Social Icons

Pages

Saturday, August 16, 2014

KANTOI !!! KISAH SEBENAR CERAMAH #WANAZIZAH DI #SUNGAIBESAR DIDEDAHKAN !!!


semalam saya telah menededahkan sebahagian gambar ceramah wan azizah di sungai besar.ada komen mengatakan ceramah itu mendapat sambutan.betul kerr ??? 


UNTUK SELANJUTNYA 

kita lihat gambar di bawah.1 lagi gambar saya dedahkan dan cerita sebenar ceramah itu.


ramainyaa !!! ni cerita sebenar.Ceramah atau road show PKR bagi menjelaskan kenapa menteri besar Selangor perlu ditukar di Dewan Seri Bernam,Sabak Bernam sepatutnya meriah dan dipenuhi orang ramai.Ini kerana Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail pada sebelah paginya mengadakan sidang media memaklumkan mendapat sokongan majoriti 30 Adun-Adun Selangor termasuk dari PAS yang menyokong beliau sebagai menteri besar.Malangnya,hanya kerusi yang banyak kosong di dewan tersebut manakala yang hadir dikatakan tidak sampai 30 orang.Wan Azizah yang dijadualkan hadir tidak muncul-muncul.Hanya pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan Adun DAP Sekinchan Ng Swee Lim hadir.Pelik juga kerana kawasan Sabak Bernam antara kubu kuat pakatan rakyat (PR) khususnya PAS yang bertanding dua kerusi Dun manakala PKR bertanding kerusi Parlimen meletakkan pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari tetapi tewas.PAS pula hanya menang di DUN Sabak melalui Sallehin Mukhyi yang kini dilantik exco kerajaan negeri Selangor.Sepatutnya,tentu ramai hadir untuk dengar ceramah khususnya oleh Wan Azizah, calon menteri besar.Namun,dengar cerita, kerana dewan kosong,kereta yang bawa Adun Kajang itu patah balik sebaik tiba di Kuala Selangor. 

Khabarnya,Anwar Ibrahim pun ada sama.Sebab itu,hingga habis Wan Azizah dikatakan tidak muncul-muncul.Ini tentu tamparan hebat ke muka Wan Azizah dan PKR.Bagaimanapun,Presiden PKR itu yang mengakui dapat sokongan 30 Adun tetapi gagal menarik sokongan rakyat menghadiri majlis tersebut.Sebab itu,sudah ramai rakyat Selangor bercakap mengenai kemelut PR Selangor.Isu sebenarnya bukan soal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mahu lepas jawatan atau UMNO jadi dalang.Pemimpin PKR dan DAP nampaknya masih ‘buta’ berdepan isu ini. Kemelut ini mudah penyelesaiannya jika PKR menamakan calon lain,bukannya Wan Azizah,punca PAS menolak pencalonan beliau. Cuma PKR ganti dengan orang lain, PAS tentu setuju. Istana juga mungkin tidak ada masalah jika calon menteri besar seorang lelaki.Dalam hal ini,PAS tidak gila kuasa kerana walaupun lebih kerusi, parti itu masih menyerahkan jawatan menteri besar kepada PKR.

Tentu yang gila kuasa adalah Anwar kerana berkeras mahu Wan Azizah jadi menteri besar.DAP pula,memang tidak gila kuasa kerana mereka tiada Adun Melayu boleh dicadangkan tetapi parrti itu takut hilang kuasa sokongan PKR dan PAS untuk menawan Putrajaya. Itu sahaja penyelesaiannya jika PKR mahu.Bukan Wan Azizah tetapi calon lain.Jika tidak,PKR dan DAP kena tunggu Khalid mohon perkenan Sultan untuk bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.Sekiranya,esok PAS terus menyokong Khalid,beliau tentu tidak akan berbuat demikian.Pilihan lain,PKR dan DAP kena tunggu sidang DUN pada November nanti.Mereka boleh kemukakan usul tidak percaya kepada Speaker Hannah Yeoh daripada DAP dan bolehlah semua Adun buat pilihan mahu sokong Wan Azizah atau Khalid.Cuma dikhuatiri,Khalid akan menamatkan tugas Speaker sekarang dan menggantikan dengan orang lain dengan bukan Adun.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

5 comments:

Anonymous said...

Kerusi MB bukanlah macam kerusi presiden mana mana parti, yakni bapak pilih anak atau bini pilih laki atau atuk pilih cucu untuk mendudukinya.

Meskipun ada pihak mendakwa ada selori sokongan, tidak bermakna mereka boleh terus menuju kerusi MB dan buat seolah olah ianya hadiah kemenangan. Sesungguhnya kerusi ini penuh dengan adat, peraturan dan pertanggungjawaban.

Anonymous said...

khalid samad BARUAH cina dap, ANJING surohan pkr yang di bayar duit.

Anonymous said...

PAS pendirian mcm bola. Hati bolak balek. INI BAHAYA BAGI PAS AKAN DATANG.

Anonymous said...

mat sabun tak ikut arahan presiden Pas dan nik ajis. pas mmg takde wibawa.

Anonymous said...

PAS: Parti Ajaran Sesat, Parti Ajaran Syiah, Parti Ajaran Syaithan, Parti Ajaran Sabu, PASik,

 
 
Blogger Templates