Dalam keadaan apa pun,kritikan mahupun pancaroba dunia politik yang berlaku ke atas umat Islam dan Melayu ketika ini yang berpecah akibat polisi kepartian,saya percaya majoriti golongan ini mahu penyatuan dilakukan berikutan hakisan-hakisan hak dan keistimewaan yang dilakukan secara terancang oleh pihak-pihak tertentu.Sedang perbalahan antara siapa betul dan siapa salah,masing-masing punya hujah dan seandainya kita berterus-terusan berpegang kepada perbezaan,maka jangan haraplah idea penyatuan umat dapat dilakukan.saya melihat kesatuan hati dan matlamat di antara PAS dan Perkasa dalam isu Oktoberfest ini cukup mengujakan.Dalam keadaan wujud “perang dingin” antara Perkasa dan PAS,wujud juga golongan minoriti PAS yang mahu bersama-sama menghantar memorandum bantahan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya.Ini membuktikan sekiranya kita memegang kepada persamaan,maka tidak mustahil matlamat utama dapat disepakati.
Janganlah pula wujud golongan pendengki,yang cuba pula memburuk-burukkan UMNO dalam isu ini.Hakikatnya,Oktoberfest memang tidak dipersetujui dan diprotes oleh UMNO Selangor melalui pimpinannya.Itu hakikat yang anda boleh lihat sekiranya membaca majoriti akhbar-akhbar utama atau portal,kecuali anda hanya bergantung harap kepada Harakah atau Suara Keadilan.Penyatuan ini mengingatkan kembali beberapa tahun yang lalu, apabila Zul Nordin (ketika itu PAS),bersama-sama wakil UMNO dan beberapa NGO-NGO Islam,bertindak menyerbu sebuah majlis anjuran puak pro IFC di ibu negara.Ketika itu,betapa indahnya komentar yang diterima,baik dari pihak UMNO,PAS dan juga golongan non-partisan tentang tindakan tersebut.Ternyata,jauh di lubuk hati yang paling dalam, kita semua berkongsi impian dan harapan dalam cita-cita melestarikan agama Islam dan umat Melayu seperti yang termaktub di dalam perlembagaan dan perlembagaan juga tidak pernah mengasingkan hak umat lain.
Rujuklah kepada 7 wasiat raja-raja Melayu.Dalam isu memorandum bantahan pesta arak ini,saya pasti samada Perkasa atau PAS mengenepikan ego masing-masing demi untuk mencapai matlamat bersama.Bagi saya,inilah tahaluf siyasi yang sebenar,di mana tujuan kebersamaan ini adalah demi kebaikan semua pihak,mahupun mereka yang bukan Islam.Bermula dengan kerjasama seperti inilah yang membuka ruang dan peluang untuk idea penyatuan ummah.Itulah manisnya kerjasama seperti ini, di mana semua pihak akan mendapat manfaat darinya.Untuk entah berapa kalinya,saya menyeru semua pihak agar kembali membangkitkan semula idea penyatuan ummah,sungguhpun ianya sangat sukar disebabkan tentangan oleh pihak-pihak tertentu yang merayap di hampir setiap pertubuhan dan organisasi,yang tidak mahu seruan ini menjadi kenyataan.
Jika kita melihat dan mengkaji gerakan-gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin,mereka tidak akan sama sekali menyingkirkan golongan-golongan Islam yang lain hanya semata-mata mahu bersama golongan bukan Islam.Itu praktikalitinya.Ia sebenarnya selaras dengan firman Allah di dalam Surah An-Nisaa’, ayat 144 yang bermaksud ;
“Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.”
Semoga anda yang membaca artikel ini tidak pernah luntur semangat penyatuan ummah demi Alif,Ba,Ta tanpa mengira apa jua latarbelakang dan pemikiran politik.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
7 comments:
aku cuma percaya kat pas kalo hadi tarik balik amanat dia dan nik aziz berhenti mendoakan yang tak baik pada muslim lain, bagi aku pas parti sesat lagi menyesatkan.
Yang aku heran tu, awatlah PENGANJUR pesta arak-pelacur KANGKANG BABI RASIS ni tak ditangkap sampai sekarang - dahlah letak papan iklan HARAM, lepas tu terus buat pesta ARAK/PELACUR ni dari Sept.lagi, walau tak dak PERMIT?! Mana UNDG-UNDG JENAYAH SYARIAH dan SIVIL - ganjil betul ni! Si Penganjur KANGKANG BABI dan IUtama ni juga perlu diSAMAN BERJUTA!
Serbuan di gereja subang & serbuan ttg salah guna kalimah Allah pun MAIS dh teruk kena balun ngan penyokong2 PAS apalagi DAP. Inikan pulak serbuan di pesta yg mmg dikatakan khas utk hak asasi puak2 mereka.
Semoga ianya menjadi Titik pertemuan bg sebuah penyatuan Ummah dan semoga Allah merahmatinya...Aminnnn
Lain kali kalau dia orang rancang nak buat sesuatu yang mungkar, kita pon rancang program untuk counter program dia orang, kat sebelah dia orang. Patut malam tu ada pertandingan nasyid kat one utama. Tema nya 'arak itu haram" Kita pon takut umat islam terpengaruh dengan pesta arak mereka.
Buat iklan pon sebelah iklan dia orang. Contohnya, sebelah iklan arak, kita iklan, 'Arak itu haram'. Baru hak asasi.
BRO. . .TAJUKNYA PESTA ARAK. TU PASAL JGN MABUK.
kau mabuk ka sial
Post a Comment