DAP, pada dasarnya adalah sebuah parti tanpa pemimpin.Parti itu wujud,tetapi secara teknikalnya,barisan kepimpinannya tidak berfungsi dan tidak berhak membuat keputusan untuk parti.Ini berikutan pemilihan semula CEC pada 29 November lalu yang masih belum muktamad dan menunggu siasatan.Menurut surat pada 6 Disember lalu,ROS telah menafikan perlantikan CEC berdasarkan aduan dari kalangan perwakilan dan ahli-ahli DAP mengenai perjalanan mesyuarat dan pemilihan semula yang tidak mengikut prosedur parti.
DAP kemudiannya mengheret ROS ke mahkamah melalui permohonan semakan kehakiman dan kes ini kini masih lagi menunggu perbicaraan.Ini bermakna,DAP perlu menyelesaikan dahulu kes dengan ROS dan juga mahkamah sebelum menjalankan aktiviti parti, apatah lagi bertanding dalam Pilihanraya.Malangnya, ini tidak berlaku. DAP nampaknya sudah sah akan bertanding dalam PRK Gelugor.Jelas,SPR tidak menghalang DAP bertanding.Keadaan ini membuatkan rakyat semakin bingung melihat ‘keistimewaan’ yang dinikmati oleh parti chauvinis Cina ini.
Biarpun masih dalam siasatan,DAP tetap bergerak seperti biasa,seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Barisan CEC yang tidak sah itu juga berfungsi tanpa sebarang masalah.DAP seolah-olah boleh sahaja memanipulasi undi parti sendiri,menganiaya ahli-ahli parti sendiri,mempermainkan ROS dan kini mempermainkan mahkamah pula, tanpa sebarang tindakan.Cakap-cakap kedai kopi mula kedengaran bertanya, apakah DAP kebal dari undang-undang parti dan juga undang-undang negara ini ???
Akhir-akhir ini, ketegasan pihak kerajaan dalam berhadapan dengan karenah pembangkang sering dipersoalkan.Ramai yang melihat ‘kelembutan’ pihak kerajaan terhadap pembangkang sebagai merunsingkan, meragukan dan membahayakan.Rakyat pada dasarnya semakin tidak faham dengan apa yang berlaku dan sekali gus semakin musykil dengan hala tuju negara. Kenapakah DAP mendapat keistimewaan sebegitu rupa ??? Mereka kemudiannya mengaitkan perkara isu CEC ini dengan persoalan kenapakah satu pihak boleh mengutuk dan menghina Islam dan Melayu sesuka hati tetapi pihak Islam dan Melayu tidak boleh melakukan yang sama tanpa dikenakan tindakan segera ???
Persoalan seperti ini terus bermain di laman-laman sosial dan ia amatlah tidak sihat untuk politik Barisan Nasional.Lebih dari itu,ia juga tidak baik untuk masa depan negara, tak kira parti mana yang menjadi pemerintah.Kita tidak seharusnya membiarkan mana-mana pihak juga untuk melanggar undang-undang dan tidak menghormati pihak berkuasa.Kini segala kemusykilan terhadap DAP telah berbalik kepada ROS,kemudiannya kepada SPR dan akhirnya kepada kerajaan BN juga.Siapa yang menjadi mangsa dan siapa pula yang perlu dipersalahkan ???
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment