“Keadilan yang tertangguh adalah sebenarnya ketidakadilan”.Hakikat ini kini sedang diputarbelitkan oleh pembangkang yang masih lagi ingin memanjangkan proses keadilan dalam kes liwat II Anwar Ibrahim.Walaupun kes telah tertangguh sejak 2008 dengan berbagai-bagai alasan,pembangkang masih menganggap ketidakadilan berada di pihak Anwar dan bukannya mangsa,iaitu Saiful Bukhari.
Setelah sekian lama keadilan berada di awang-awangan dalam kes ini,mahkamah akhirnya membuat keputusan bersalah terhadap Anwar Ibrahim pada 7 Mac lalu.Pembangkang walaubagaimanapun membuat tuduhan bahawa tarikh prosiding tersebut telah dipercepatkan kerana tarikh sebenar ialah pada 7 hingga 10 April 2014.Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Nancy Shukri menyanggah tuduhan pembangkang dengan memetik rekod rasmi mahkamah pada 28 Februari yang menetapkan tarikh perbicaraan pada 6 dan 7 Mac 2014.Menurut Nancy,tiada sebarang tarikh lain yang dipilih atau direkodkan bagi perbicaraan tersebut.
Justeru,tuduhan pembangkang konon ia sengaja dipercepatkan adalah tidak berasas sama sekali.Jelas,pembangkang hanya ingin membangkitkan keraguan terhadap kerajaan.Kononnya kerajaan sengaja memastikan keputusan kes tersebut dipercepatkan kerana takut Anwar bertanding di PRK Kajang dan menang.Namun,apa yang pasti perletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai ADUN Kajang bukanlah percaturan kerajaan.Perletakan jawatan itu merupakan perancangan Anwar Ibrahim yang terdesak memerlukan isu baru bagi mengaburi mata rakyat mengenai kes liwatnya yang hampir sampai ke penghujung.Kerajaan tidak perlu mencaturkan apa-apa kerana urusan mahkamah dan politik adalah tiada kena mengena sama sekali.Jika Anwar lebih menumpukan kepada mencari keadilan dan bukannya kuasa politik, maka soal tarikh perbicaraan tentu tidak timbul sama sekali.Seharusnya,sebagai seorang yang berhadapan dengan kes yang berat,Anwar mengenepikan dahulu cita-cita politiknya serta menumpukan sepenuhnya dalam proses membela diri serta membersihkan namanya.Dengan memilih untuk mengutamakan politik dari keadilan,maka Anwar dengan sendirinya membuktikan yang dirinya bersalah.
Anwar tidak mampu melawan hujah pendakwa jauh sekali menepis bukti-bukti forensik.Anwar tidak mampu mengemukakan alibi dan saksi yang kukuh dalam membela dirinya sendiri.Sebaliknya,Anwar telah menggunakan seluruh masa yang tertangguh iaitu hampir 6 tahun dengan mengemukakan hujah-hujah lemah serta tuduhan rambang yang tidak berasas terhadap kerajaan.Pun begitu,Anwar masih lagi ingin merungut bahawa ‘keadilan’ telah dipercepatkan.Anwar masih lagi ingin memanjangkan perbicaraan. Dalam ertikata lain, Anwar inginkan ‘ketidakadilan’.Masalah Anwar ialah,keadilan dalam kes liwat II bermakna dirinya perlu menghadapi hukuman dan Anwar ingin mengelak dari dihukum.Itu saja.Justeru,Anwar sengaja memetik tarikh itu dan ini kononnya untuk menjustifikasi keadilan untuk dirinya.Namun,tarikh yang Anwar sebut itu juga tidak pernah dicatat di mana-mana sekali gus membuktikan yang Anwar hanya berbohong atau berimaginasi sahaja dek kerana terlalu takut kepada penjara.saya faham ketakutan Anwar untuk kembali ke penjara tetapi bukankah Anwar juga yang berangan konon dirinya seperti Nelson Mandela ??? Jika benar setaraf Mandela,kenapa perlu mengelak hukuman ??? Kenapa tidak menerima sahaja takdir serta berjuang secara aman ??? Kenapa perlu menipu serta membuat kecoh semata-mata untuk mengelak dipenjarakan ???
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RNEUNGKAN
5 comments:
Sangat setuju dgn tajuk & kandungan tulisan. Titik rujukan mamat pesalah & rakan2nya memang sentiasa berubah...itulah sifatnya sama seperti kitar hidup parasit..malah lebih lg iaitu virus!... patogen era moden spt virus HIV...
Anwar sama dgn mandela. burit. pantat anwar.
Yang pasti Mandela bkn kaki rembat juboq mcm anwar peliwat tue!! Pegi mampos la hidup menyusah org shj!
Sekarang KArpal Singh dah mati. Inilah balasan Allah orang yg menghina Islam. Munchkin Anwar Ibrahim Akan menerima nasib yg sama kerana melakukan dosa2 besar- berzina, meltwat , berbohong dan menjual Kalimah Allah kepada orang2 Christian Malaysia.
Ulama yg akan terkubur secara yg tidak disangka2 kerana menghina dan mengkafirkan sesama Islam ialah Nik Aziz dan Hadi Awang. Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan mereka yg suka menghina Nabi Mohammad SAW dan Islam. Masa akan menjadi saksi. Itulah janji2 Allah.
Setuju... tunggu balasan kepada orang yang berzina dengan altantuya.. mengebom altantuya, kaki rasuah, mengkayakan anak bini, parti yg menggadai tanah melayu, parti yang melantik penasihat yahudi apco, parti yang menolak hukum islam.. moga mendapat balasan
Post a Comment