Social Icons

Pages

Wednesday, March 18, 2015

FAKTA !!! #PAS TERUMBANG-AMBING DALAM #PAKATAN #PEMBANGKANG !!! KESIANNN !!!


Kedudukan ulama amat istimewa dalam mana-mana masyarakat Islam.Ini kerana Nabi Muhammad s.a.w. sendiri menetapkan darjat ulama ialah sebagai “pewaris nabi-nabi”.Sebagai “warisatul anbiya”,ulama secara langsung bertanggungjawab menafsir ajaran Islam berasaskan al Quran dan hadis.Sekaligus ini akan memandu PAS bagaimana melaksanakan amalan politik Islam sebenar.Justeru memang amat bertepatan sekali jika PAS,sebagai sebuah organisasi politik melembagakan Islam sebagai dasar perjuangannya,meletakkan ulama sebagai sumber aspirasi politiknya pula.Memang PAS tidak pernah bersikap apologetik dengan pendirian dan dasar ini.Kedudukan istimewa ulama ini tidak pernah dipertikai atau dikompromi.Malah ia adalah obor pengurusan politiknya.Malangnya,meskipun kaedah perjuangan ini agak bening dan mudah difahami,PAS nampaknya masih belum mampu menggarap pengertian ulama dan fungsinya dalam kepimpinan politik secara tuntas.

Masih ada pemimpin nasional PAS yang kelihatan agak kurang selesa berwala’kan ulama.Kerengsaan ini mungkin terbit daripada prestasi ulama PAS yang dilihat kurang tangkas, cerdas dan singkat pemikiran politik mereka.Ada yang masih keliru dengan pengertian siapakah yang wajar dinobatkan sebagai ulama.Umumnya,ulama ditakrifkan sebagai seseorang yang berilmu, khususnya ilmu agama.Sehubungan itu,ada yang lebih senang mengenalpasti ulama sebagai orang yang berilmu ; tidak kira dalam bidang apa sekalipun – undang-undang,pakar racun, doktor perubatan dan sebagainya.Apakah kategori yang membolehkan seseorang digelar ulama ??? 

Ilmuwan pun ulama,Cuma syarat tambahan pengertian ulama yang wajar menjadi pemimpin PAS haruslah ahli agama yang mempunyai akhlak luhur yang mencerminkan kedudukan mereka sebagai pewaris nabi-nabi.Ulama begini juga diharapkan mempunyai wawasan yang jelas terhadap soal bagaimana menyusun sebuah jemaah siasah agar gesit dan pintar mencaturkan tindakan politik.Maka ulama sebegini diharapkan oleh penyokong dan ahli PAS boleh membimbing menyusun keutamaan atau maqasid syariah dalam kehidupan agar fungsi penyebar “basyiran” (khabar gembira) dan “naziran” (peringatan) pada penentang sunnah Allah persis fungsi nabi-nabi,terus dihayati.Sesungguhnya sejarah PAS banyak menampilkan ulama yang memiliki kaliber ini.

Antaranya ialah mantan Mursyidul Am,Almarhum Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Al Marhum Ustaz Fadhil Noor dan lain-lainya.Sebab itu PAS stabil selama ini.Firasat dan fatwa ulama diakuri dan peringatan ulama diambil endah. Presiden PAS hari ini,Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdaya memenuhi harapan penyokong dan ahli PAS sejak tahun 2002 lagi.Namun sejak PAS memutuskan parti itu wajar bergabung tenaga,masa dan perencanaan dengan PKR dan DAP demi menegakkan ajaran Islam di Malaysia melalui konsep tahaluf siyasi,visi politik PAS mencabang kepada pemikiran baru pula.Pada mulanya hasil tahaluf siyasi ini agak lumayan.Dalam PRU ke-12 pada 2008,PAS berjaya menakluki Kedah seraya mengekalkan pemerintahan di Kelantan dan memerintah Perak selama setahun.PAS juga membantu PKR dan DAP menumbangkan Umno-BN di Selangor.Kejayaan ini diulangi,malah diperbaiki lagi dalam PRU ke-13 pada 2013 dengan mencatat undi popular sehingga 52 peratus. Kemudian PAS berhadapan dengan banyak persoalan baru berhubung halatujunya. Pengertian siapa itu ulama menjadi kabur dek isu dan cabaran politik yang menerjah.PKR ada strategi Langkah Kajangnya untuk mengukuhkan PR.Sementara DAP pula menjadi lebih sinis dan curiga pada usaha PAS mahu mendaulatkan pemerintahan Islam total. 

Tahaluf siyasi kini mula dipertikaikan 

Ulama PAS menghidu ada yang tidak kena dengan adab dan pengertian politik dua rakan kongsinya itu. Malah mereka yakin mutakhir ini lebih banyak onar berbanding kesejahteraan disajikan Pakatan Rakyat, terutama di Selangor.Ulama PAS mulai dingin terhadap tatakrama politik PKR dan DAP.Mereka rindu pada cara membuat keputusan politik mengikut al Quran dan sunnah demi “mendekati keredhaan Allah” berbanding politik pragmatisme bersalut pemikiran liberal yang dipacu gejolak nafsu PKR dan DAP mahu memerintah Malaysia.Pendirian ulama ini dipertikaikan oleh beberapa pemimpin nasional PAS yang bimbang akan “kempunan” peluang menjadi pemerintah. Mereka khuatir dengan inisiatif ulama mahu mengkaji semula pengoperasian konsep tahaluf siyasi. Pemimpin-pemimpin nasional ini lebih teruja mengikuti cara PKR dan DAP di mana “kemenangan sudah di ambang mata” sedangkan ulama masih “membuang masa” mahu melakukan muhasabah politik pula.Kebetulannya Jun ini proses pemilihan pemimpin PAS berlangsung lagi.Belajar daripada budaya politik PKR dan DAP pemimpin-pemimpin nasional PAS mula menggerakkan kempen menampilkan makna alternatif kepada maksud kepimpinan ulama sedia ada.Mulanya ia berlaku secara rahsia.Bagaimanapun apabila ulama PAS kelihatan tegas mahu menimbang dan mengimbangkan semula konsep dan batas tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR,pemimpin-pemimpin nasional mula menunjukkan radang politik. Secara terbuka, golongan ini menyatakan jelak dengan caragaya ulama PAS melalui kempen betapa mereka sudah tidak menghormati ulama kerana “ulama kini jadi masalah kepada PAS dan PR”.

Malah mereka mengulangi iltizam mahu terus bersama PAS dan DAP yang dilihat sebagai satu-satunya pilihan mencapai cita-cita menumbangkan Umno-BN dan memerintah Malaysia. Seluruh PAS bungkam.Bagaimanapun jika ada ahli dan penyokong PAS yang menyetujui pemikiran pemimpin non-ulama ini,mereka khuatir akan menyanggah pesan Rasulullah s.a.w. bahawa ulama itu pewaris nabi.Bagaimanapun penyokong ulama pula kini bangkit menentang sergahan golongan yang cuba memufarakahkan PAS daripada pimpinan ulama.Mereka lebih mendambakan keredhaan Allah daripada berkuasa politik tetapi tiada barakah Allah.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

PAS dulu lain tetapi sekarang PAS banyak berubah akibat bergabung dengan DAP dan PKR menjadi PR.

Dulu golongan Ulama banyak berkuasa tetapi sekarang golongan pro DAP pro PKR pulak berkuasa dan meminggirkan Ulama dalam PAS.

DAP dominan sepatutnya PASlah dominan. Sebab itulah PAS banyak dengar cakap DAP dan PKR menjadi parti angguk saja. Dan kini pelbagai persoalan timbul dalam PAS. yang terbaru PASMA menjadi satu virus dalam PAS.

PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat dan kembali kepada jalan asal mereka.

 
 
Blogger Templates