Social Icons

Pages

Tuesday, February 11, 2014

KANTOI !!! ISU #PKNS !!! #KHALIDIBRAHIM DAN PIMPINAN #PKR BERGADUH !!! APA CERITA NI ???



Mungkin kerana tidak tahan dengan desakan dan kritikan yang dikeluarkan sebelum ini,Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim akhirnya membuka mulut dengan meminta ahli parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani untuk meletakkan jawatan.Khalid yang ditemui ketika majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR Bandar Tun Razak Sabtu lalu meminta agar Abdullah yang juga merupakan Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) melepaskan jawatan tersebut kerana dilihat hanya memperjuangkan hak segelintir pegawai eksekutif berbanding golongan buruh.   

“Dia (Abdullah) pun patut ditukar juga.Tetapi dari segi itu ia menunjukkan bahawa adakah tumpuan MTUC kepada buruh-buruh seluruh negara ataupun segelintir eksekutif yang mendapat gaji lumayan dari apa yang didapati oleh buruh-buruh.Sebab mereka (yang dipecat) bukan pekerja buruh.Saya hairan mengapa MTUC boleh mengambil kira tentang pekerja-pekerja yang gajinya (sama seperti) tokeh MTUC.Jadi tidak boleh Pekerja-pekerja buruh ada tanggungjawab,mereka ini ada tanggungjawab yang lain,” katanya.   

Pada 4 Februari lalu,akhbar melaporkan hampir 30 kakitangan kontrak PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) iaitu anak syarikat PKNS dipecat serta-merta tanpa sebarang alasan daripada pihak pengurusan.Abdullah ketika diminta mengulas kenyataan tersebut,sekali lagi membidas Khalid dengan memintanya agar ‘cermin muka’ terlebih dahulu.   

“Dia cakap begitu (cabar lepas jawatan) pada saya ??? Tolong cermin sedikit diri  Khalid…saya dapat jawatan itu sebab saya dipilih oleh 620,000 orang, saya dipilih.Bukan macam dia, dapat jawatan itu sebab dia dilantik atas kapasiti sebagai seorang Menteri Besar,kalau tidak haram orang nak pilih dia sebagai Pengerusi PKNS,tolong cermin diri sedikit lah Khalid,” katanya.   

Abdullah sebelum ini menggesa agar Khalid dilucutkan jawatannya sebagai Menteri Besar kerana menyifatkan tindakan pemecatan kakitangan kontrak PKNS itu sebagai satu pengkhianatan yang cukup menjijikkan dan tak boleh diterima.   

"Inilah sebab Khalid wajib ditukar.Ini bukan negara 'kunta-kinte'. Perlu ada undang- undang sebelum berbuat sesuatu.Selaku pentadbir tertinggi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu bertanggungjawab,” tegasnya yang juga merupakan pengerusi biro pekerja PKR.

sebelum itu Bekas pengurus kanan pemasaran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB),Dr Aliff Aiman menyifatkan Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim sebagai pembohong dan penipu kerana cuba memutar-belitkan fakta sebenar berhubung isu pemecatan lebih 20 pekerja PKNS Holding.Menurut Aliff sekiranya benar wujud pertindihan jawatan seperti yang di dakwa sebelum ini,mengapa kontrak beliau dan kakitangan yang lain dilanjutkan sebelum ini oleh PKNS.

“Contohnya,saya diberikan kontrak selama setahun sebelum ini. Pada penghujung kontrak saya, ia bukan sekadar diperbaharui namun dia (PKNS) turut menambah tempoh kontrak saya selama 2 tahun lagi. (Oleh itu) apakah yang dimaksudkan sebagai ‘pertindihan jawatan’ sekiranya (PKNS) sebelum ini memutuskan untuk melanjutkan kontrak saya? Ini semua bohong, ini semua bohong, ini semua tipu,” luahnya kesal ketika ditemui.

Khalid sebelum ini menjelaskan tindakan PHSB Holding,anak syarikat PKNS untuk menamatkan kontrak lebih 20 pekerja mereka dengan notis 24 jam adalah disebabkan wujud 'pertindihan' jawatan antara pekerja tetap dan kontrak.Selain daripada itu,Khalid turut mengatakan pemecatan itu akan menjimatkan kos operasi PKNS sebanyak RM7 juta setahun.Menurut Aliff lagi,sekiranya Khalid mendakwa ia adalah merupakan satu bentuk pembaziran,mengapa PKNS memutuskan untuk mewujudkan syarikat ini dahulu? Sedangkan sebelum ini mereka mengatakan tujuan dan misi utama penubuhan PHSB adalah untuk memperkasakan dan membantu PKNS.Tambahan pula keputusan untuk mengambil kakitangan ini adalah merupakan keputusan yang dibuat oleh semua pengurusan kanan PKNS.

“Bukan kami yang melantik diri sendiri,mereka yang memutuskan untuk melantik kami.Malah gaji kami pun ditetapkan oleh mereka. Sekiranya mereka merasakan gaji kami terlalu mahal atau tinggi,berilah gaji yang difikirkan sesuai dan bukannya melakukan kami seperti binatang.Sekiranya mereka rasa orang tua ini bernilai RM 50 hengget,bayarlah RM 50 hengget” jelasnya sinis.

Beliau turut menjelaskan,sekiranya ia satu bentuk pembaziran mengapa ada di kalangan mereka sebelum ini, yang mempunyai kuasa dan pangkat telah meluluskan kenaikan gaji hampir 300 peratus ???

“Malah sekiranya diteliti,kami dimaklumkan jumlah ‘elaun perjalanan’ pihak tertentu ada yang mencecah hampir RM 8 juta” ujar beliau lagi.Beliau turut menyatakan,ada di kalangan mereka turut mengamalkan ‘kronisme’ dengan mengambil kakitangan yang terdiri daripada kaum keluarga sendiri dan perkara ini turut diketahui oleh semua pihak yang terbabit.“Mungkin ini sebahagian dari SOP yang ditetapkan oleh PKNS. Dengan mengambil mereka yang mempunyai talian seperti anak lelaki,anak perempuan. Itu kami tidak tahu” katanya lagi.

Menurut Aliff lagi hanya disebabkan ada di kalangan individu yang mempunyai kepentingan ‘cucuk sana sini’,akhirnya hampir 20 kakitangan PHSB diberhentikan secara tiba-tiba.Aliff juga mengharapkan agar PKNS menimbang semula isu ini sebelum tindakan undang-undang di ambil.Kami masih tidak mahu mengambil tindakan undang-undang (pada ketika ini) kerana kami masih setia dengan PKNS kerana kami percaya perkara ini telah dilakukan oleh sesetengah individu (menjadi dalang) untuk memalukan orang-orang tertentu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates