Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution baru-baru ini mengumumkan perlantikan
Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengarah pilihanraya kecil Dun
Kajang.Melalui kenyataan ringkas yang dikeluarkan,Saifuddin menjelaskan perlantikan Khalid
itu bagi memastikan kelancaran gerak kerja jentera pilihan raya sekali gus dapat
mempertahankan kerusi tersebut yang telah dimenangi PKR pada PRU13, tahun lalu.
"Demi menghadapi PRK Dun Kajang yang akan diadakan tidak lama lagi,PKR telah
membuat beberapa lantikan khusus untuk memastikan kelancaran gerak kerja jentera
pilihan raya.Insya-ALLAH dengan ini jentera pilihan raya PKR akan dapat bergerak
dengan berkesan demi membawa kemenangan kepada parti, PR dan rakyat Malaysia,"
katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.
Yang menjadi persoalannya ialah,dimanakah peranan Timbalan Presiden PKR,Azmin
Ali yang juga merupakan Pengerusi PKR Selangor ??? Apakah ini bermaksud Anwar tidak
lagi percaya pada Azmin yang suatu ketika dahulu merupakan ‘anak emas’ kepadanya ??? Menurut pemerhati politik,perlantikan Khalid ini secara tidak langsung memberikan
gambaran bahawa PKR cuba meminggirkan Azmin.Dalam bahasa mudah ia adalah
merupakan gerakan halus untuk ‘memulaukan’ Azmin dari terus campur tangan dalam
politik dan kepimpinan negeri.Ini kerana sekiranya dilihat dari hireiki kepimpinan parti,jawatan Azmin lebih tinggi
daripada Khalid dan sewajarnya diberikan tugas dan tanggungjawab untuk mengetuai
jentera parti yang melibatkan politik.Malah sekiranya dirujuk kepada kenyataan Anwar sebelum ini,dia secara sinis
mengatakan Khalid bukanlah merupakan seorang ahli politik yang baik. Malah perkara
itu turut diakui oleh Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kayat melalui salah satu program
wawancara sebelum ini.
Menurut Suhaizan,selepas diberikan penerangan berhubung kemelut politik di
Selangor,dia akhirnya bersetuju dengan keputusan PKR untuk meletakkan Anwar
bertanding di Kajang.Ini kerana menurutnya Khalid perlu dibantu oleh Anwar kerana dia bukan merupakan
ahli politik yang baik.Sekiranya Khalid bukan merupakan ahli politik yang baik,apa rasionalnya dia di lantik
sebagai Pengarah Pilihanraya ??? Jadi benarlah tanggapan sebelum ini yang mengatakan
kehadiran Anwar di Selangor adalah untuk mengawal dan sekaligus ‘membunuh karier’
politik Azmin.Paling menarik,apabila sumber tertinggi PKR turut mendedahkan,Anwar,Khalid
dan Wan Azizah sebenarnya sudah tidak tahan lagi dengan karenah Azmin yang
semakin ‘menjolok mata’.Oleh itu dengan kehadiran Anwar di dalam kerajaan negeri,masalah ini dijangkan dapat diselesaikan.Khalid juga dikatakan akan dilantik semula sebagai Pengerusi PKR Selangor yang
sebelum ini telah ‘dirampas’ oleh Azmin.Patutlah sejak kebelakangan ini kelibat Azmin
semakin sukar dilihat terutama dalam program-program yang melibatkan Anwar.Nampaknya peranan dan jawatannya sebagai orang no 2 parti,sudah tidak lagi
diperlukan,walaupun pada suatu ketika dahulu dia adalah merupakan pendokong dan
penyokong utama Anwar.
Bak kata pepatah,dapat gading bertuah,tanduk tidak berguna lagi.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment