Jika ingin melihat samada cakap tak serupa bikin yang berlaku di dalam pakatan pembangkang,lihat sahajalah proses pemilihan PKR yang amat kelam kabut dan penuh dengan penipuan.Kalau dahulu banyak kekecohan berlaku semasa pemilihan PKR pada 2011 boleh dimaafkan kerana baru pertama kali mencuba pemilihan terus dari peringkat akar umbi, kini kali kedua nampaknya kekalutan yang berlaku lebih dahsyat dan parah.Pada pemilihan 2011,Azmin Ali menang besar jawatan timbalan presiden walaupun dibantah keras oleh ahli-ahli parti yang mendakwa berlaku penipuan terancang oleh kumpulan beliau.Bagaimanapun jawatankuasa pemilihan dan juga jawatankuasa disiplin akhirnya memandang sepi semua aduan dan memenangkan juga Azmin.Aduan yang dibuat oleh ahli-ahli PKR yang tidak puas hati berhubung proses pemilihan termasuk kertas undi melebihi ahli yang mengundi,proses pengiraan kertas undi yang tidak telus,ahli-ahli hantu yang dibawa ke dalam dewan untuk mengundi, ancaman ke atas pihak lawan,kertas undi dihilangkan, kertas undi yang sama nombor siri, politik wang secara terangan dan sebagainya.
Natijahnya ketika itu berlaku kekecohan dan insiden tumbuk menumbuk antara satu sama lain,baling kerusi dan perlawanan fizikal antara penyokong-penyokong kumpulan yang bertanding.Jika PKR selalu memfitnah SPR melakukan penipuan yang mereka sendiri tidak mempunyai bukti,pemilihan PKR 2011 amat jelas penipuan yang berlaku dalam pemilihan PKR adalah 1,000 kali lebih teruk.Kini perkara yang sama malah lebih teruk berlaku lagi dalam pemilihan 2014.Kali ini Azmin mempunyai dua lawan bagi mempertahankan jawatan beliau,Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail.Jika dua amalan berpuak-puak tidak begitu ketara,kali ini perpecahan dalaman PKR adalah begitu jelas.Khalid mewakili grup yang bersekutu dengan presiden manakala Saifuddin pula bersekutu dengan Nurul Izzah dan Rafizi Ramli.Kewujudan tiga puak utama dalam PKR melebarkan jurang perbezaan serta pergeseran di antara pemimpin atasan parti.
Masing-masing ingin menjatuhkan sesama sendiri dengan menggunakan pelbagai cara termasuk taktk kotor dan penipuan yang berleluasa.Sekali aduan telah dibuat terhadap Azmin yang dikatakan telah menipu dan menggunakan kuasa wang ringgit untuk membeli undi.
Apakah kali ini Anwar juga akan melindungi ‘buah hati’ beliau untuk kekalkan jawatan timbalan presiden ???
Saifuddin dikatakan mshu menjatuhkan Azmin kerana merasakan dirinya bakal presiden PKR satu hari nanti.Azmin pula menjatuhkan Khalid kerana pertelingakahan lama sejak 2008 dan mahu menjadi menteri besar.Anwar seperti biasa bersikap hipokrit dan bermuka-muka dan menunjukkan sokongan kepada Azmin walhal secara senyap ingin Saifuddin menang dan Khalid kecundang.Malah Anwar juga mahu Khalid ditendang daripada jawatan menteri besar dan menggantikan dengan isteri beliau,Dr Wan Azizah Ismail.Apa pun Anwar mahu memastikan kepentingan peribadi dan keluarganya diutamakan lebih dahulu dalam apa jua keadaan.
Anwar dijangka akan memanipulasi jawatankuasa pemilihn dan juga disiplin untuk memastikan Saifuddin memang kali ini.Ketua Umum PKR sudah hilang kepercayaan untuk menerajui parti kerana dilihat terlalu tamakkan kuasa dan mempunyi agenda peribadi melebihi kepentingan parti.
Malah Anwar sudah mula meragui kesetiaa Azmin terhadap PKR kerana mengkritik hebat ketuanya sendiri selepas PRU13 dengan meminta ketua umum itu bermuhasabah diri kerana gagal menjadi perdana menteri dan mengamalkan nepotisme.Sejak itu Anwar sudah mula cuak dengan Azmin lalu mengalihkan harapannya pula kepada Saifuddin.malas nak ulas panjang lagi,nanti berjela-jela PKR kena belasah.ini semua adalah fakta.tak macam PKR semua nya salah UMNO bila penipuan mereka didedahkan
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Kan dah terang lg bersuluh, PKR = Parti Kelentong Rakyat. Macai Pakatan Haram mcm biasa, rela DILIWAT!
Ayat2 macai PR. Ini semua salah umno. Ini semua konspirasi umno. Ini semua rancangan jahat umno. Pirahhhhhhh macai2 PR!
Post a Comment