Setiap yang berlaku di dunia ini ada sebab dan tujuannya.Semua ciptaan di dunia ini berkait antara satu
sama lain,sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.Contohnya,bulan berkait dengan graviti
sepertimana oksigen dan karbon dioksida berkait dengan tumbuhan dan manusia.Allah SWT mencipta segala-galanya dengan bersistem,iaitu hukum sains dan matematik yang pasti.Pengaliran darah di dalam tubuh manusia serta peredaran planet di cakerawala semuanya tertakluk kepada
kadar atau perkiraan yang tetap tanpa sedikit pun berganjak darinya.Sebarang anjakan,pastinya memberi
kesan dan sebarang percubaan untuk menentang hukum ini, akan membawa bencana.Umat Islam wajib yakin bahawa perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik dan ada rahmat di
sebaliknya.MH370 hilang pada ketika umat Islam di Malaysia keliru dan bercelaru pemikirannya.Dalam kecelaruan itu,ramai yang gagal melihat pengajaran darinya.Umat yang bercelaru adalah lemah dan mudah dipengaruhi.Oleh itu,pada hari ini Umat Islam di Malaysia
telah terbahagi kepada beberapa golongan.
Sebahagian besar umat Islam gemar meletakkan diri sebagai ‘lebih Islam dari orang lain’ hanya kerana
dosanya tidak kelihatan di mata manusia.Oleh kerana dosa orang lain ternampak di matanya,maka dia tegar
menuduh segala bencana berpunca dari dosa orang itu.
Sebahagian dari umat Islam pula,bersifat seratus peratus berbeza dengan kumpulan di atas.Mereka ini ingin
menentang hukum alam, atas nama Hak Asasi Manusia.Kononnya,hukum Islam yang berdasarkan sains itu
kolot dan ketinggalan zaman.Kedua-dua jenis kumpulan umat Islam inilah yang menghuru-harakan Malaysia pada hari ini.Yang satunya
perasan alim dan yang satunya bangga menjadi jahil.
Yang satunya sanggup berikrar untuk terus berpecah-belah kononnya atas alasan sesiapa yang tidak
bersetuju dengan mereka adalah salah, berdosa dan pembawa bencana.Yang satunya pula sanggup
bekerjasama dengan pihak asing termasuk Kristian, untuk menghancurkan agama, bangsa dan negara.
Yang peliknya, kedua-dua pihak yang bertentangan fahaman ini, mampu mencari satu titik pertemuan melalui
Pakatan Rakyat.
Kesederhanaan dan kerendahan hati yang dituntut Islam menjadi sesuatu yang asing bagi mereka ini. Politik
menjadi makanan minda dan rohani hampir setiap hari.
Kebencian menjadi sifat wajib sehingga jiwa menjadi
buta tuli.Ketika umat Islam di Malaysia leka berpolitik sehingga mendustakan segala nikmat Allah SWT,maka Allah
SWT turunkan peringatan agar kembali mengenang kesejahteraan yang dikecapi sebelum ini,kembali
merendah diri serta mengakui kesilapan.Lalu,MH370 telah hilang dengan begitu misteri sehingga
membingungkan semua pakar-pakar di dunia.Namun,adakah umat Islam di Malaysia akur dan insaf akan kuasa Allah SWT ??? Apakah masing-masing mula
melihat ke dalam diri sendiri dan cuba memperbaiki kelemahan diri ???
Tidak.Sebaliknya,perkara pertama yang didengar ialah,persoalan mengenai ‘kehidupan sosial warga
penerbangan’ seolah-olah ingin mengaitkan dosa-dosa mereka dengan bencana yang berlaku.Kemudiannya,dikaitkan pula dengan dosa-dosa kerajaan yang memerintah dan dosa semua umat Islam lain - kecuali dirinya
sendiri.Yakin sekali bencana tidak berpunca dari dirinya hanya kerana dosanya tidak ternampak di mata
manusia.Beberapa pihak cuba membela warga penerbangan tetapi dicemuh sebagai anjing kerajaan.Tidak cukup dengan itu,dituduh pula kerajaan sebagai bertanggungjawab dalam kehilangan MH370 kerana
takut dengan idola peliwat mereka.Malang bagi mereka apabila media asing tiba-tiba membongkar bahawa juruterbang pesawat tersebut
merupakan fanatik kepada idola mereka.
Si juruterbang sanggup menghadiri perbicaraannya serta dikatakan
amat terkesan dengan keputusan rayuan kes tersebut.Gambar-gambar beliau dengan t-shirt ‘Democracy Is
Dead’ menjadi bukti tidak sahih bagi media asing untuk menimbulkan persoalan.Pendedahan ini sepatutnya membuatkan kita semua semakin insaf dan akur dengan segala kemungkinan
tetapi malangnya ia tidak berlaku.Pantas emosi politik mengambil alih dan menuduh semuanya direkacipta
kerana takut dengan idola peliwat mereka.Maka,mereka pun menyahut seruan media asing agar memburukkan negara sendiri, demi membela sang
idola.Habis Menteri-menteri dan pegawai-pegawai yang bertungkus lumus mencari pesawat tersebut dicemuh
dan dihina.Sedikit pun tidak ada kata-kata penghargaan jauh sekali pujian. Takut benar yang idola mereka
dikaitkan dengan misteri ini.Hujah mereka,tidak mungkin seorang yang bijak mampu menjadi fanatik kepada sesiapa jua sehingga
sanggup membunuh diri.Hakikatnya tiada siapa yang menuduh sesiapa.Apa yang berlaku hanyalah pendedahan maklumat
setakat yang diketahui oleh pihak penyiasat.Justeru, seharusnya,kita semua mengambil sikap terbuka,
tidak ‘defensive’ dan tidak pula agresif.Keterbukaan adalah langkah pertama ke arah redha serta selangkah
lebih jauh dari riak iaitu merasakan diri sendiri lebih bijak dan mengetahui.Sebenarnya,sikap fanatik,taksub atau ekstrem bukanlah asing bagi rakyat Malaysia.Contoh paling mudah ialah PRK Kajang di mana ramai yang sanggup memilih seorang boneka
dan tidak mampu bekerja, berbanding seorang yang jelas berintegriti dan berkredibiliti.Semuanya
kerana taksub dengan parti,ekstrem dalam berpolitik dan fanatik dengan Anwar Ibrahim.
Hatta,jika dicalonkan
lembu untuk parti pembangkang dan seorang bijaksana di parti kerajaan, maka lembu tersebut tetap akan
menang.Jelas,rakyat Malaysia sudah sampai di tahap di mana ‘fakta’ dan ‘angka’ tidak lagi membawa makna apa-apa
serta bertindak atas dasar emosi semata-mata.Jika tidak,takkanlah ada yang percaya bahawa kerajaan sengaja menghilangkan MH370 sedangkan yang
menanggung kerugian dan tekanannya adalah kerajaan juga.Yang untung dan yang sedang meraih
keuntungan politik dari episod ini adalah PR sahaja.Di kala kerajaan bertungkus lumus menahan segala maki cerca dari dalam dan luar negara,pembangkang
bergembira membuat berbagai cerita rekaan untuk kepentingan politik mereka.Namun,penyokong mereka masih buta.Jika ini bukan ‘fanatik’,maka apakah ia ??? Sewajarnya,rakyat Malaysia belajar dari apa yang berlaku dengan kembali kepada ketentuan Allah SWT.Inilah masanya untuk kita kembali bersatu, merendah diri dan mengambil sikap terbuka serta redha.Tiada
siapa yang menuduh sesiapa dan tiada siapa yang berhak menghukum dosa pahala sesiapa.Kalaupun
bencana berlaku kerana dosa seseorang, maka orang itu kemungkinan besarnya adalah diri kita sendiri,bukan
orang lain.Jika kita mampu memperbaiki diri dan tidak lagi menuding jari kepada sesiapa,maka sekurang-kurangnya,pemergian MH370 tidaklah sia-sia.Semoga roh mereka tenang di sana
AL-FATIHAH
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
15 comments:
Cai UMNO mana tahu bab agama. Bangsat punya UMNO
haha dah start komen bangang.ko ingat ko tu hebat sgt ke bab agama? bangsat punya pakatan haram jadah
Najib PM UMNO. Moral Najib ok ke? Cai-cai UMNO tertipu
Komen atas tu RBA. Kalau melayu tak sedar lagi memang bangang ar. Melayu yg sokong tu al munafikun.
Moral Al Juburi (Mat Sabu yang kata) lagi ok dari Najib ker???
Aku sokong rakyat China tunjuk perasaan di Kedutaan Malaysia. Rakyat Msia bolehlah kau tipu Najib. Negara luar mana boleh kamu buat tipu-tipu. Haram jadah punya PM
Najib PM paling tak bermoral dalam sejarah kepimpinan dunia. Skandal merata-rata
Yg bagus ialah moral al juburi. Empat inci dalam. Tak pecaya tanya majlis peguam. Ko dah kena ke ?
Maruah UMNO hanya terletak ada lubang jubur Saipool . Hari-hari mahu jilat lubang jubur Saipool agar UMNO gemialng & temberang
Sekendel merata rata. Dlm bilek bacaan rumah sendiri dlm tivoli villa kt hotel dgn derebar dgn tukang bancuh kopi dgn cina doll. Good !
Rakyat China pun tahu Najib kaki kelentong & kaki perempuan. Yang bangang & bodoh nak mampus Cai-cai UMNO yang percaya. Itulah bahana akibat kuat kedarah rasuah . Gelap hati
Nak jadi pemimpin yg bermoral kena menyalak tepi jln macam anjing cabut ekor bawak anak bini siap heret rakyat sekali masuk kekuar penjara. Banduan.
Susah kalau jadi penjilat al juburi. Tu semua RBA. Melayu kena insaf. Sedar diri.
Kah kah kah RBA al juburi menyalak kuat macam anjing menyalak bukit.
Kah kah kah. . .siapa maen bontot saipul ? Kah kah kah. . .empat inci dlm ? . . .kah kah kah. . .suka sama suka. ? ( kata majlis peguam ) atatunya ? Takda bukti pun. Fitnah namanya. Empat inci dlm fakta dan bukti nyata. Buta ke ? Insaflah melayu. Balek ke pangkal jln.
Post a Comment