Social Icons

Pages

Wednesday, March 18, 2015

EKSKLUSIF !!! SIARAN LANGSUNG SIDANG #DUNKELANTAN BERKENAAN UNDANG-UNDANG #HUDUD DIDEDAHKAN !!!


Kerajaan Kelantan pimpinan Pas hari ini membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) pada sidang Dun Kelantan bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.Usul pindaan enakmen itu yang dibacakan Menteri Besar,Datuk Ahmad Yaakob selama hampir 45 minit itu kini mula dibahaskan dengan penyertaan seramai 45 Adun Kelantan.Selepas draf pindaan enakmen itu dibahaskan, ia seterusnya akan menjalani proses undian sama ditolak atau disokong bagi membolehkan Kerajaan Kelantan melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Bagaimanapun,Kerajaan Kelantan bakal berdepan laluan mudah apabila majoriti Adun Kelantan adalah dari Pas iaitu seramai 32 orang manakala 12 lagi Umno dan seorang PKR.Terdahulu,Kerajaan Kelantan menangguhkan hasratnya untuk membentang pindaan enakmen itu pada sidang khas Dun Kelantan pada 29 Disember lepas susulan negeri itu terjejas teruk akibat banjir besar.


APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

SEBAGAI ORANG ISLAN KITA MESTI SOKONG TAPI PAS JANGAN BUAT PUSINGAN "U". PAS JANGAN LEMAH DAN KALAU BOLIH KELUAR DRP PAKATAN.

Anonymous said...

Kita sokong kalau hudud yg nak dilaksanakan itu adalah seperti hudud yg di sebutkan oleh Allah !!

Kita tidak mahu hukum Islam yang hanya punya hukuman maksima 3 tahun penjara, denda maksima RM5,000 dan sebatan maksima 6 rotan

Kita mahu hudud yg Allah turunkan, hudud yang wajib dilaksanakan oleh pemerintah orang Islam ke atas rakyat jelata samaada mereka itu Islam atau Kafir !! Hudud yang merangkumi rejam pada penzina dan sebat 100 rotan kalau mereka masih bujang dan potong tangan bagi kesalahan mencuri,hukum bunuh pada pembunuh, peminum arak disebat 40-80 rotan ... jangan jadi yahudi..ambil setengah kitab dan kufur engan setengah lagi kitab !!!

Anonymous said...

Tabik pd adun kok lanas..harap hudud berjalan lancar..setiap sesuatu ada cabarannya..syabas mb kelantan..

 
 
Blogger Templates