Social Icons

Pages

Thursday, October 16, 2014

SELEPAS PERKAMPUNGAN MELAYU DI #PULAUPINANG HILANG KINI TARGET #DAP PULAKK DI #SARAWAK ???


Kampung Melayu di Pulau Pinang sudah tergadai.Sejak DAP berkuasa,rakyat hilang kampung.Dijangka 10 tahun akan datang,tidak ada lagi kawasan yg tinggal bernama 'kampung' di negeri itu.Antara yg menjadi mangsa sebelum ini ialah penduduk Kampung Jalan Pokok Asam,Kampung Tengah,Kampung Genting,Kampung Permatang Tepi Laut,Kampung Teluk Kumbar,Kampung Rawa,Kampung Rawana dan banyak lagi.Terbaru menjadi mangsa ialah Kampung Mutiara.Itu tidak termasuk kampung Buah Pala,Jelutong,Sungai Nibong,Gelugor dan Bayan Lepas.Inilah kejayaan hasil keberkesanan kempen INI KALI LAH,UBAH anjuran DAP.Pulau Pinang akan dijadikan Kota Metropolitan hanya untuk golongan kaya dan mewah.Jadi usahlah bermimpi menyangka projek mega seperti terowong bawah laut dibuat untuk kemudahan orang-orang kampung Melayu di Pulau Pinang. 

saya minta Maaf,tapi realitinya apa-apa sahaja pembangunan struktur yang dibuat DAP bukan untuk orang Melayu yang hidup di kampung.Setiap tahun,ada sahaja kampung yangg tergadai ke tangan pemaju projek perumahan.Melayu hanya menang sorak.Slogan UBAH,INI KALI LAH benar-benar mengubah pemilikan tanah penduduk kampung Cara DAP mudah.Beri sedikit sumbangan,kemudian raih sokongan.Bila dah dapat undi dan diberi berkuasa,mereka menentukan siapa kekal dan siapa kena keluar.Itulah yg kita lihat di Pulau Pinang pada hari ini.Kini Dap maju setapak lagi,Sarawak sasaran DAP selepas Pulau Pinang,walau pun di Sarawak belum lagi kedengaran DAP merampas tanah Bumiputra.DAP belum lagi berkuasa dan sedang menanti peluang dalam setiap pilihanraya. 

Lebih menarik,Sarawak mempunyai hak autonomi yang tidak dikuasai Kerajaan Pusat sepertimana negeri-negeri lain,di Tanah Semenanjung juga tiada Undang-undang Tubuh di bawah naungan Sultan.Sesiapa pun boleh menjadi Ketua Menteri jika mendapat mandat rakyat.Kerajaan Negeri Sarawak mempunyai kuasa ke atas tanah-tanah pribumi yang diwartakan selepas tahun 1958.Turut sama tersenarai ialah tanah yg tidak diterokai,biasanya dinamakan tanah kerajaan.Dengan saiz negeri yang hampir menyamai seluruh semenanjung,DAP sudah tentu mampu mewujudkan sebuah negara mereka sendiri. 

Tanah NCR Sarawak dianggap berisiko lantaran tiada geran seperti status tanah persendirian yang lain.Bukti pemilikan biasanya direkodkan melalui peta dan didokumentasikan oleh pejabat daerah.Kawasan sempadan pemilikan tanah pula diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Tanah dan Survei.Kebanyakan rakyat Sarawak mempunyai aset tanah tetapi disebabkan pengeluaran geran tanah dikawal kerajaan pemerintah,pihak-pihak daripada luar tidak dapat sewenang-wenangnya mengambil alih tanah untuk kegiatan ekonomi dan kepentingan sendiri.Dominasi tanah oleh satu pihak banyak berlaku di Semenanjung sehingga ada dijadikan pelaburan untuk dijual kepada syarikat pemaju.kita tunggu dan lihat akan datang.apa akan jadi pada tanah orang melayu di pulau pinang

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates