Isu air di Selangor semakin meruncing sepertimana amaran pakar beberapa tahun
sebelum ini.Ia berpunca dari kedegilan kerajaan PR Selangor untuk menerima
penyelesaian melalui Loji Rawatan Langat 2 mengikut tempoh perancangan asal
kerajaan pusat.Projek yang melibatkan negeri Selangor-Pahang itu dilaporkan selesai
lebih 80%,namun,kerja-kerja di Langat 2 yang sepatutnya siap pada 2014 belum pun
bermula lagi disebabkan permainan politik PR.Setakat Januari 2014,kedua-dua syarikat,Puncak Niaga dan Kumpulan Peransang
telah bersetuju secara dasarnya untuk menerima tawaran KDEB untuk mengambil
alih aset air mereka.Manakala,Gamuda Bhd, yang merupakan pemegang konsesi
lain yang terlibat dalam isu ini tidak dapat membuat keputusan terhadap tawaran
sebelumnya oleh KDEB sementara menunggu beberapa isu yang telah dibangkitkan
pada 4 Disember lalu.
Tawaran pengambilalihan bernilai RM9.65 bilion itu dibentangkan oleh kerajaan negeri
kepada syarikat konsesi pada 21 November 2013 adalah hampir sama dengan yang
telah ditolak sebelum ini. Sekali gus memperlihatkan bahawa segala penangguhan
dalam isu ini adalah sia-sia belaka.Dalam keadaan di mana rakyat begitu tertekan dengan masalah ketiadaan air,
pemimpin PR di negeri ini masih terus berpolitik.Malah,terdengar cakap-cakap di
kedai kopi bahawa krisis air ini turut dijadikan ‘modal’ politik dalam perebutan jawatan
Menteri Besar di antara pemimpin PR.Dalam hal ini,maka Khalid Ibrahim pastinya menjadi sasaran paling tepat untuk
dipersalahkan.Apatah lagi dengan kenyataan-kenyataan Khalid mengenai isu air
sebelum ini telah meletakkan dirinya sebagai seorang yang perlu bertanggungjawab
100%.Antaranya ialah laporan oleh Malaysia Chronicle pada 11 September 2013 di mana
beliau berjanji bahawa, “penyusunan industri air di negeri ini yang sudah berlarutan sejak
beberapa tahun akan diselesaikan sebelum 31 Disember ini.”
Malaysian Insider pada 10 Disember 2013 juga melaporkan seperti berikut :
“Walaupun syarikat konsesi air di Selangor menolak tawaran RM9.65 billion daripada kerajaan
negeri Selangor bagi membolehkan ia diambil alih,Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid
Ibrahim tetap optimis untuk melaksanakannya. Khalid berkata, beliau yakin penstrukturan
semula industri air di Selangor akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat”.
Namun,apa yang berlaku ialah ia masih lagi belum selesai dan rakyat semakin tertekan
sedangkan pemimpin-pemimpin PR negeri terus bertelagah sesama sendiri. Lebih
malang lagi apabila seluruh tumpuan pemimpin Selangor kini diarahkan kepada PRK
Kajang dan tiada siapa pun nampaknya yang prihatin dengan nasib rakyat Selangor
dalam menghadapi krisis air.Dalam pertelagahan ini,yang menjadi taruhan tentulah jawatan Khalid Ibrahim.Seperti
yang kita tahu,Anwar Ibrahim adalah antara salah seorang pemimpin PR yang
sedang ‘bersedia’ untuk mengambil alih jawatan MB dari Khalid Ibrahim.Justeru,adalah tidak mustahil bahawa di sebalik masalah ‘teknikal’ berikutan kedegilan
kerajaan PR.Selangor mengenai isu air,terdapat juga masalah ‘politikal’ yang
menambahkan lagi kekusutan.Desas-desus kedengaran bahawa terdapat sabotaj di
kalangan PR sendiri untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim melalui isu air iaitu dengan cara
membuat agihan bantuan bekalan secara terpilih sekadar untuk menaikkan kemarahan
rakyat.
Semakin rakyat tertekan dengan masalah air,semakin beranglah mereka terhadap
kerajaan negeri dan semakin mudahlah kerja pihak yang ingin menjatuhkan Menteri
Besar.Dalam satu sessi dialog dengan Exco Selangor,YB Dr. Yaakob Sapari di kediaman
MB Selangor pada 6 Ogos 2012, Anwar dengan yakin sekali menyatakan bahawa ‘isu
air boleh selesai’ dan satu-satunya cara penyelesaian ialah dengan meletakkan PR di
Putrajaya dan ‘keyakinan’ Anwar itulah yang menghairankan kita.Krisis air adalah masalah kerajaan negeri dengan syarikat konsesi yang berpunca dari
kedegilan pihak kerajaan negeri.Justeru,seorang Menteri Besar sahaja sepatutnya
mampu menyelesaikannya tanpa perlu menjadi Perdana Menteri.Anwar pasti tahu
perkara ini tetapi mungkin sengaja membiarkan krisis berlarutan kerana yang akan
dipersalahkan bukan dirinya,tetapi Khalid Ibrahim.Jika teori ini benar,maka ini bermakna bahawa PRK Kajang bukan sahaja membazir
tetapi merupakan pilihanraya yang benar-benar menganiaya rakyat demi keuntungan
politik seorang individu iaitu Anwar Ibrahim.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment