Social Icons

Pages

Tuesday, December 16, 2014

KANTOI !!! RAKYAT DAH MUAK DENGAN CERAMAH #ANWARIBRAHIM DAN #PKR ???


PKR telah membuat cubaan untuk sesi ceramahnya tanpa kehadiran PAS.Beberapa siri ceramah telah dibuat dan pada 13 Disember 2014,Ketua Umum Anwar Ibrahim telah diturunkan dengan gandingan mantap Rafizi (tapi tidak hadir).Ceramah di Dataran Rakyat,Jalan Beserah,Kuantan,Pahang Darul Makmur (Hadapan Poliklinik Beserah),adalah tempat yang dikatakan strategik.beberapa tahun lalu kehadiran cukup memberangsangkan dan melimpah sampai luar.tapi kali ini tanpa PAS nampak macam sunyi dan kehadiran yang dilihat tidak menampakkan kebiasaan bagi Ketua UMUM seperti Anwar. 

Mengikut maklumat yang saya terima,ceramah ini diatur dengan baik.Cuaca pun baik juga.Publisiti dijalankan dengan baik tetapi,kenapa kehadiran tidak seperti diharapkan ??? Ada sumber mengatakan bahawa orang bawahan (rakyat yang menyokong pembangkang) telah jemu dan muak dengan 'permainan' politik PR yang banyak menyalahkan PAS sedangkan masalah sebenar bukan disebabkan parti berkenaan.Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Pahang tetapi juga berlaku di Terengganu mengikut kata maklumat PKR.Kehadiran Nurul juga tidak mendapat sambutan sebagai yang berlaku di beberapa siri ceramah dan program Keadilan di Terengganu.Mengikut sumber faktor penyebab juga dikaitan dengan PASMA dimana penyokong PAS Terengganu menolak sama sekali PASMA. 

Misalnya Forum PASMA di Dungun hanya dihadiri oleh 42 orang sahaja manakala ceramahnya pada malam tersebut hanya sekitar 150 orang walaupun yang hadir adalah tokoh utama Keadilan dan PASMA.Mengikut sumber dalam PKR,PASMA bukan membantu PR tetapi lebih kepada memecahkan lagi PR dimana hubungan PAS-PKR menjadi makin parah dengan kehadiran PASMA.Program Nurul Izzah sebelum ini di Chabang Tiga juga tidak mendapat sambutan kerana sikap Adun Bandar PKR Azan Ismail yang dikatakan tidak membuka pejabat dan selalu tidak berada di Kuala Terengganu untuk membantu rakyat di sana sehingga keluar cakap-cakap di antara orang Keadilan sendiri Azan perlu ditukar untuk PRU-14 nanti bagi membaiki imej PKR.Dengan kehadiran rakyat ke ceramah Anwar yang sememangnya tidak sehebat program-program terdahulu dan sebelum ini,rakyat pelbagai kaum berbondong-bondong untuk mendengar ceramahnya.Kehadiran yang agak hambar.sumber juga mengatakan,PKR perlu memikirkan semula strategi untuk menyingkirkan PAS dalam program-programnya selepas ini.nampak tak apa yang terjadi pada PKR ??? adakah ini dikatakan kononnya PAKATAN ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates