Perkara penting gagal difahami oleh DAP apabila mereka memerintah Pulau Pinang.Mandat yang mereka terima dari rakyat Pulau Pinang bertujuan untuk berkhidmat kepada rakyat bukannya bertindak sesuka hati menyusahkan kehidupan rakyat.Berjimat memang bagus namun ianya haruslah bertempat.Tindakan kerajaan DAP yang mula mengekang kehidupan rakyat “ala komunis” sudah mula merimaskan mereka.
Baru-baru ini semasa lawatan calon DAP,Ramkarpal Singh Deo ke Bukit Gelugor telah menjadi kecoh apabila seorang warga emas meluahkan rasa tidak puas hati berikutan aduan yang diajukan penduduk tempatan tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri.Memang langkah kiri Ramkarpal yang pada mulanya bersapa mesra dengan penduduk yang sedang melakukan senaman taici di Jalan Delima,Island Glades di sini terkejut apabila wanita itu menyuarakan kemarahan di situ.Wanita yang mahu dikenali sebagai Soo,65,berkata aduan penduduk berkaitan lampu jalan di kawasan itu yang dimatikan seawal jam 5 pagi, tidak menerima sebarang maklum balas positif.
Kononnya lampu dipadamkan seawal jam 5 pagi itu sebagai langkah penjimatan elektrik.Hakikatnya tindakan tersebut hanya menyusahkan penduduk apabila dua kemalangan dilaporkan sejak lampu jalan di sekitar kawasan itu dimatikan biarpun keadaan masih gelap.DAP tidak mampu berkhidmat untuk rakyat.Mereka telah membuat terlalu banyak kesalahan yang mengecilkan hati rakyat. Kembalikan semula Pulau Pinang ke tangan Barisan Nasional.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment