Selama ini,para pecacai Pakatan,khususnya yang kuat menyokong Anwar Ibrahim sibuk menyalahkan UMNO dan menuduh para pemimpin UMNO terlibat rasuah.Kononnya mereka menyertai PKR kerana mahu menentang rasuah.Konon-kononnya para pemimpin PKR,semuanya putih bersih dan suci sesuci-sucinya dari dosa rasuah.Namun berita di atas tidak mengiyakan cakap angkuh para penyokong PKR.Sebabnya,Ketua AMK yang baru sahaja menang,Zainol Abidin bin Mohamad telah ditangkap oleh SPRM di sebuah restoran di AU2 Keramat kerana telah meminta wang sogokan bernilai RM5,000 daripada seorang kontraktor sampah untuk menyambung kontraknya semula.
Zainol Abidin kini ditahan di pejabat SPRM,Putrajaya.
Sebelum ini,Zainol Abidin adalah seorang ahli PAS namun melihat kepada ruang serta peluang yang boleh diperolehinya menerusi PKR, dia melompat dan menyertai PKR.Diberitakan juga,Zainol Abidin merupakan salah seorang daripada kroni rapat Azmin Ali.Kontrak sisa pepejal dan pembersihan melibatkan MPAJ dibolot sepenuhnya oleh Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin. Azmin Ali adalah ADUN Bukit Antarabangsa manakala Zuraidah Kamaruddin pula adalah Ahli Parlimen Ampang. MPAJ sendiri dipenuhi oleh penyokong Pakatan,dari Yang Dipertuanya,sehinggalah Ahli Majlis dan pegawai-pegawai tender.Beberapa pendedahan berhubung penyelewengan dan salahguna kuasa melibatkan MPAJ telah dibuat sebelum ini,namun tiada tindakan konkrit daripada pihak berkuasa untuk menangani masalah berkenaan.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment