Social Icons

Pages

Monday, October 13, 2014

BONGKAR !!! ADAKAH BENAR #UMNO #BN MEMERINTAH RAKYAT TERUS MENERUS MISKIN DAN MENDERITA ???


Penyokong-penyokong pembangkang kata rakyat hidup semakin miskin sejak kerajaan BN memerintah.Betul kerrr ??? Tetapi bila diminta tunjukkan statistik atau bukti rakyat semakin miskin,mereka hanya berhelah dengan mengalihkan kepada isu lain.Harga rumah yang mencecah lebih RM200,000.00 laris macam goreng pisang panas.Bilangan kenderaan semakin bertambah.Pasar-pasaraya sentiasa sesak dengan pembeli.Keduri kahwin besar-besaran.Hampir semua rakyat memiliki telefon pintar.Sisa makanan dibuang beratus ribu tan sehari.Jalanraya dan lebuhraya sesak dengan kenderaan berjuta-juta.Universiti atau kolej dihuni beratus ribu pelajar.Jualan kenderaan baru meningkat setiap tahun.Rakyat yang mahu menunaikan haji terpaksa berpuluh tahun menunggu giliran.Kutipan zakat pendapatan meningkat setiap tahun.Apa maknanya ini semua ??? Rakyat bertambah miskin kerrr ???? 

Jika rakyat miskin tentu tidak mampu memiliki rumah beratus ribu,memiliki kereta,membeli belah atau ramai rakyat yang obesiti.Kalau kerajaan BN memerintah rakyat semakin miskin tentu melata-lata rakyat Malaysia seperti rakyat di negara Afrika seperti Somalia.Mana ada negara yang rakyatnya semuanya kaya raya.Allah jadikan manusia pun tidak sama.Jari-jari kita pun tidak sama panjang.Tidak peliklah jika ada yang miskin dan ada yang kaya.Tidak peliklah ada yang senang dan ada yang susah.Tidak peliklah ada yang bergaji besar dan ada yang bergaji kecil. Tidak peliklah ada yang berjawatan besar dan ada yang jadi buruh.Jika semua nak jadi CEO siapa pula yang nak jadi tukang sapu.Jika semua nak jadi kontraktor siapa pula nak jadi kerani.jika semua nak jadi PM siapa pula nak jadi rakyat. 

Kadang-kadang saya pelik memikirkan mereka ini yang mengaku bertuhankan Allah tetapi seolah-olah tidak mengakui akan kekuasaan-Nya menetukan segala-galanya.Rezeki, jodoh, ajal maut adalah hak Allah yang menentukan.Kenapa dalam satu kampung ada yang kaya dan ada yang miskin ??? Pada hal setiap manusia yang lahir sejak dari zaman Nabi Adam telanjang bogel tidak membawa harta emas berlian semasa dilahirkan.tak tahulah kalau ada yang semasa dilahirkan bersama dengan emas berlian dan wang berjuta.Orang berusaha lebih akan dapat lebih,itu pun jika diizinkan Allah.Yang berusaha dan bekerja kuat pun ada yang tidak menjadi kaya, apatah lagi yang kurang bekerja tetapi hanya melepak di kedai kopi sambil bermain dam dan berborak kosong.

Kebun ada tetapi hanya dipenuhi semak samun.Orang Pakistan berhijrah ke Malaysia sehelai sepinggang mulanya berjualan karpet dengan berjalan kaki tetapi hari ini mampu menyewa kedai dan memiliki kereta dan lori.Sedangkan rakyat Malaysia hidup berpuluh tahun masih hidup susah.Muhasabah diri,cermin diri dan soal diri sendiri dahulu kenapa hidup susah.Jangan hanya lemparkan kesalahan kepada kerajaan atau lebih dahsyat menyalahkan Allah kerana mereka hidup melarat.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Yang miskin tu ramainya penyokong parti KETUM,sebab mereka tu jenis pemalas.Saya pernah jadi Ketua Cabang parti Ketum saya tahu benar perangai penyokong tegar cabang saya,mereka hanya rajin tampal poster,tapi malas nak cari nafkah anak bini,minta sedekah tepi jalan je yg tidak,tapi buat-buat minta pinjam konnonya,pinjam tak akan bayar,inilah cara mereka minta 'sedekah'.Hampas,lebih teruk dari penyokong Umno.

Anonymous said...

Macam kata Pok nik..mereka dah tak siuman..!

 
 
Blogger Templates