Social Icons

Pages

Saturday, April 26, 2014

FAKTA !!! BUKTI MELAYU #PEMBANGKANG #PR OTAK KE LUTUT DIDEDAHKAN !!!


Sudah menjadi adat di Malaysia,mana-mana orang Melayu yang kaya akan menjadi sasaran cemuhan.Biarpun hanya segelintir sahaja orang Melayu yang mampu duduk sebaris dengan taikun-taikun Cina,namun,kedudukan mereka sentiasa dipersoal tidak kira oleh bangsa Cina mahupun bangsa sendiri.Antara Melayu yang terpaksa menghadapi semua ini ialah Tun Daim Zainuddin dan Syed Mokhtar Al-Bukhary.Mereka ini dituduh sebagai menjadi kaya kerana UMNO,seolah-olah kekayaan mereka bukanlah dari hasil titik peluh dan kebijaksanaan sendiri.Seolah-olah merekalah manusia paling korup di dalam dunia ini.Hakikat bahawa kekayaan mereka diusahakan dari bawah dan kemudiannya dikongsi dengan rakyat melalui peluang perniagaan,pekerjaan serta kebajikan,langsung tidak diambilkira oleh pendengki mereka.Baru-baru ini,bila senarai 10 orang terkaya di Malaysia diumumkan,maka serangan ke atas Syed Mokhtar AlBukhary yang menduduki tempat ke 6,pun berulang lagi.Apa yang menarik ialah serangan paling hebat datangnya dari puak-puak Melayu PKR dan PAS.Habis semua media sosial digunakan untuk memburukkan Syed Mokhtar.Habis segala hutang Syed Mokhtar dipersoalkan. 

Sebagai pemerhati politik,saya dapat mengesan bahawa PKR dan PAS sebenarnya hanya mengambil batu dari DAP untuk dibaling ke arah Syed Mokhtar AlBukhary.Ini kerana,DAP cukup bijak untuk tidak menyerang Syed Mokhtar secara langsung bagi mengelak dari dituduh rasis.Justeru,PKR dan PAS sebagai anjing yang setia, dengan gembiranya menyerang Syed Mokhtar bagi pihak DAP.Dalam mengutuk Syed Mokhtar,Melayu hasad PKR dan PAS ini bertanya, ‘tak ada Melayu lainkah untuk diberi projek itu ???’ Atau, ‘tidak ada Melayu lainkah yang boleh berniaga gula?’ Dan, ‘hutang banyak pun dapat projek juga ???’ Di sini kita ingin bertanya kepada Melayu PAS dan PKR ini,ada berapa orang Melayu di dalam Malaysia ini yang mempunyai modal yang cukup untuk melaksanakan projek dengan kos jutaan atau berbillion ringgit ??? Dan kenapa Robert Kuok boleh memonopoli pembekalan gula tetapi Syed Mokhtar tidak boleh ??? Kenapakah YTL boleh memonopoli IPP,tetapi Syed Mokhtar tidak boleh dibenarkan memonopoli walau sekadar pembekalan gula ??? Apakah YTL tidak berhutang ??? Kenapa Robert Kuok boleh berada di tangga pertama senarai terkaya di Malaysia dengan harta berjumlah RM54,480 billion tetapi Syed Mokhtar tidak boleh menduduki tangga ke enam pun,dengan harta sebanyak hanya RM11,070 billion ??? Kenapa tidak dipersoal Ananda Krishnan di tangga ke 2,Tan Sri Teh Hong Piow ke 3,Tan Sri Quek Leng Chan ke 4 atau Tan Sri Lee Shin Cheng ke 5 ??? Kenapa yang ditangga ke 6 yang menjadi masalah kepada mereka ??? Apakah yang lain itu tidak mendapat projek atau bantuan kerajaan? Mampukah mereka ini menjadi begitu kaya tanpa sokongan kerajaan UMNO ??? 

Kita semua tahu jawapannya iaitu semua yang terkaya di Malaysia ini pasti menerima bantuan atau sokongan kerajaan dalam beberapa cara.Syed Mokhtar bukan orang politik dan adalah tidak adil nama beliau diheret ke dalam politik.Seperti mana-mana ahli perniagaan lain dari apa-apa bangsa jua,beliau menggunakan cara yang sama untuk berniaga iaitu melalui pinjaman.Beliau juga adakalanya terpaksa melobi.Kadangkala beliau kalah dalam membida tender tetapi ia tidak pernah dihebahkan.Kadangkala beliau tersilap langkah dan rugi,tetapi oleh kerana kedudukan kewangan beliau kukuh,maka kerugian itu dapat diatasi.Kadangkala beliau mendapat tender secara terus seperti juga peniaga lain,contohnya sebagaimana DAP memberi tender terus kepada syarikat yang dipercayai sebagai kroni mereka untuk projek tebatan banjir di Pulau Pinang. 

Pendek kata,Syed Mokhtar hanyalah seorang peniaga yang sama sahaja seperti 5 individu terkaya di Malaysia itu.Yang membezakan beliau dengan mereka hanyalah beliau berbangsa Melayu dan gemar membuat kebajikan kepada umat Islam dan rakyat Malaysia.Sikap Melayu PAS dan PKR terhadap Syed Mokhtar membuktikan bahawa merekalah Melayu haprak, yang masih belum maju pemikirannya,dibelenggu hasad dengki terhadap bangsa sendiri serta mendewa-dewakan dan sanggup menjadi hamba kepada bangsa lain.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

8 comments:

Anonymous said...

Memang buruk perangai Melayu dalam PR ni. Berusaha bermati-matian mengorek segala isu peniaga Melayu, macamlah taikun Cina tak rasuah. Memang sempurnalah mereka sebagai tali barut DAP. Untung betul DAP.

Anonymous said...

Mmg...untung DAPiqs ni.. sb ade PKR dan PAS jadi anjing..depa cuci tangan ja.. yg tolong menyalak kuat2..yg buatkan fitnah Dapiqs..jadi real.. Melayu..Melayu..suka betul dengki..menyalah kan kerajaan.. kadang2 terfikir macam manalah dorg kalau lah benar2 PAS ..PKR jadi kerajaan..satu hari nanti. . Bagaimana pulak salakan DAPIqs..

Anonymous said...

DAP tak perlu berkempen untuk burukkan melayu, dah ada master of liar untuk berkempen untuk DAP, Pas pun boleh tumpang semangkuk, sebab Pas tak pandai mencacai macam the great liar...cukup cukuplah anwar, engkau sudah banyak sangat menipu menyesatkan orang melayu, orang Islam, aku juga tertipu dan berdosa sebab ko, dan satu perkara yang aku nak bagi tau ko, biar lah orang melayu dngan mudah memaafkan ko bila ko mati nanti, tapi aku takkan maafkan ko bila ko mati nanti...melayu tidak lemah tetapi melayu bernama anwar membuat melayu lemah, tak kan kata kata hebat menipu, melekehkan bangsa kamu akan dimaafkan oleh melayu yang seperti aku..

Anonymous said...

tolak anwar!tolak anwar!tolak anwar!.. melayu yang merosakkan melayu kerana dengki, gila kuasa,pengkhianat bangsa dan Negara..

Anonymous said...

Ingat Allah itu maha kuasa dan maha adil, suatu Hari nti dia akn terima balasan dri yg maha esa..

Anonymous said...

Cina malaysia dan parti politik mereka dap dan mca amat berterima kasih kepada umno sebab banyak menolong bangsa mereka dalam bisnes... tujuh dari sepuluh billionaire di malaysia adalah keturunan cina yang diberi projek oleh umno... yang kita tahu telah dicucuk hidung oleh mca demi sedikit habuan dari orang cina..

Anonymous said...

Sedikit pembetulan buat admin harta syed mokhtar adalah sebanyak rm11.070 billion bukan rm11,070 billion.. sama jugak robert kuok hartanya rm54.480 billion bukan rm54,480 billion... rm54.480 billion adalah berbunyi lima puluh empat billion empat ratus lapan puluh juta.. dan rm54,480 billion pula berbunyi lima puluh empat ribu empat ratus lapan puluh billion... jika duit sebanyak itu dunia pun boleh beli... adalah lebih baik sekiranya ingin menjadi blogger supaya menjadi cerdik terlebih dahulu.. bak kata mahathir hanya yang bodoh ada dalam umno..


Anonymous said...

Haha otak ke lutut betul admin ni

 
 
Blogger Templates