Social Icons

Pages

Thursday, November 27, 2014

BREAKING NEWS !!! JANGAN TERPEDAYA DENGAN PIHAK KETIGA !!!


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengingatkan ahlinya tidak menggunakan perkhidmatan pengeluaran simpanan KWSP yang ditawarkan oleh pihak ketiga seperti yang diiklankan di beberapa laman web.KWSP ingin menjelaskan KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan permohonan pengeluaran ahli.Ahli yang layak serta ingin membuat permohonan pengeluaran daripada akaun KWSP mereka dinasihati agar berurusan terus dengan KWSP yang menawarkan perkhidmatan secara percuma. 

KWSP juga ingin mengingatkan ahli,terutama mereka yang terdesak memerlukan wang,agar berhati-hati terhadap sindiket yang kononnya menawarkan bantuan untuk mengeluarkan simpanan KWSP dengan dikenakan bayaran yang tinggi.Ahli juga boleh dikenakan tindakan undang-undang jika cuba mengeluarkan simpanan secara tidak sah.Ahli boleh melaporkan sebarang kegiatan atau percubaan menipu dengan menghubungi talian Hotline Anti-Fraud KWSP di 03-2616 2121 pada waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat. 

Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Kuala Lumpur
Post a Comment
 
 
Blogger Templates