Media Britain,The Independent,pada 10 April lepas melaporkan berkenaan 1000 etnik Cina yang telah menggugurkan kewarganegaraan Malaysia sekitar penghujung tahun 80an dan terkandas di Britain, kini bakal kembali menjadi warganegara ini atas bantuan pihak kerajaan.Kes ini pertama kali dibangkitkan pada tahun 2009 di mana akhbar pada ketika itu melaporkan bahawa beratus-ratus etnik Cina yang telah mengoyakkan passport Malaysia mereka dan berlepas ke Britain untuk menuntut hak kerakyatan di bawah undang-undang kolonial dengan Status Kerakyatan Luar Negara Britain (BOC).Bagaimanapun,tuntutan mereka telah ditolak,yang mana menyebabkan mereka menjadi pendatang haram serta tidak mempunyai negara untuk kembali.Akibatnya,mereka terpaksa melakukan kerja-kerja rencam seperti mencuci pinggan mangkuk sejak bertahun-tahun lamanya di negara bekas penjajah itu.Pada 4 April baru-baru ini,kisah mengenai mereka ini berbangkit lagi apabila Menteri Dalam Negeri,Datuk Zahid Hamidi memberi maklumbalas positif kepada DAP yang berusaha untuk membawa mereka kembali ke Malaysia.Menurut Zahid,pihaknya akan berbincang dengan kerajaan British mengenai kes ini dan memberi jaminan akan membantu menguruskan kepulangan 500 orang mereka yang terlibat.Sebuah kaunter khas akan diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membolehkan mereka melapor diri sebaik tiba di Malaysia dan mereka akan dibantu oleh pegawai imigresen di KLIA.Tidak ada syarat ketat atau ujian-ujian tertentu yang dikenakan, melainkan kemudahan semata-mata.
Jaminan Zahid ini disambut dengan sorakan kemenangan oleh DAP tetapi cemuhan oleh majoriti rakyat Malaysia.Ramai yang tidak puas hati dengan keputusan Zahid kerana kesemua mereka yang terlibat telah menunjukkan sikap permusuhan dan kebencian yang jelas terhadap negara ini dengan mengoyakkan passport mereka tanpa berfikir panjang.Pastinya,tiada di antara mereka yang mempunyai walau sebesar hama pun rasa sayang terhadap Malaysia.Apatah lagi,dengan meminta bantuan DAP,maka kita percaya,mereka turut memburuk-burukkan negara ini dan juga kerajaan ketika berada di luar negara.Cerita mereka di sana juga pasti sama saja dengan DAP,iaitu Malaysia telah menganaktirikan kaum Cina serta menutup peluang mereka untuk menjadi lebih kaya dari sedia ada.Tindakan mereka membuktikan bahawa perjuangan bermati-matian mempertahankan hak sekolah vernakular atau hak untuk bahasa ibunda di negara ini adalah hipokrasi semata-mata kerana mereka telah memilih untuk bermastautin di negara yang langsung tidak memberi mereka semua hak ini.Jelas,apa yang berlaku di sini bukanlah satu kesilapan,tetapi pengkhianatan dan pengkhianat tidak seharusnya dimaafkan apatah lagi apabila mereka tidak sedikitpun menunjukkan kekesalan.
Memandangkan DAP yang merupakan pejuang kepada nasib mereka,maka jelaslah bahawa mereka tidak mungkin akan berterima kasih kepada kerajaan,jauh sekali kembali menyokong BN atau menyayangi Malaysia walaupun setelah dibawa pulang nanti.
Justeru,kepulangan mereka nanti,tidak lain tidak bukan hanya menambahkan lagi jumlah rakyat yang tidak setia pada negara.Tindakan mereka mengoyak passport telah secara langsung membuktikan yang mereka tidak ingin lagi tinggal di malaysia.Oleh itu,jika kerajaan BN atau DAP ingin sangat membantu mereka,maka kerajaan BN dan DAP seharusnya membantu mendesak kerajaan British agar menerima mereka, bukannya mengembalikan status warganegara Malaysia kepada mereka dan nampaknya,kerajaan British juga tidak ingin mengambil manusia-manusia tamak ini untuk menyemakkan negara mereka.saya pasti,British juga mempunyai masalah tersendiri dengan kaum Cina yang sedia ada di negara itu dan tidak ingin menambahkan lagi masalah dengan menerima pengkhianat dari kaum itu dari Malaysia pula.
Kesimpulannya,apa yang berlaku kepada ‘warga tanpa negara’ ini adalah atas pilihan mereka sendiri dan mereka sendiri tidak merasa bersalah atas apa yang mereka lakukan.Sebaliknya,mereka menganggap apa yang berlaku adalah berpunca dari nasihat undang-undang yang salah, selain sikap tidak bertimbangrasa kerajaan British.Manakala kerajaan Malaysia,sudah pastinya tidak ada yang baik di mata mereka.
Justeru, kita tidak faham ‘kebaikan’ apakah yang cuba ditonjolkan oleh Kementerian Dalam Negeri dalam hal ini.Ingatlah bahawa ‘kebaikan’ dan ‘kelemahan’ kadang-kadang sukar untuk dibezakan.Janganlah kerajaan pula yang keliru antara kedua-dua perkataan itu.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
8 comments:
Tak update kee....ni propaganda DAP nak kelirukan masyarakat..tak baca ke statement terkini zahid....pls update..
suka buat baik dgn anjing dan babi komunis,bukan diaorang nak masuk islam.
Zahid tak beri apa-apa jaminan pada DAPig tu..mereka saja rekacerita...
http://celahgelegar.blogspot.com/2014/04/penjelasan-penuh-menteri-kdn-isu-cina.html.
Kepada admin semak kesahihan maklumat baru pos...jangan dok buat keliru...DAP memang nak rakyat marah kepada kerajaan....sebab berita palsu ni lah..penyokong kerajaan hemtam kerajaan balik...cth penulis ruang cuit dalam surat khabar utusan..dia pun masuk dalam jaring DAP....patutnya semak dulu dengan KDN....Bro nak masuk jaring DAP juga kee..
Pls don't come back...!
Admin dah ketinggalan bas.. Camner boleh terkeluar balik cerita suratkhabar semalam ni..
Jadi yang mana sayu betul??jangan statement yg di keluarkan oleh KDN sekadar mengaburi mata rakyat agar rakyat kembali tenang..namun hakikatnya, semuanya seperti yg telah dirancang. Jangan itu yg berlaku sudah!!
zahid hamidi perlu tegas dlm soal ini.nanti di-katakan melayu lemah dan boleh di-beli. PERLU TEGAS,JGN LAYAN KEHENDAK MEREKA. SAY NO. FULLSTOP.
Salah satu sebab aku tak sokong umno kes2 macam ni la... umno ni depan melayu kampung bukan main dengan slogan hidup melayu... tapi apa yang cina mahu semua umno bagi, mahu gunung nak buat kasino umno bagi.. mahu sekolah cina umno bagi... mau tanah melayu umno gadai..mahu negara sendiri yang terpisah dari malaysia umno bagi... macai umno mana nampak semua tu macai umno nampak duit brim
Post a Comment