Social Icons

Pages

Monday, September 08, 2014

BREAKING NEWS !!! KEMELUT MB SELANGOR !!! PUAK #PAS PUJI DS @NAJIBRAZAK !!!


Isu pertukaran Menteri Besar Selangor yang sudah berlarutan sejak sekian lama memberi impak paling maksima kepada kepimpinan Presiden Pas,Datuk Seri Haji Hadi Awang.Beberapa tindakan U turn dan tidak konsisten yang dilakukan oleh Pas dalam isu ini menyerlahkan lagi kegagalan beliau dalam hukum berorganisasi, lebih-lebih lagi sebagai sebuah parti politik.Lantaran itu,Datuk Seri Haji Hadi paling terdedah kepada kecaman dan cercaan banyak pihak.Bukan saja rakan gabungan Pas dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP yang mempertikaikan beberapa tindakan beliau, malah rakyat biasa turut meluahkan perasaan yang sama melalui medium media sosial.Sesetengahnya tidak terkecuali agak kasar dan keras.Dalam tindakan terbaru Pas menghantar dua senarai nama calon Menteri Besar kepada Sultan Selangor iaitu senarai pertama mengandungi nama tiga Adun Pas manakala senarai kedua pula melibatkan dua Adun PKR dan seorang Adun Pas,meletakkan nama Datuk Seri Haji Hadi terus terperosok dengan pelbagai kecaman dan cercaan. Dalam kedua-dua senarai itu pula, sebagaimana yang didedahkan oleh banyak media,tidak memasukkan nama Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali. 

Keputusan Pas itu bukan saja mengingkari persefahaman dengan PR bahawa kerusi Menteri Besar adalah milik PKR serta keputusan Majlis Pimpinan PR yang sebelumnya mencalonkan nama Datin Seri Dr Wan Azizah,malah Pas juga seperti mencabuli keputusan mesyuaratnya sendiri pada 17 Ogos lalu yang mencalonkan nama Presiden dan Timbalan Presiden PKR itu untuk dikemukakan kepada pihak istana. Lebih menimbulkan persoalan ialah kedua-dua senarai nama yang dihanrar itu tidak diputuskan melalui mesyuarat ahli jawatankuasa Pas,malah dipercayai diputuskan secara sendirian atau melalui kelompok kecil dalam Pas saja.Penghantaran senarai itu kepada istana juga tidak melalui pejabat Setiausaha Agung Pas,tetapi terus melalui pejabat Presiden Pas sendiri.Sebab itu,ketika Setiausaha Agung Pas,Mustaffa Ali mengatakan Pas tidak akan mengemukakan calonnya untuk jawatan itu dan tetap berpegang kepada keputusan mesyuarat pada 17 Ogos yang mencalonkan Datin Seri Dr Wan Azizah dan Azmin Ali, apa yang dihantar kepada istana adalah berbeza.Ketika nama Presiden Pas makin sarat dengan kecaman dan cercaan kerana sikap dan pendiriannya yang huru-hara itu,sementara pimpinan Pas yang lain seperti cuba mengelak untuk memberi reaksi kerana terikat dengan konsep wala (patuh) kepada pemimpin,terdapat pula seruan dan ingatan daripada kalangan yang dipercayai rapat dengan pucuk pimpinan Pas agar jangan mencerca, mengecam dan menghina tindakan atau keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Haji Hadi itu. 

Melalui sebaran dalam media sosial,ingatan agar jangan melakukan kecaman dan cercaan itu disebarluaskan dengan mengaitkan kedudukan Presiden Pas itu sebagai ulama yang tinggi ilmu agamanya. Datuk Seri Haji Hadi bukan saja dianggap sebagai antara ulama yang tinggi ilmu agamanya,malah mulutnya sentiasa basah dengan zikir dan sebutan nama Allah serta dipercayai paling kuat ibadat dan melakukan sembahyang sunat sebagai amalan harian Diperingatkan juga bahawa dibimbangi dengan kelebihan yang pada Presiden Pas itu, cercaan dan kecaman akan menyebabkan mereka yang melakukannya akan ditimpa bala atau musibah kerana kedudukan Datuk Seri Haji Hadi sebagai ulama dianggap sebagai pewaris Nabi.Sekali imbas,memang benar Datuk Seri Haji Hadi seorang yang tinggi ilmu agamanya, mungkin paling banyak sembahyang sunat dan mulutnya juga barangkali sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah,bahkan baru-baru ini juga telah dilantik sebagai Naib Ketua, Kesatuan Ulama Sedunia yang dipimpin oleh Dr Yusof Al Qardawi,tetapi kecaman dan cercaan terhadapnya hanyalah berkaitan tindak-tanduk dan keputusannya sebagai pemimpin sebuah parti politik.Orang tidak mengecam dan mencercanya berkaitan ilmu agama atau berkaitan kuliah-kuliah di masjid yang banyak disampaikannya di merata-rata tempat.Tiada hukum dan ketetapan agama yang disampaikannya yang cuba dipertikaikannya oleh sesiapa. Apa yang dipertikaikan ialah tindak-tanduknya sebagai pemimpin Pas.

Antaranya ialah mengapa Pas bersikap khianat dan mungkir janji dengan rakan gabunganya sendiri iaitu PKR sedangkan sudah bersetuju dan maklum bahawa jawatan Menteri Besar adalah milik PKR ??? Bukankah berpegang pada janji sebahagian ajaran Islam ??? Mengapa juga,ketika keputusan mesyuarat Pas menetapkan calon yang diputuskan ialah Datin Seri Dr Wan Azizah dan Azmin Ali, tetapi kemudiannya nama lain yang dihantar kepada pihak istana ??? Sudah tentu tindakan Datuk Seri Haji Hadi dalam hal ini tidak berkaitan sama-sekali dengan kedudukannya sebagai ulama atau pewaris Nabi.Ia adalah tindakan secara langsung beliau sebagai pemimpin sebuah parti politik yang tetap bertunjangkan kepada kuasa dan kedudukan yang sebenarnya tidak jauh beza dengan UMNO, PKR, DAP dan lain-lainnya.Kalau kedudukan sebagai ulama atau pewaris Nabi pun tidak melayakkan seseorang itu dianugerahkan gelaran maksum kerana hanya Nabi Muhammad saja diberikan keistimewaan itu, pastilah juga kedudukan Datuk Seri Haji Hadi sebagai Presiden Pas lebih jauh lagi daripadanya. Kedudukan Datuk Seri Haji Hadi sebagai Presiden Pas tiada perbezaan pun dengan Presiden UMNO, Presiden PKR atau lain-lain ketua parti politik di negara ini yang tidak pernah sunyi daripada kecaman, cercaan dan penghinaan. 

Juga tiada beza dengan mana-mana pemimpin politik lain, sama ada di dunia Islam mahupun Barat. Sebagai pemimpin politik,tiada sesiapa yang maksum dan tidak melakukan kesilapan atau terhindar daripada unsur-unsur luar dalam tindakan atau keputusan yang dibuatnya.Tidak semua keputusan juga berlandaskan Al Quran dan Hadis sebagaimana memberi kuliah agama di masjid dan surau.Kedudukan Datuk Seri Haji Hadi sebagai ulama dan sekaligus sebagai Presiden Pas,tidaklah menjadikan beliau suci dan tidak boleh dicuit walau sedikit pun oleh sesiapa.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

8 comments:

HAMIDIsP said...

Selama ini pas diliwat dan disuap babi, skrg tiba masanya mereka mencabul..:)

Anonymous said...

Mengapa PKR dan Mat sabu tipu majlis Syura. Majlis Syura dah putuskan hantar jijah dan azmin...Tetapi pandai pandai pulak azmin tarik diri....cuma hantar satu je nama. JADI di sini Siapa tipu siapa...siapa belit siapa?....

Anonymous said...

Amboi main saikologi pecacai dap dan pkr ni .......

hangkedee said...

.....DKI kekal MB SELANGOR....

Anonymous said...

nak selesai kemelut ni, kekal kan TSKI atau bubar dewan,..biar rakyat buat pilihan, rakyat makin sedar politik kotor PR..majority rakyat masih hormat institusi raja...kenapa PKR mau kan sangat azizah dari keturunan keluarga anwar jadi MB, siapa anwar, siapa azizah,..rakyat hakim Negara..sudah lupakah slogan ini..rakyat yang menentukan siapa yang mereka mahu jadi pemimpin..

Anonymous said...

azmin ali yg layak jd mb selangor, azwan ali pula jd pm.

Anonymous said...

ANWAR akan dikenang sebagai "PENGHIANAT" umat bangsa hingga akhir zaman.......

Anonymous said...

Inilah kifarah yang telah Allah turunkan kepada para pengkhianat agama. Memang benar mereka banyak solat sunat. Tetapi untuk apa mereka itu bersolat? Mereka bersolat untuk mendoakan kesejahteraan, keselamatan, kejayaan kepada peliwat dan penzina yang mereka puja dan agungkan. Mereka juga mendoakan agar penyembah dewa api itu menjadi perdana menteri. Mereka tidak menegur kesilapan makhluk terkutuk itu. Mereka mendiamkan diri sahaja. Bahkan mereka menjanjikan surga kepada makhluk hina itu dan memberi amaran yang orang umno kena jilat kaki makhluk suci pujaan mereka itu. Akhirnya makhluk itu menghina mereka.

Mereka memberi amaran kepada orang yang teraniaya dengan menyatakan bahawa perbuatan orang teraniaya dan mahukan keadilan itu adalah perbuatan yang keji dan hina. Mereka menghukum orang itu dengan hukuman islam mengikut pandangan mereka yang zalim dengan mahu qazaf orang itu.

Mereka doakan pecah belah kepada pendokong kebatilan ... sedangkan merekalah pendokong kebatilan. Bahkan Allah tambahkan lagi ke dalam jiwa mereka perasaan ujud atas amal baik mereka.

Moga Allah menghina mereka di dunia dan menghukum mereka dengan azab yang pedih di akhirat. Amin ... ya Allah ...

 
 
Blogger Templates