Dalam Sejarah Politik Malaysia
Jika pada pemilihan lepas terdapat 160 aduan rasmi daripada ahli dan pemimpin PKR sendiri maka pada kali ini angka ini meningkat dua kali ganda dengan 344 aduan bantahan.Kehilangan Hak Calon Bertanding Paling Banyak
Sekitar 100 calon PKR yang bertanding telah dibatalkan kelayakan bertanding mereka oleh jawatankuasa pemilihan PKR sendiri.Pembatalan Proses Pemilihan Paling Banyak
12 daripada 22 bahagian di Selangor sebelum ini telah dibatalkan proses pemilihan awal mereka.Angka ini belum lagi meliputi pembatalan proses pemilihan sekitar 17 lagi cabang di negeri PKR yang lain.Pemusnahan Undi Pengundi Paling Banyak
Pengarah pemilihan PKR Cabang Tenom,Nazri Udoi menangguhkan mesyuarat dan menuduh pengarah pilihan raya negeri Sabah tersilap mengira jumlah perwakilan.
“Kami menerima 300 kertas undi,namun kira-kira 2,000 perwakilan hadir,” kata Nazri,sambil menambah 300 kertas undi yang telah dibuang dimusnahkan di hadapan calon yang bertanding di pelbagai peringkat dalam Cabang Tenom.Bagaimana terdapat 2,000 perwakilan tetapi pada akhirnya hanya 300 undi hanya diterima ??? Terdapat perbezaan yang amat ketara iaitu sebanyak 15 kali ganda daripada jumlah perwakilan yang hadir.Bagaimana pula 300 undi dibuang dan dimusnahkan dihadapan calon yang bertanding sedangkan dalam mana-mana pemilihan undi rosak tidak akan dibuang kertas undi mereka ???
Pertikaian Pemilihan Paling Lama
Semuanya bermula kira-kira jam 6 petang apabila pihak JPP ingin membuat pengiraan undi di dalam bilik khas,di dewan JKKK Simpang Tiga,Nibong Tebal. Pertikaian tersebut kemudiannya berlarutan sehingga jam 10 malam apabila keputusan pengiraan diumumkan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tambun Law Choo Kiang mendapati senarai daftar pengundi dan jumlah kertas undi yang diperolehi tidak sama. Difahamkan, jumlah kertas undi yang diterima ialah 838 berbanding senarai daftar undi sebanyak 671.
Pertikaian terhadap pemilihan PKR di Nibong Tebal telah bermula seawal 6 petang dan akhirnya berlanjutan lebih empat jam apabila sehingga jam 10 malam pertikaian tersebut masih belum lagi tamat dan belum ada penyelesaiannya.Peratusan Pengundi Yang Paling Rendah
Pemilihan PKR Cabang Lembah Pantai mencatatkan kehadiran tidak sampai 10 peratus atau 445 pengundi daripada 5,720 ahli berdaftar sehingga pusat pengundian ditutup pada 5.15 petang pada 10 Mei 2014. Hanya 240 daripada 6,900 ahli terlibat dalam pemilihan di cabang Permatang Pauh dengan peratusan kehadiran hanya 4 peratus.
Peratusan Boikot Pemilihan Paling Banyak
Kira-kira 70 peratus ahli PKR Cabang Bagan Serai memboikot pemilihan PKR dan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) yang berlangsung pada 4 Mei lepas.
Naib Ketua PKR Cabang Bagan Serai, Abdul Malek Abdul Latif berkata,tindakan boikot tersebut disuarakan sebahagian besar ahli cabang itu dari kawasan luar bandar berikutan perasaan tidak puas hati mereka berhubung keputusan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Pusat yang menetapkan Dewan Arowana, Hotel Kelisa sebagai lokasi MATC dan pemilihan parti.Magis Pemilihan Paling Hebat
Calon jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani, Arvind Kumar hanya mengetahui namanya tiada dalam kertas undi sewaktu tiba di pusat pengundian di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Wang, kira-kira 11 pagi pada 6 Mei 2014.Susulan itu,penyokongnya mula bertindak mengadakan protes di luar dewan selepas 10 minit kemudian.
Sementara seorang lagi calon jawatan itu,Simon Ooi diumumkan menang tanpa bertanding.Pemecatan dan Penggantungan Ahli Paling Banyak
Pemilihan PKR 2014 yang bermula 25 April yang sepatutnya berakhir pada 11 Mei lalu menyaksikan parti setakat ini telah mengambil tindakan memecat keahlian lima individu dan menggantung keahlian 11 individu lain.saya nak mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Umum PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim,pemimpin-pemimpin,ahli dan penyokong parti PKR kerana telah berjaya menunjukkan kepada rakyat Malaysia apakah erti demokrasi dan pilihan raya bersih yang mereka laungkan kepada kita semua.Terima kasih kerana menunjukkan satu model pemilihan dan pilihan raya contoh kepada seluruh rakyat Malaysia. Inilah yang dikatakan sebagai perubahan,UBAH dan Reformasi.Akhirnya saya baharu faham maksud tiga slogan tersebut melalui contoh dan teladan yang telah dilakarkan oleh PKR melalui pilihan raya mereka.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Apa yang dia kata dekat UMNO tu lah yang dia buat yang ketara sekali Kroni dan Blackout
Post a Comment