Pembangkang sekarang menggunakan lidah rasmi Harakah untuk menghentam UiTM selepas calon DAP Teluk Intan menyerang UiTM sebelum ini.
Persamaan Harakah dan Dyana ialah keduanya Melayu dan mereka dipergunakan untuk menyerang dan mempertikaikan institusi milik Melayu ini.
Ini adalah agenda tersusun Pakatan Pembangkang yang mahu rakyat melihat bukan Cina,bukan India tetapi Melayu yang pertikaikan Institusi Melayu sendiri.
Apa yang diperbesarkan oleh Harakah ini adalah untuk menutup permasalahan yang dihadapi oleh Institusi Pengajian Tinggi yang diurus tadbir Kerajaan Negeri Pakatan Pembangkang.
Saya adalah bekas pelajar UiTM dan cukup kesal dengan Harakah apabila berterusan menyerang UITM demi memenuhi agenda Bukan Islam.
Apa yang disiarkan oleh Harakah mengenai UiTM alat Kaya UMNO adalah suatu yang tidak berasas sama sekali dan mempunyai niat yang kurang baik.
Sebenarnya mereka bukan sahaja mahu serang UiTM tetapi mahu serang UMNO.Apabila mereka melihat situasi sekarang UMNO semakin kuat,sokongan kepada UMNO semakin meningkat mereka mencari jalan macam mana mahu jatuhkan UMNO.Sebelum ini mereka menyerang FELDA kerana bagi mereka FELDA sumber kekuatan UMNO.Ternyata mereka gagal bahkan mereka memohon maaf diatas segala pertuduhan yang dibuat.Sekarang mereka menjadikan UITM pula sasaran.Dan saya percaya rakyat bijak menilai niat sebenar Pakatan Pembangkang.Tidak mustahil selepas ini mereka akan menyerang banyak lagi Institusi yang bagi mereka kubu kuat UMNO.Saya mahu ingatkan semua. UiTM ini BUKAN MILIK UMNO,UITM adalah milik RAKYAT dan UMNO lah Parti yang memperjuangkannya.UiTM bukan mengkayakan UMNO tetapi UMNO lah yang berjuang “mengkayakan” UITM.Kaya disini ialah mengkayakan rakyat dengan Ilmu,mengkayakan rakyat dengan latihan keusahawanan,mengkayakan rakyat dengan latihan kemahiran.
Deen Qassim
Pengerusi Barisan Darul Naim Negeri Kelantan (BADAR)
3 comments:
Harakah adalah suara bisikan Iblis.
Ini adalah nyata.
negara komunis lain dari negara demokrasi ekonomi bebas.
dalam negara komunis, semuanya kerajaan bekal dan tanggung.
dalam negara yang amalkan ekonomi terbuka kerajaan tidak bertindak sebagai pembekal dan penanggung untuk semua perkara.
contohnya, bayangkan kalau kerajaan Selangor yang kena bina dan bekalkan semua keperluan sesebuah institusi pendidikan seperti UNISEL dari A-Z.
makanya cukup arifkah, bersediakah dan berkemampuankah kerajaan berkenaan melakukan hal seperti itu? ATAU SEMEMANGNYA itu yang terjadi pada unisel?
kalau bukan kerajaan Selangor yang bekalkan A-Z pada UNISEL, siapa yang lakukannya? Hantu?
bayangkan perasaan kita kalau ada pihak yang mendakwa sekolah pondok pok nicky adalah pengeluar ijazah mKD -- mari kacau BUDU. Atau Uni PR hanya layak menggenggam mMD - mari main D*** apakah kita akan tersenyum, angguk-angguk atau geleng-geleng?
Post a Comment