Social Icons

Pages

Thursday, December 11, 2014

KANTOI !!! PENIPUAN #PAKATAN #PEMBANGKANG KONONNYA DAPAT 52 PERATUS SOKONGAN RAKYAT DIDEDAHKAN !!!


Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO),Persatuan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP) menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap pembangkang ekoran sering mendakwa Pakatan Rakyat mempunyai sokongan pengundi sebanyak 52% berbanding Barisan Nasional (BN).Menurut Presidennya Ramesh Rao Krishnan,pembangkang sering menjaja mereka mempunyai sokongan itu kepada rakyat yang boleh disifatkan cubaan menghasut dan menabur fitnah kepada kerajaan BN. 

"Saya minta kerajaan ambil tindakan tegas terhadap orang yang beritahu Pakatan ada sokongan 52% dan ini adalah satu sentimen menghasut.Jadi tangkap mereka dan dakwa di bawah Akta Hasutan.Kalau kita lihat selepas PRU13,pelbagai perhimpunan 505 dilakukan kononnya 52% rakyat Malaysia menyokong Pakatan.Malahan sentimen ini dilaung-laungkan diseluruh dunia dan menghina BN.Pembangkang hantar petisyen kepada White House suruh bubarkan dan batalkan pilihan raya,kononnya 52% menyokong," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media. 

Untuk rekod kajian ini dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) sejurus selepas PRU13 bahawa undi popular menunjukkan 52% sokongan rakyat berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR) manakala 48% BN. Sebaliknya Ramesh mendakwa sokongan yang digembar-gemburkan selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini adalah tidak tepat kerana berdasarkan laporan-laporan media terhadap demonstrasi yang dianjurkan oleh pembangkang gagal mendapat sambutan.

"Saya boleh katakan 52% ini adalah fitnah dan pembohongan yang amat besar untuk memperbodohkan dan menipu rakyat.Buktinya Ahli Parlimen Shah Alam telah menghantar satu petisyen untuk membantah Akta Hasutan tetapi hanya 3005 orang sahaja yang menandatangani.Jadi di mana suara 52% yang dilaung-laungkan?,soal beliau.Tambah Ramesh,bukan itu sahaja Kempen Rakyat Hakim Negara,Kempen Pendidikan Percuma,Protes Turun Harga Minyak sebelum ini juga gagal menarik sokongan rakyat. Beliau turut mencabar pembangkang untuk buktikan bahawa sokongan itu masih wujud lagi atau sekadar pembohongan semata-mata."Saya nak cabar pembangkang kalau benar sokongan 52% ni wujud tunjukkanlah dalam seminggu ni.Dalam seminggu ni berapa juta tandatangan yang kamu boleh kumpul,kalau benar kami NGO akan sokong Pakatan," tegas beliau.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

maae said...

Blog anda terlalu "messy" . Baik nya di susun rapi dan mudah di akses.

Anonymous said...

Pakatan Pembangkang sudah melampau mentang-mentang ISA bubar boleh buat sesuka hati. Apa yang mereka dapat kalau terus berbuat demikian. Apa yang Kerajaan buat adalah kebaikan rakyat tetapi setengah masyarakat tidak memahiminya kerana apa PR buat fitnah kononnya Kerajaan tidak baik. ISAlah punca masalah ini yang menjadi kelonggaran melampau kepada PR buat sebegini. Kadang2 rasa marah pun ada. Apa yang kita boleh buat. Kerajaan harus ambil tindakan drastik mana-mana pihak yang cuba putar belit fakta sebenar. Paling drastik yang perlu buat haramkan judi, pub, dan budaya maksiat, terlalu banyaklah sekarang. Terutamanya Kuala Lumpur
Semoga Malaysia terus maju, aman dan makmur. Insyallah.

RENUNGKANLAH,,,,,,,,,,

 
 
Blogger Templates