Social Icons

Pages

Friday, April 04, 2014

HOT NEWS !!! #PAS SELANGOR SOKONG LAKSANA #HUDUD HASIL KERJASAMA MB DENGAN PM DS @NAJIBRAZAK !!!


PAS Selangor menyokong langkah kerajaan Kelantan untuk membawa satu rang undang-undang persendirian (private bill) berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 ke Parlimen dalam masa terdekat.Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, PAS Selangor turut menyambut baik hasrat kerajaan Persekutuan mahu membantu hasrat kerajaan Kelantan tersebut. 

"PAS Selangor berharap pembentangan rang undang-undang ini akan mendapat laluan baik untuk diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat bagi memberi kuasa kepada kerajaan Kelantan melaksanakan enakmen tersebut.PAS Selangor yakin kerajaan Kelantan jika diberi peluang menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993,maka negeri Kelantan akan menjadi contoh terbaik negeri yang dapat menyelesaikan masalah gejala sosial dan mendapat keberkatan Allah S.W.T,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. 

Beliau mengulas pengumuman Menteri Besar Kelantan,Datuk Ahmad Yakob bahawa kerajaan negeri akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) berhubung hukum hudud. Rang undang-undang itu akan dibawa ke sidang Parlimen bagi mendapatkan kebenaran untuk Kelantan melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan. 

Kata Ahmad,sebahagian besar jenayah hudud dan qisas seperti mencuri,merompak,merogol,mencedera dan membunuh di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan sebagaimana diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code).

Bekas Pengerusi DAP,Karpal Singh hari ini bagaimanapun menegaskan,DAP bertegas membantah rancangan kerajaan Kelantan tersebut dengan mendakwa hukum hudud tidak sesuai diamalkan pada zaman sekarang.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates