‘Kajang Move’ atau Gerakan Kajang adalah satu perancangan untuk meletakkan Anwar
di tempat yang lebih signifikan di dalam politik,iaitu dengan menjadikan beliau Menteri
Besar Selangor.Mengikut perkiraan Rafizi Ramli,Pengarah Strategi PKR,gerakan ini akan membuka
peluang yang lebih baik kepada PR untuk menawan Putrajaya dalam
Pilihanraya yang akan datang.Memandangkan Anwar telah didapati bersalah
oleh mahkamah,maka Wan Azizah dipersiapkan sebagai boneka pengganti bagi
perancangan ini.Pendek kata,perancangan tetap tidak berubah tetapi diteruskan dengan Anwar
bergerak di belakang tabir.Sejauh mana sekutu PKR bersetuju dengan gerakan ini sukar untuk dipastikan.Apa
yang pasti,Wan Azizah tidak mendapat sokongan kuat sepertimana yang diharapkan
PKR.Kemerosotan undi Wan Azizah berbanding Lee Chin Cheh di Kajang,benar-
benar memalukan PKR.Nampaknya,penyokong PR di Kajang lebih mempercayai
seorang yang merupakan ‘nobody’ daripada Presdien parti sendiri.Ketidakyakinan rakyat terhadap Wan Azizah bukannya tidak berasas.
Selama ini Wan
Azizah diketahui sebagai boneka Anwar semata-mata dan tidak tahu berbuat apa-apa.Malah,Wan Azizah sendiri,tanpa berselindung mengakui,tidak tahu bagaimana untuk
menangani kemelut antara Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali,yang mana merupakan
masalah utama PKR Selangor sedangkan beliau adalah Presiden parti.Ketika ‘disuruh’ bertanding di Kajang juga,Wan Azizah mengaku tidak tahu menahu
mengenainya dan agak keberatan untuk kembali aktif berpolitik.Bayangkan,apa jenis Presiden yang tidak tahu apa-apa dan boleh disuruh-suruh ???
Bagaimana Wan Azizah boleh dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor,jika
begini sikapnya ??? Selangor adalah negeri yang paling ‘penting’ dalam Malaysia, sekali gus menjadikan
kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan negeri jauh lebih sukar berbanding negeri
lain.Hampir semua isu penting dalam negara datangnya dari Selangor.Selangor hari ini berhadapan dengan begitu banyak masalah,antaranya,masalah
air,denggi,jalan yang tidak diselenggara,pusat hiburan yang tumbuh tanpa kawalan,masalah moral anak muda,masalah murtad,isu kalimah ‘Allah’,isu harga hartanah
yang melambung tinggi, isu jurang ekonomi antara kaum yang semakin luas serta isu
perkauman.
Bagaimana Wan Azizah dapat menyelesaikan isu ini yang mana Khalid Ibrahim juga
tidak mampu ??? Apakah cukup dengan hanya menyalahkan BN atau UMNO ??? Ini belum lagi diambilkira pengurusan kewangan Selangor yang pastinya memerlukan
pengetahuan ekonomi serta ketegasan yang tinggi untuk menangani persepsi atau
mungkin juga hakikat bahawa Selangor kini dikuasai kontraktor dan peniaga DAP.Apakah Wan Azizah mampu melakukan semua ini dalam keadaan di mana suaminya
berhadapan dengan penjara dan anaknya pula mempunyai masalah rumahtangga ??? Selama Wan Azizah terlibat dalam politik,satu-satunya kebolehannya yang harus
diakui oleh setiap rakyat Malaysia ialah bakat lakonannya.Beliau mudah mengalirkan
air mata dan meraih simpati. Itu saja. Lebih dari itu, Wan Azizah sama saja seperti
mana-mana surirumah yang tidak bekerja.Justeru,‘Kajang Move’ dengan watak yang bertukar dari Anwar kepada Wan Azizah
merupakan satu strategi yang bakal merugikan rakyat Selangor sendiri.Walaupun hakikatnya Anwar di belakang Wan Azizah sekiranya Wan Azizah menjadi
Menteri Besar, ia tetap Wan Azizah yang perlu menghadiri semua program rasmi
negeri serta mempengurusikan mesyuarat,bukan Anwar.Wan Azizah juga yang perlu
menandatangani sebarang dokumen rasmi dan berjumpa dengan delegasi tetamu
negeri, bukan Anwar.Wan Azizah yang perlu ke pejabat setiap hari, bukan Anwar.Mampukah Wan Azizah melakukan semua ini ??? Apakah Wan Azizah akan berjaya
menepis kerakusan politik orang-orang di sekelilingnya di dalam PKR sendiri ??? Apakah
Wan Azizah mampu menangani kelicikan DAP atau kebebalan PAS ???
Walaupun semua rakyat Selangor sedia maklum bahawa jawapan kepada semua
persolan ini adalah ‘tidak’,tetapi melihat dari kemenangan Wan Azizah di Kajang,kita tidak mampu mengharapkan tindakan yang rasional dari PR.Sesungguhnya,penyokong PR tidak peduli biar pun pemimpin mereka tiada berkredibiliti.Contohnya,jika diletakkan Wan Azizah dengan Tun Daim sebagai pilihan Perdana
Menteri pun, mereka akan tetap memilih Wan Azizah.Kata orang,manusia sentiasa mendapat apa yang selayaknya untuk dirinya. Jika
rakyat Selangor layak mendapat MB yang tidak berfungsi, maka Allah SWT akan
meletakkan Wan Azizahlah sebagai MB mereka.Namun,Jika Wan Azizah gagal menjadi MB,maka gagallah sepenuhnya ‘Kajang Move’
ini.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
sape pilih kak wawi mmg bongok, kena sogok.
Post a Comment