Social Icons

Pages

Monday, June 30, 2014

BREAKING NEWS !!! ADA PERCUBAAN JAHAT MELAGAKAN MALAYSIA DAN BORNEO !!! SIAPA YEKKKK ???


“Jika kita perhatikan dengan teliti,ada gerakan tertentu yang ingin melagakan keharmonian antara Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia.Ini kita boleh lihat dari isu-isu yang dibangkitkan sejak akhir-akhir ini.Yang peliknya isu di Selangor secara tiba-tiba dikaitkan dengan Sabah dan Sarawak.Ini membimbangkan kita semua.Ada sesetengah pihak yang ingin menghancurkan hubungan baik Semenanjung dan Borneo.Mungkin juga kerana pilihanraya negeri yang semakin hampir. Ini taktik politik kotor yang kita semua perlu hindari.”- Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff,Wakil Persatuan Kebajikan Shah Alam. 

Hubungan baik antara Semenanjung,Sabah dan Sarawak sememannya telah wujud sekian lamanya.Namun begitu,terdapat beberapa insiden yang berlaku di Semenanjung Malaysia yang cuba dikaitkan dengan Sarawak agar perasaan benci terhadap kerajaan pemerintah diwujudkan agar orang-orang Sarawak menolak pemerintahan yang sedia ada.Bermula dengan hal-hal antara agama yang berlaku di Selangor,ia disensasikan oleh para politikus pembangkang untuk menjatuhkan kesalahan kepada kerajaan Malaysia.Walhal apa yang berlaku adalah hal dalaman negeri di Semenanjung dan tidak langsung boleh dikaitakn dengan keadaan di Sarawak.Contohnya,tentang isu kalimah Allah yang sibuk diperkatakan hingga sekarang. Ianya hanya tertakluk di negeri Selangor kerana wujudnya larangan tertentu di dalam negeri Selangor berkenaan penggunaan terma-terma keagamaan tertentu yang ekslusif kepada umat Islam.Perkara ini tidaklah berkaitan dengan negeri Sarawak yang mempunyai struktur sosial yang terlalu berbeza dengan negeri Selangor atau mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia. 

Sarawak dan Sabah adalah umpama dua mutiara yang amat berharga untuk Malaysia.Keunikan kedua-dua negeri ini difahami dan dihormati oleh kerajaan Malaysia.Namun ada pihak yang tidak bertanggungjawab ingin memaparkan kononya kerajaan Malaysia tidak sensitif dalam isu berkaitan hal antara agama. Mereka bukan sahaja ingin memecahbelahkan rakyat Malaysia dengan memaparkan cerita-cerita tidak benar,tapi ada diantara mereka yang menghasut secara terang-terangan agar wujud rasa tidak puas hati antara rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak kepada kerajaan persekutuan dan juga rakyat Malaysia di Semenanjung.Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita semua hendaklah sabar dan bertenang apabila mendapat berita-berita terutamanya dari media alternatif seperti blog, facebook dan portal. 

Ini kerana terlalu banyak khabar angin yang ditiupkan bersifat negatif,sedangkan kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersatu padu dalam membangunkan negara kita.Pertelingkahan antara sesama rakyat yang berlainan agama ataupun bangsa perlu diselesaikan dengan cara lembut dan berdiplomasi.Jangan kita terlalu teruja dalam menjawab sesuatu isu sehingga hilang budi pekerti kita kepada saudara senegara kita sendiri.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

menang jadi arang dan kalah jadi abu sementara pihak ketiga, "born again western dodges", mungkin dapat apa yang dihajati.

Anonymous said...

tanpa kehadiran undi mereka di semenanjung, pakatan juga tidak akan ke mana-mana apatah lagi ke Putrajaya.

 
 
Blogger Templates