Social Icons

Pages

Thursday, May 22, 2014

FAKTA !!! #POLITIKWANG BAWA #PAKATAN #PEMBANGKANG KEPADA #KEHANCURAN !!!


Nasib dan masa depan parti-parti pembangkang di negara ini amat menarik perhatian terutamanya pasca pilihan raua umum lalu.Dengan peningkatan kerusi Parlimen ramai penganalisis politik menjangkakan kekuatan dan oengaruh mereka juga turut naik dalam persada politik tanah air.Apakah ini benar dan mempunyai asas yang kukuh untuk dipercayai bahawa telaah ini tepat ??? Mungkin ada sedikit kebenarannya kerana selalunya dalam politik jumlah penyokong yang besar menandakan pengaruh yang juga besar bagi seseorang pemimpin politik itu.Begitu juga jumlah kerusia samada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri mencerminkan penerimaan rakyat terhadap dasar,program termasuk juga janji-janji sesebuah parti politik semasa kempen pilihan raya.Tetapi ini hanya satu aspek sahaja daripada pelbagai sudut kajian yang menjadikan sesebuah parti politik itu popular di kalangan pengundi.Ada juga aspek-aspek lain yang perlu dilihat seperti orgasasi, dasar perjuangan, kualiti kepimpinan,malah saiz dan kekuatan kewangan parti tersebut. 

Senario yang berlaku kini di kalangan Pas,PKR dan Dap yang membentuk pakatan pembangkang menunjukkan imej yang berbeza sebelum dan selepas PRU13.Jika sebelum pilihan raya umum lalu mereka menunjukkan kepada rakyat seolah-olah mereka tidak boleh digugat oleh musuh politik mereka dan perpaduan mereka tidak mudah tergugat, kini senario tersebut telah bertukar.Masalah dalaman dan perebutan kuasa di kalangan pemimpin parti pembangkang bukan sahaja mengancam keutuhan organisasi mereka malah mungkin membawa mereka kepada kehancuran.Umpamanya parti rasis Dap masih bergelut dengan status samada mereka adalah parti yang sah atau haram selepas fiasko pemilihan jawatankuasa pusat parti itu pada Disember 2012.Walaupun telah diberi peringatan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan supaya pimpinan Dap tidak membuat sebarang keputusan yang membabitkan dasar parti,namun ia tetap berdegil dan meneruskan sikap degil dan angkuhnya.Dap menganggap pihak RoS mahu mengkhianatinya dan berniat jahat untuk mengharamkan parti itu walhal masalah mereka bermula apabila sekumpulan ahlinya yang membuat aduan kepada pihak bekuasa mengena dakwaan penyeleKiwengan dan penipuan semasa pemilihan CEC. 

Kini Dap sedang menghadapi dua piliha raya kecil di Bukit Gelugor dan Teluk Intan.Sudah ada ahli Dap sendiri mempersoalkan keabsahan Dap menamakan calon-calon mereka dan mahu pihak RoS membuat keputusan.Setakat ini RoS masih belum memberi kata putus dan dap juga kemungkinan berdepan dengan keputusan yang mengejutkan dari pihak berkuasa selepas kedua-dua PRK nanti. Masalah kedua yang serius melanda PKR yang sedang berdepan dengan dakwaan proses pemilihan yang amat kotor dan jijik. Juga sekumpulan ahlinya mungkin mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa calon terutamanya Azmin Ali yang dikatakan mengamalkan politik wang membeli undi secara berleluasa.

Bagaimanapun segala tindakan Azmin yang melanggar perlembagaan parti dan etika pemilihan dipandang sepi samada oleh biro politik atau jawatankuasa pemilihan pusat.Ini membuktikan PKR sedang melalui proses kehancuran apabila institusi yang dibina di dalam merangka parti tidak dapat berbuat apa-apa untuk menangani isu-isu politik wang, penyelewengan dan penipuan di dalam pemilihan.Oleh kerana kecewa kelemahan instrumen-instrumen maka sebahagian ahli yang peka terhadap kepincangan yang berlaku terpaksa mengambil keputusan di tangan mereka sendiri dengan membawa perkara ini di muka pengadilan.Walaupun dalam jumlah yang besar tidak semestinya survival pakatan pembangkang boleh bertahan lama sekiranya terus dhantui dengan gejala politik wang yang semakin membarah.Menarik juga dilihat selepas pemilihan PKR nanti dan juga selepas dua PRK nanti samada nasib menyebelahi pakatan pembangkang atau mereka yang menggali kubur sendiri.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates