Social Icons

Pages

Saturday, December 06, 2014

FAKTA !!! LAPORAN #RCI BERJAYA JERNIHKAN KEKELIRUAN RAKYAT #SABAH !!!


Isu pendatang tanpa izin di Sabah yang sekian lama di politik dan di polimikkan akhirnya terdedah.penjelasan oleh badan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menjawab kesemua persoalan yang selama ini dimain oleh pihak pembakang kononnya kerajaan ‘menjual’ IC kepada pendatang untuk mendapatkan undi.Kerajaan Barisan Nasional sentiasa menjadi tomahan didalam isu pemberian kad pengenalan biru atau sekarang di panggil MyKad.anak muda yang dilahirkan selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri sudah pasti tidak tahu akan duduk perkara sebenar apa yang berlaku dengan isu pemberian kad pengenalan ini yang di katakan menjadi master projek Tun Dr Mahathir dan mereka mempercayai apa sahaja yang di tomahkan oleh puak pembangkang.Bagi anak muda atau generasi ‘Y’ yang terpengaruh dengan dakyah pembangkang didalam isu pemberian kad penenalan ini di harap dapat memahami bahawa isu pemberian kad pengenalan ini telah berlarutan hampir 51 tahun lamanya sebelun kerajaan dibawah Pimpinan Datuk Seri Najib mengumunkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). 

Dalam tempoh 51 tahun negeri Sabah telah di tadbir urus oleh banyak parti politik baik dari kerajaan Barisan Nasional mahu pun dari kerajaan pembangkang seperti Parti Bersatu Sabah (PBS),USNO,BERJAYA dan Mendakwa Barisan Nasional menjadi punca berlakunya penjualan kad pengenalan biru untuk berkuasa adalah tidak benar.Sedarlah sekarang bahawa projek IC yang di dakwa oleh puak pembangkang selama ini walaupun benar ujud tetapi ianya melibatkan sindikit dan jenayah yang mengaut keuntungan dengan menjual kad pengenalan tulin dan palsu kepada pendatang seperti Filipina,Indonesia,Pakistan serta India dan ianya bukanlah datang dari arahan kerajaan atau pemimpin politik tertentu.Menurut laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) seramai 361 orang telah di ambil kenyataan mereka dan mendengar keterangan daripada dua ratus sebelas (211) orang saksi yang terdiri daripada Pegawai Kanan Kerajaan,ahli politik,penulis buku,tahanan pelarian dan orang awam meliputi lebih lima ribu (5,000) mukasurat,seratus tujuh puluh tujuh (177) eksibit termasuk carta,gambar,statistik,surat,arahan rasmi,komentar dan artikel serta mengadakan lawatan ke lima (5) buah perkampungan pendatang asing terpilih. 


Diantara mereka yang di panggil termasuklah ketua pembangkang,kesemua mereka yang di panggil untuk siasatan tiada siapa pun yang mendakwa bahawa Tun Dr Mahathir telah terlibat didalam projek Kad Pengenalan ini.Jadi dakwaan pembangkang bahawa Tun Mahathir terlibat juga tidak benar sama sekali kerana projek ini telah berjalan 20 tahun lebih awal sebelum Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.Kesemua dakwaan ini hanya di buat oleh pihak pembangkang yang mempunyai kepentingan. Diharap dengan pembentangan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) rakyat Sabah boleh berlapang dada dan tidak lagi mendengar dan mempercayai dakyah yang mengatakan berjuta warga pendatang berada di Sabah dan sedang menungu kad pengenalan mereka. Kerajaan telahpun mengesahkan bahawa pengeluaran Kad Pengenalan dan kerakyatan oleh Jabatan Pendaftaran Negara adalah mengikut syarat dan peraturan serta undang undang berkaitan dengan Perlembagaan Negara. 

Kerajaan juga telah mengambil tindakan ke atas mereka yang mengeluarkan Kad Pengenalan dan dokumen dokumen lain tanpa mengikut lunas undang undang.Ini jelas menunjukkkan bahawa isu “Projek IC” yang dibangkitkan tidak timbul.Oleh itu diharapkan kita semua bersama bersatu memberikan kerjasama kepada Jawatankuasa Tetap Mengenai Pendatang Asing di Sabah yang bakal ditubuhkan dan sama sama membangunkan Sabah sebagai sebuah negeri yang maju,makmur serta aman damai.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates