Pakatan pembangkang semakin goyah setelah Dap kehilangan kerusi parlimen Teluk Intan pada pilihan raya kecil lalu.Boleh dikatakan belum selesai pelbagai masalah yang membelenggu ketiga-tiga Pas,Dap dan PKR,kini pembangkang terpaksa menelan pil pahit menerima hakikat bahawa rakyat sudah sedar dan mula menolak mereka.Dap sehingga kini masih menjilat luka yang dialaminya di Teluk Intan seperti seekor singa tua yang sudah tidak bermaya lagi.Apa tidaknya,Dap memasuki gelanggang kempen pilihan raya dengan penih angkuh dan bongkak dengan mengatakan pengundi yang dahulunya memberi kemenangan dengan majoriti lebih 7,000 kepada mereka akan tetap bersama parti itu pada kali ini.Harapan dan impoian mereka ranap apabila bukan sahaja mereka gagal mempertahankan benteng majoriti yang besar itu malah kalah pula kepada Barisan Nasional dengan 238 undi.Inilah yang dikatanan menangis tidak berlagu kerana pemimpin tertinggi Dap pusat dan negeri Perak terpegun dan terkedu dengan keputusan tersebut malah ada yang tidak segan silu menangis teresak-esak.Sehingga kini mereka masih tercari apa sebab sebenarnya yang menyumbangkepada kekalahan teruk parti itu di Teluk Intan yang dilaungkan sebagai kubu selamat mereka.Adakah Dap kini akan menukar strategi kempen dan pemilihan calon mereka akibat kekalahan yang memalukan ini ???
Apa yang jelas belum sempat mereka melakukan post mortem kekalahan pada malam yang sama setiausaha agung Dap, Lim Guan Eng sudah menyalahkan calon perempuan Melayu muda,Dyana Sofea Daud kerana beliau bukan bangsa Cina.Alasan ini sengaja diberikan kerana beliau tahu fraksi yang menentang dinasti Lim di dalam Dap yang diketuai oleh pengerusi Perak,Ngeh Koo Ham akan menghentam bapa Guan Eng, Kit Siang.Sementara Dap teraba-raba mencari alasan untuk menutup sikap cauvinis dan perkauman parti itu yang menjadi sebab utama kekalahan parti itu,rakannya PKR masih terus bergelut dengan masalah dalamannya yang serius.Memang benar kata mendiang Karpal Singh yang menganggap PKR sebagai ikatan pakatan pembangkang yang paling lemah.Perihal pemilihan parti yang diadakan dua bulan lepas, sehingga kini keputusan siapa yang menang pertandingan sengit jawatan timbalan presiden PKR antara Azmin Ali,Khalid Ibrahim dan Saifuddin Nasution Ismail masih belum dapat diumumkan.Sebabnya senang sahaja kerana terdapat terlalu banyak undur penipuan proses pengundian,penyelewengan kertas undi dan gejala politik wang yang berleluasa, jawatankuasa pemilihan parti tidak dapat menentukan sebarang keputusan.
Alangkah malunya ketua umum PKR Anwar Ibrahim yang bercita-cita untuk memimpin negara sebagai perdana menteri tetapi kemampuannya tidak kesampaian utuk menyelesaikan kemelut dalam parti sendiri.
Begitu juga dengan pimpinan PKR yang begitu gah dan mendabik dada satu ketika dahulu mengatakan parti itu parti pilihan anak muda tetapi lihat apa yang dilakukan untuk menambat hati generasi muda.Apa yang berlaku semasa proses pemilihan PKR dan apa yang dilakukan oleh pemimpin mereka semasa berkempen adalah amat jauh sekali daripada nilai-nilai integriti,moral,etika dan disiplin.
Semasa berkempen sesiapa sahaja boleh berkata apa sahaja tanoa menghirau peraturan parti.
Apabila ada pihak yang membuat aduan dan menegur pimpinan parti mereka pula yang dianggap disiplin lalu terus digantung keahlian.Inikah nilai-nilai keadilan dan ketelusan yang ingin diajar PKR kepada generasi muda yang menyokong mereka dengan mengamalkan dua jenis peraturan – satu untuk kelas pimpinan yang kebal daripada sebarang kesalahan dan satu lagi kelas ahli biasa yang tidak mempunyai hak untuk bersuara.
Porak peranda yang berlalu di dalam PKR bukan sahaja akan menghancurkan pakatan pembangkang tetapi akan menjadi penyebab utama kehancuran mereka.Harapan baru yang cuba disogokkan kepada rakyat melalui slogan basi PKR sebenarnya adalah dalih untuk mereka terus menutup segala onar dan kerosakan yang kini merebak di dalam parti itu.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
SIKAP MENYALAHKAN ORANG LAIN atas kelemahan, kekalahan dan kealpaan sendiri akhirnya akan merugikan negara kalau diberikan kuasa, yakni mereka tidak gentar untuk tidak memenuhi impian dan kehendak rakyat lantaran kalau gagal sudah ada pihak lain boleh dijadikan scapegoat.
Sikap perkauman tidak akan membawa dapigs ke mana-mana mlh bakal mnjdi punca kejatuhan mereka. Umno hnya perlu muhasabah diri dan perlu mndkti rakyat dan bknnya smkin kaya raya serta sombong.
Post a Comment