapa Azmin.Malah ada menyifatkan Faekah sebagai ‘wanita beracun’ dan tidak kurang juga yang
membalas pantun tersebut dengan mengatakannya sebagai anak dara tak laku.
“Anak Pak Husin minah tak laku,naik Mercedes dua pintu,alang nak sindir jangankan
satu,tulis lah pantun biar beribu” ujar Haziq Abdul Aziz.
Kesimpulannya di saat Anwar sedang berusaha untuk mengukuhkan kuasanya sebagai
Menteri Besar yang baru,namun perebutan kuasa dan konflik dalaman yang sedang
melanda PKR dilihat semakin hebat.Persoalannya mampukah ia diselesaikan dengan
kehadiran Anwar atau ada di kalangan mereka yang akan ‘mati’ kerana ‘ditikam’ rakan
sendiri.
Sama-samalah kita saksikan.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Tunggu lah jika Si peliwat itu dpt MB. Khalid tah kemane, Fekah tah kemane, dan semua yang menyebelahi Khalid pun hilang tah kemane.
Post a Comment