Social Icons

Pages

Tuesday, April 01, 2014

KURANG AJAR !!! PUAK #PEMBANGKANG #PKR HINA KAUM #DAYAK LEPAS KALAH #PRKBALINGIAN !!!


Kekalahan teruk PKR dalam PRK DUN Balingian sedikit pun tidak memberi kesan kepada pemimpin PKR Sarawak kerana mereka tahu dan percaya untuk menang di DUN Balingian bukan mudah kerana rakyat Sarawak masih setia terhadap BN.Malah,kehadiran PKR dan Pakatan Pembangkang di DUN Balingian hanya untuk menurunkan majoriti BN dan ‘test’ untuk PRN Sarawak akan datang serta tidak lebih dari itu. 

Bagaimanapun,penyokong PKR di Semenanjung meroyan apabila kecewa melihat parti kebanggaan mereka,PKR kalah teruk dalam PRK DUN Balingian.Biadapnya apabila penyokong PKR di Semenanjung yang bernama Zaidi Die dan Syed Said Sayyid sedikitpun tidak menghormati kaum Dayak yang merupakan kaum terbesar di Sarawak yang mana turut menganggotai PKR Sarawak.Lebih memeranjatkan apabila komen pedas mereka diselitkan dengan perkataan yang kurang ajar sehingga benar-benar menyentuh hati rakyat Sarawak.Ini bukan kali pertama parti politik pembangkang mahupun penyokong pembangkang bersikap biadap terhadap kaum Dayak kerana sebelum ini Presiden PAS,Abdul Hadi Awang pernah melabelkan kaum Dayak masih bercawat sebab itu tidak pandai mengundi. 

Jelas,komen penyokong pembangkang ini cuba untuk memecahbelahkan kaum di Sarawak dengan melabelkan rakyat Sarawak dengan pelbagai macam cara.Disarankan kerajaan Sarawak tidak membenarkan kedua-dua penyokong PKR ini memasuki Sarawak kerana jelas mempunyai niat untuk menghasut dan memecahbelahkan rakyat Sarawak.Apa yang pasti rakyat Sarawak tetap menolak parti PKR,PAS mahupun DAP kerana parti itu semua parti dari Semenanjung.Sarawak untuk rakyat Sarawak,biarlah rakyat Sarawak yang memerintah dan mentadbir negeri Sarawak dan semestinya rakyat Sarawak tidak menerima parti politik dari luar seperti Pakatan Pembangkang.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates