Social Icons

Pages

Showing posts with label PRK BUKIT GELUGOR.... Show all posts
Showing posts with label PRK BUKIT GELUGOR.... Show all posts

Saturday, May 17, 2014

#PRKBUKITGELUGOR !!! #PAS BODOH SOMBONG !!! TAK MENGAKU #NABIBUX AHLI PARTI !!! APA CERITA NI ???


di atas adalah pengakuan Nabi Bux adalah ahli PAS.nampak nya PAS takut dengan bayang bayangnya sendiri sehingga tak mengaku Ahlinya bertanding sebagai calon BEBAS.Teruknya PAS ini takut kehilangan sokongan bukan Melayu terhadap politik PR.Inilah dikatakan POLITIK BODOH SOMBONG.

GEORGETOWN : PAS sekali lagi menafikan calon Bebas,Mohamed Nabi Bux Mohd Abd Sathar yang bertanding di Parlimen Bukit Gelugor bukan ahli parti itu.Ketua Penerangannya,Datuk Mahfuz Omar berkata, berdasarkan pemeriksaan rekod keahlian di Pejabat Agung PAS mendapati nama Mohamed Nabi tiada dalam senarai ahli parti. 

"Saya bercakap berasaskan tiada rekod menunjukkan dia ahli PAS.Pemeriksaan telah dilakukan tapi keahliannya tiada dalam rekod di cawangan Kampung Banjar.Saya tak tahu mana dia dapat sijil keahlian itu.Kalau dia tetap dakwa sebagai ahli PAS tiada masalah," katanya ketika ditemui pemberita selepas ceramah di Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat di Jalan Bunga Raya,Gelugor, malam Khamis.Jelas Mahfuz sekiranya Mohamed Nabi tetap menegaskan dirinya masih ahli PAS,perkara itu akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti kerana dia telah mengambil langkah bertentangan dengan pendirian parti. 

"Jika dia tetap mendakwa dirinya ahli PAS,saya serah kepada jawatankuasa disiplin untuk menentukan kedudukan beliau.Kalau dia ahli PAS dia telah melanggar keputusan parti yang menyokong calon DAP,Ramkarpal Singh untuk bertanding di Parlimen Bukit Gelugor," katanya.Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena sekali lagi mendakwa Mohamed Bux merupakan ahli Umno. 

"Memang dia ahli Umno.Nombor keahliannya juga tersebar luas di Internet," katanya.Terdahulu ketika menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 50 hadirin di Jalan Bunga Raya di Gelugor, malam Khamis,Mahfuz mempertikaikan dan memfitnah pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk menagih simpati rakyat serta memancing undi. "Mereka janjikan sesuatu untuk ringankan beban rakyat tetapi sekarang masih lagi tercari-cari cara terbaik menangani masalah ini. "Namun, kerajaan tetapi beri BR1M yang dianggap bukan penyelesaian sebenar untuk membantu mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat, " katanya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, May 15, 2014

KANTOI !!! #PRKBUKITGELUGOR !!! CERAMAH #DAP DI KAMPUNG MELAYU HAMBAR !!!


Kehadiran calon DAP,Ramkarpal Singh Deo dan beberapa pemimpin Pakatan lain dalam ceramah politik di Kampung Melayu,Air Itam,malam Selasa lepas hambar apabila hanya dihadiri kira-kira 100 orang. Flat Kampung Melayu majoritinya terdiri daripada masyarakat Melayu yang terletak dalam Parlimen Bukit Gelugor.‪Walaupun petugas kempen meminta penduduk disitu turun menghadiri ceramah itu,permintaan nyata tidak mendapat sambutan.‬ 


Keadaan itu dilihat satu tamparan besar kepada Ramkarpal yang dilabelkan oleh DAP sebagai calon paling layak meneruskan legasi mendiang bapanya,Karpal Singh.‬‪Ketibaan Ramkarpal pada pukul 10.15 malam juga sekadar menerima tepukan ‘lemah’ daripada orang ramai.‬‪Ceramah tersebut mengulangi isu berhubung kenaikan harga barang,pelaksanaan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan tohmahan terhadap Umno serta Barisan Nasional (BN).‬ ‪

Turut hadir,Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau,Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, Timbalan Ketua Menteri I,Datuk Mohd Rashid Hasnon,Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRKBUKITGELUGOR !!! #RAMKARPAL DI MAKI OLEH PENDUDUK !!!


Lawatan calon DAP,Ramkarpal Singh Deo menjadi kecoh apabila seorang warga emas meluahkan rasa tidak puas hati berikutan aduan yang diajukan penduduk tempatan tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri.Ramkarpal yang pada mulanya bersapa mesra dengan penduduk yang sedang melakukan senaman taici di Jalan Delima,Island Glades terkejut apabila wanita itu menyuarakan kemarahan di situ. 

Wanita yang mahu dikenali sebagai Soo, 65,berkata aduan penduduk berkaitan lampu jalan di kawasan itu yang dimatikan seawal jam 5 pagi,tidak menerima sebarang maklum balas positif.Beliau berkata alasan langkah penjimatan elektrik yang digembar-gemburkan oleh kerajaan negeri hanya menyusahkan penduduk apabila dua kemalangan dilaporkan sejak lampu jalan di sekitar kawasan itu dimatikan biarpun keadaan masih gelap.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRKBUKITGELUGOR !!! #DAP JILAT LUDAH SENDIRI !!!


Dulu semasa PRU13,pembangkang terutama DAP begitu kuat menyalak hentam  pemimpin BN tak telus kerana  menggunakan sumber dan aset kerajaan membantu melancarkan kempen pilihan raya.Tetapi kini Ludah mereka itu dijilat kembali seperti anjing bila mana di kempen pilihanraya kecil Parlimem Bukit Gelugor hari ini,kenderaan dan pekerja MPPP dilihat sedang  menyiapkan tempat ceramah DAP malam ini di Taman Tun Sardon.

Perbuatan itu secara jelasnya menyalahi prinsip dan had kuasa kerajaan sementara,malah ia perlu dihentikan serta-merta.Ini kerana MPPP adalah hak rakyat P.Pinang bukannya hak mutlak parti  DAP untuk memenangkan Ramkarpal.Apakah mereka lupa apa yang mereka menyalak sebelum ini tentang isu  guna jentera kerajaan ???





Lihatlah sendiri bukti dulu mereka cakap tak serupa bikin di atas ini menghentam BN kini mereka sendiri begitu angkuh dan rakus menyalahgunakan harta kerajaan untuk kepentingan parti.Bila dah berkuasa, segala cakap mereka dulu kononnya kerajaannya  telus dan lebih baik daripada BN ternyata bohong.Entah apa lagi duit rakyat & aset kerajaan disalahgunakan DAP untuk politik mereka.-GPB



APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, May 14, 2014

#PRKBUKITGELUGOR !!! #RAMKARPAL KENA MAKI KAW-KAW !!!


Perkara penting gagal difahami oleh DAP apabila mereka memerintah Pulau Pinang.Mandat yang mereka terima dari rakyat Pulau Pinang bertujuan untuk berkhidmat kepada rakyat bukannya bertindak sesuka hati menyusahkan kehidupan rakyat.Berjimat memang bagus namun ianya haruslah bertempat.Tindakan kerajaan DAP yang mula mengekang kehidupan rakyat “ala komunis” sudah mula merimaskan mereka. 

Baru-baru ini semasa lawatan calon DAP,Ramkarpal Singh Deo ke Bukit Gelugor telah menjadi kecoh apabila seorang warga emas meluahkan rasa tidak puas hati berikutan aduan yang diajukan penduduk tempatan tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri.Memang langkah kiri Ramkarpal yang pada mulanya bersapa mesra dengan penduduk yang sedang melakukan senaman taici di Jalan Delima,Island Glades di sini terkejut apabila wanita itu menyuarakan kemarahan di situ.Wanita yang mahu dikenali sebagai Soo,65,berkata aduan penduduk berkaitan lampu jalan di kawasan itu yang dimatikan seawal jam 5 pagi, tidak menerima sebarang maklum balas positif. 

Kononnya lampu dipadamkan seawal jam 5 pagi itu sebagai langkah penjimatan elektrik.Hakikatnya tindakan tersebut hanya menyusahkan penduduk apabila dua kemalangan dilaporkan sejak lampu jalan di sekitar kawasan itu dimatikan biarpun keadaan masih gelap.DAP tidak mampu berkhidmat untuk rakyat.Mereka telah membuat terlalu banyak kesalahan yang mengecilkan hati rakyat. Kembalikan semula Pulau Pinang ke tangan Barisan Nasional.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PRKBUKITGELUGOR !!! #DAP KEBAL DARI UNDANG-UNDANG !!! APA CERITA NI ???


DAP, pada dasarnya adalah sebuah parti tanpa pemimpin.Parti itu wujud,tetapi secara teknikalnya,barisan kepimpinannya tidak berfungsi dan tidak berhak membuat keputusan untuk parti.Ini berikutan pemilihan semula CEC pada 29 November lalu yang masih belum muktamad dan menunggu siasatan.Menurut surat pada 6 Disember lalu,ROS telah menafikan perlantikan CEC berdasarkan aduan dari kalangan perwakilan dan ahli-ahli DAP mengenai perjalanan mesyuarat dan pemilihan semula yang tidak mengikut prosedur parti. DAP kemudiannya mengheret ROS ke mahkamah melalui permohonan semakan kehakiman dan kes ini kini masih lagi menunggu perbicaraan.Ini bermakna,DAP perlu menyelesaikan dahulu kes dengan ROS dan juga mahkamah sebelum menjalankan aktiviti parti, apatah lagi bertanding dalam Pilihanraya.Malangnya, ini tidak berlaku. DAP nampaknya sudah sah akan bertanding dalam PRK Gelugor.Jelas,SPR tidak menghalang DAP bertanding.Keadaan ini membuatkan rakyat semakin bingung melihat ‘keistimewaan’ yang dinikmati oleh parti chauvinis Cina ini. Biarpun masih dalam siasatan,DAP tetap bergerak seperti biasa,seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. 

Barisan CEC yang tidak sah itu juga berfungsi tanpa sebarang masalah.DAP seolah-olah boleh sahaja memanipulasi undi parti sendiri,menganiaya ahli-ahli parti sendiri,mempermainkan ROS dan kini mempermainkan mahkamah pula, tanpa sebarang tindakan.Cakap-cakap kedai kopi mula kedengaran bertanya, apakah DAP kebal dari undang-undang parti dan juga undang-undang negara ini ??? Akhir-akhir ini, ketegasan pihak kerajaan dalam berhadapan dengan karenah pembangkang sering dipersoalkan.Ramai yang melihat ‘kelembutan’ pihak kerajaan terhadap pembangkang sebagai merunsingkan, meragukan dan membahayakan.Rakyat pada dasarnya semakin tidak faham dengan apa yang berlaku dan sekali gus semakin musykil dengan hala tuju negara. Kenapakah DAP mendapat keistimewaan sebegitu rupa ??? Mereka kemudiannya mengaitkan perkara isu CEC ini dengan persoalan kenapakah satu pihak boleh mengutuk dan menghina Islam dan Melayu sesuka hati tetapi pihak Islam dan Melayu tidak boleh melakukan yang sama tanpa dikenakan tindakan segera ??? 

Persoalan seperti ini terus bermain di laman-laman sosial dan ia amatlah tidak sihat untuk politik Barisan Nasional.Lebih dari itu,ia juga tidak baik untuk masa depan negara, tak kira parti mana yang menjadi pemerintah.Kita tidak seharusnya membiarkan mana-mana pihak juga untuk melanggar undang-undang dan tidak menghormati pihak berkuasa.Kini segala kemusykilan terhadap DAP telah berbalik kepada ROS,kemudiannya kepada SPR dan akhirnya kepada kerajaan BN juga.Siapa yang menjadi mangsa dan siapa pula yang perlu dipersalahkan ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Monday, May 12, 2014

KERANA 'PARIA' PENAMAAN CALON #PRKBUKITGELUGOR KECOH !!!

 

Proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor yang berjalan lancar sedikit tercemar apabila calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohamad Zan bertengkar dengan sekumpulan penyokong parti yang bertanding.Kekecohan yang berlaku kira-kira pukul 10.45 pagi di Dewan Sri Pinang itu berlaku apabila ada dalam kalangan penyokong beragama Hindu terdengar peguam itu menyebut perkataan 'paria'.
Difahamkan,perkataan itu merujuk kepada pengerusi Bersih,Datuk S. Ambiga yang banyak menggunakan demonstrasi jalanan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.Berikutan itu,sekumpulan lelaki yang terdengar perkataan sensitif itu bersemuka dengan calon berusia 46 tahun berkenaan dan menuntut Abu Backer memohon maaf secara terbuka.
Beliau bagaimanapun enggan berbuat demikian dan bersedia untuk berdepan sebarang tindakan.Selepas kira-kira 15 minit, insiden itu berakhir tanpa sebarang penyelesaian.
Pertandingan empat penjuru itu akan menyaksikan Abu Backer dicabar oleh Ramkarpal Singh (DAP), Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan dan ahli PAS Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar yang bertanding atas tiket Bebas.Abu Backer menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.41 pagi dan akan bertanding menggunakan simbol kuda. - MStar 

#PRKBUKITGELUGOR !!! 4 CALON AKAN BERENTAP !!!


Seorang calon Bebas,Abu Bakar Sidek Mohd Zan membuat kejutan apabila hadir ke pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor hari ini.Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor yang bermula pada jam 9 pagi tadi di Dewan Sri Pinang ditutup pukul 10 pagi tadi.DAP meletakkan Ramkarpal Singh,38 tahun anak ketiga mendiang Karpal Singh,sebagai calon untuk mengekalkan kerusi parlimen itu.


Beliau dicabar,Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM),Datuk Huan Cheng Guan dan ahli PAS Gombak,Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar.Pencalonan seorang lagi calon Bebas,Lim Chee Khoon ditolak.

MCA yang sepatutnya mewakili Barisan Nasional (BN), memutuskan untuk tidak akan meletakkan calon.Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 25 Mei sebagai tarikh pengundian PRK Bukit Gelugor manakala 21 Mei untuk pengundian awal.

Kerusi Bukit Gelugor kosong berikutan kematian penyandangnya, Karpal dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lalu.Pada Pilihan Raya Umum ke-13,Karpal mengalahkan calon BN, Teh Beng Yeam dengan majoriti 42,706 undi. - Awani

Saturday, April 19, 2014

EKSKLUSIF !!! PRK !!! LALUAN SUKAR BUAT #BN DI #BUKITGELUGOR !!!


Kini,mahu tidak mahu akan diadakan Pilihanraya Kecil Bukit Gelugor.Tinggal masa dan tarikhnya akan diumumkan.biasanya,selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima notis kekosongan dari Speaker Dewan Rakyat dan mengadakan mesyuarat.Sebelum ini ada tanda tanya apakah kerusi parlimen itu akan kosong selepas Karpal Singh dijatuhkan hukuman denda RM4,000 selepas kerana menghamburkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak pada 2009.Atas kertas,laluan untuk BN menang dalam PRK Bukit Gelugor memang sukar. 

Pada Mei 2013,Karpal menang kerusi itu dengan majoriti 42,706 dari 82,042 orang yang mengundi.Bukit Gelugor merupakan kawasan di bandaraya George Town,Pulau Pinang.Bukit Gelugor mempunyai beberapa lokasi strategi seperti Gelugor,Sungai Gelugor,Sungai Dua dan bersambung dengan Jelutong.Jelutong merupakan kerusi Parlimen Karpal sejak tahun 1970 an.namun dilepaskan beliau selepas tewas dalam PRU10 pada tahun 1999.Kekalahan pertamanya selama lebih 40 tahun menjadi ADUN dan Ahli Parlimen.

Pada PRU11,2004,beliau berpindah kawasan ke Bukit Gelugor,di mana beliau menang menewaskan calon MCA dengan majoriti tipis 1,261 undi.Bagaimanapun pada PRU12,Karpal menang bergaya dengan memperolehi 21,015 undi.Sebelum mengejutkan berbagai pihak pada PRU13 dengan rekod majoriti antara yang tertinggi iaitu 42, 706 undi.Mengikut data SPR pada 2013,P51 Bukit Gelugor mempunyai 14.48 peratus atau 11,880 orang pengundi Melayu,61,112 atau 74.49 peratus pengundi Cina, 8,660 atau 10.56 pengundi India dan 0.48 peratus atau 390 lain-lain kaum.Bukit Gelugor mempunyai 21 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan 432 lokaliti.Yang pasti,seperti mana-mana PRK sebelum ini,BN perlu meletakkan calon,biar sesukar manapun haluan di atas kertas. Namun rakyat perlu diberikan pilihan.

BERIKUT RINGKASAN DATA PENGUNDIAN DI BUKIT GELUGOR 

Ringkasan Data Pengundi : 

1. Jumlah Keseluruhan Pengundi Parlimen P51 Bukit Gelugor adalah 82, 042 org dgn pecahan : 

a. Melayu - 11,880 org (14.48%) 
b. Cina - 61,112 org (74.49%) 
c. India - 8,660 org (10.56%) d. Lain2 - 390 org (0.48% )

2. Perbezaan Majoriti : 

a. PRU 11 (2004) - Calon DAP tewaskan Calon MCA majoriti 1,261undi. 
b. PRU 12 (2008) - Calon DAP tewaskan MCA majoriti 21,015 undi 
c. PRU13 (2013) - Calon DAP tewaskan Calon MCA majoriti 42, 706 undi. 

3. Jumlah Daerah Mengundi - 21 PDM.

4. Jumlah lokaliti - 432 lokaliti.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates