Social Icons

Pages

Saturday, December 27, 2014

#BANJIRBESAR !!! KALAU LAHH #EC725 TAK ADA !!! APA AKAN JADI ???


dalam kita sibuk mengikuti perkembangan banjir ini,mungkin terlepas pandang aset tentera yang paling kerap digerakkan dalam misi menyelamat dan menghantar bantuan iaitu helikopter terbaru milik TUDM,EC-725 Cougar.5 bilah kipas (berbanding 4 pada helikopter biasa),peralatan SAR terkini dan sebagainya membolehkan EC-725 menjalankan tugasnya dengan cekap,tanpa bergantung penuh kepada helikopter Nuri yang telah berusia lebih 40 tahun lamanya.Lebih penting lagi,EC725 mampu beroperasi dalam keadaan cuaca buruk,lebih baik dari Nuri walaupun sebagai pesawat dalam kategori sayap putar seperti ini,EC-725 masih terikat kepada undang-undang fizik yang menghalangnya terbang dalam keadaan cuaca buruk tertentu,apatah lagi dalam situasi banjir sekarang,bukan ada daratan yang cukup luas pun nak mendarat jika berlaku kecemasan. 

Baru beroperasi tapi jasa EC725 sudah terlalu banyak.Tapi saya nak khabarkan disini bahawa,inilah dia helikopter yang pernah Pakatan halang untuk kerajaan membelinya dulu.Macam-macam dakwaan tidak berasas dilemparkan kepada pembelian ini dan kenapa tidak beli helikopter jenis lain yang berkeupayaan rendah serta berharga murah.Kerajaan dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib ternyata bertindak betul dalam perolehan helikopter ini bila ia bukan setakat berjasa dalam situasi banjir terburuk di Kelantan,Terenggan dan Pahang,malah beberapa negara serantau seperti Indonesia dan Thailand,turut memperolehi helikopter yang sama setelah melihat kebolehannya dalam menangani situasi banjir tahun lepas. 

Yang salah ialah pembangkang,cuba halang kerajaan dari beli helikopter ini dulu.Ternyata pembelian tersebut berbaloi dengan wang yang dikeluarkan.Sehinggakan hari ini,balaci mereka minta lebih banyak khidmat EC725 di negeri yang mereka perintah,Kelantan.Walhal,dulu pemimpin dia juga yang kondem helikopter ini bagai nak rak.Memanglah dia tak sebut EC725 secara spesifik,tapi helikopter berkeupayaan tinggi dalam misi menyelamat di negara ini sekarang hanyalah EC725 sahaja.Adalah wajar untuk kerajaan,dengan bajet pertahanan yang besar tahun depan (RM 17 billion),memuktamadkan lebih banyak pembelian EC725.11 biji yang ada sekarang tidak cukup apatah lagi kita ada Sabah dan Sarawak di sebelah Malaysia Barat yang turut perlu diberi perhatian

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates