Social Icons

Pages

Wednesday, February 04, 2015

FAKTA !!! #PASMA DAN #GERAKANIMPIANKELANTAN #GIK VIRUS BARU DALAM PERPADUAN #PAS ???


Tidak sampai 5 bulan berselang penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia atau PasMa,muncul pula sebuah lagi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Gerakan Impian Kelantan (GIK) menguji keutuhan perpaduan PAS.Yang menariknya,kedua-dua pertubuhan ini membuat penegasan bahawa ia bukan pertubuhan politik.Bagaimanapun persoalan yang timbul ialah,mengapakah kedua-dua NGO berkenaan dipimpin oleh rata-rata orang kanan PAS ??? PasMa didaftarkan pada 11 Ogos tahun lalu dengan objektif mahu melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan dan kebajikan.Bagaimanapun sejak penubuhannya,PasMa dilihat mempunyai kecenderungan politik yang agak ketara. Pendaftar Pertubuhan mengesahkan bahawa PasMa didaftarkan atas nama beberapa individu yang kurang dikenali seperti Pengerusinya,Mohamad Faiz Mohd Taib,Muhamad Hisomudin Bakar (Timbalan Presiden) dan Mohd Taib Ahmad sebagai Setiausaha. 

Bagaimanapun tidak lama selepas itu muncul pula nama beberapa personaliti politik seperti bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah,Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi yang mengisi jawatan presiden NGO berkenaan.Kemunculan beliau menimbulkan tandatanya memandangkan beliau secara langsung terbabit dalam krisis kepimpinan PAS Kedah bersaing dengan Allahyarham Datuk Seri Azizan Abdul Razak, mantan Menteri Besar Kedah.Phahrolrazi segera menambah catatan objektif utama PasMa sebagai wadah untuk merapatkan kerjasama di antara ahli-ahli komponen PR – PAS,DAP dan PKR lantas meneguhkan solidariti pakatan pembangkang itu.PasMa muncul selepas PAS enggan sokong 'Langkah Kajang'.Kemunculan PasMa mengiringi perbalahan di kalangan kerabat PR berhubung krisis pelantikan Menteri Besar Selangor berikutan tindakan PKR memecat keahlian menteri besar ketika itu,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu isterinya yang juga Presiden parti berkenaan,Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid namun tidak dipersetujui PAS,khususnya Presiden parti itu,Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.Perbalahan ini meninggalkan kesan pada solidariti dalam PAS yang terbelah kepada penyokong Hadi dan beberapa pemimpin PAS lain yang mahu usul Anwar itu dilaksanakan. Sungguhpun krisis itu mereda apabila Sultan Selangor melantik Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali mengisi kerusi Menteri Besar,ia meretakkan perpaduan dalam PAS.Ramai pemerhati berpendapat kelahiran PasMa adalah natijah perbalahan PAS-PKR itu.Secara langsung krisis berkenaan mendorong PAS dan PKR bermasam muka, lebih-lebih lagi apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri PAS Selangor juga membuat perakuan bersumpah menyokong Wan Azizah menjadi menteri besar.

DAP juga kurang bersetuju dengan pendirian PAS dalam krisis itu.Sebagai protes,ia mula mengungkit pula isu hudud yang mahu dilaksanakan PAS di Kelantan tahun ini. DAP mengkritik integriti dan tindakan PAS yang dianggap mungkir persefahaman bersama dalam Pakatan Rakyat seperti yang dimaktubkan dalam dokumen Buku Jingga.Asas persetujuan PR,tegas DAP ialah,tiada mana-mana parti kerabat boleh melaksanakan sesuatu dasar seperti hukum hudud sebelum mendapat persetujuan dua lagi kerabat Pakatan yang lain.Sebaliknya PAS berpendirian bahawa ia tidak pernah berjanji menggugurkan perjuangan melaksanakan hukum hudud dan menegakkan negara Islam di Malaysia meskipun ia menandatangani persefahaman berkenaan menurut kaedah tahaluf siyasi.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates