Tindakan Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim yang menandatangani
Memorandum Persefahaman dengan kerajaan persekutuan terus mendapat kecaman
pelbagai pihak khususnya di kalangan pimpinan pakatan rakyat.Tidak cukup dengan
itu,para pencacai PR turut mengambil kesempatan ini untuk menghentam Khalid
dengan pelbagai kata-kata kesat,cacian dan makian.Terbaru keputusan Khalid menerima pelawaan stesen televisyen TV3,untuk ditemubual dalam program Soal Jawab berhubung memorandum persefahaman (MoU)
air ini semakin menghangatkan keadaan.Ini kerana pimpinan pembangkang sebelum ini sering menyelar dan meminta para
penyokong mereka agar memboikot media arus perdana yang dikatakan sebagai tali
barut BN/Umno.Maka keputusan Khalid itu, sudah pasti memberikan satu gambaran hebat kepada
mereka.Disebabkan itu juga,media-media sosial sejak malam kelmarin penuh dengan
sumpah seranah pencacai PR yang marah dengan tindakan Khalid itu.
Khalid disifatkan sebagai penipu dan gila kerana menggunakan media arus perdana
untuk menerangkan kepada rakyat berhubung keputusan yang dibuat itu.Selain itu
para pegawai Khalid turut dilemparkan dengan kata-cemuhan seperti ‘Bastard’ (anak
haram) dan sebagainya.Hanya kerana menerima pelawaan TV3 itu bagi menerangkan rational di sebalik
persetujuan MoU,Khalid dikatakan telah bersekongkol dengan Umno untuk
memburukkan pimpinan dan meranapkan parti Keadilan.Dia turut dikatakan bangang
dan dilabelkan sebagai ‘trojan horse’ yang bakal menghancurkan PKR.
Timbalan Presiden PKR,Mohamed Azmin Ali dan Pengarah Strategi PKR,Rafizi Ramli
sebelum ini antara yang lantang mengkritik Khalid serta mendesaknya agar segera
memberitahu isi kandungan perjanjian tersebut.Malah Azmin turut mengatakan,Khalid
tidak boleh berselindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk membuat perjanjian
rahsia.Selain itu,pimpinan PR juga turut menggesa agar Menteri Besar Selangor
itu agar tidak tergesa-gesa untuk menandatangani perjanjian awal dengan kerajaan
pusat selepas termeterainya memorandum persefahaman (MOU) sebelum ini.
Terdahulu media melaporkan Khalid hadir dalam satu program menandatangani MoU
dengan kerajaan Barisan Nasional yang turut disaksikan Perdana Menteri,Datuk Seri
Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin.
MoU tersebut bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat
konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana berjumlah RM2 bilion oleh
kerajaan pusat bagi pengambil alihan saham-saham syarikat konsesi.
KLIK UNTUK BESAR KAN
Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin PR akan membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air
Langat 2.Selain itu,kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65
bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.Ekoran pengambilalihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di
Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambil alihan syarikat konsesi tersebut
akan selesai dalam tempoh tiga bulan.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment