Social Icons

Pages

Tuesday, March 24, 2015

ISU GST !!! KANTOI !!! PENIPUAN #RAFIZIRAMLI DAN PEMIMPIN #PAKATAN #PEMBANGKANG DIDEDAHKAN !!!


dibawah ada 10 fakta yang anda perlu lihat berkenaan penipuan yang selalu dicanangkan oleh Rafizi serta pemimpin pembangkang.perkara yang dimahukan oleh pemimpin pembangkang dan Rafizi di Malaysia adalah

1. Pendidikan percuma seperti di Norway – tetapi Norway mempunyai 25% GST

2. Tidak ada GST seperti di Hong Kong – tetapi Hong Kong adalah antara negara yang mempunyai ketidaksamarataan pendapatan yang paling tinggi di dunia dengan bacaan indeks Gini 0.537 berbanding dengan bacaan indeks Gini Malaysia iaitu 0.431 pada tahun 2012 (merosot daripada 0.441 pada tahun 2009)

3. Kesamarataan pendapatan yang baik seperti Denmark dengan bacaan indeks Gini 0.21 – tetapi Denmark adalah antara negara yg mempunyai harga petrol tertinggi,1.50 Euro atau RM 6.32 per liter.

4. Harga petrol terendah di dunia seperti Venezuela – tetapi kadar inflasi Venezuela adalah yg tertinggi di dunia,iaitu 62% setahun

5. Kadar inflasi yg paling rendah di dunia seperti Jepun yg mempunyai kadar inflasi negatif selama bertahun-tahun – tetapi matawang Jepun telah jatuh kira-kira 40% berbanding Ringgit Malaysia semenjak 2 tahun yg lalu.

6. Penukaran kadar yang tinggi seperti Singapura – tetapi Singapura mempunyai harga kereta yg paling tinggi dalam dunia di mana harga sebuah kereta MyVi mencecah sehingga $87k atau RM225k berbanding di Malaysia hanya RM41k sahaja

7. Harga kereta serendah di Brunei – tetapi Brunei tidak ada demokrasi

8. Sedemokrasi seperti di India,yang terkenal sebagai negara demokrasi terbesar di dunia – tetapi India mempunyai kadar korupsi yang tinggi berbanding Malaysia

9. Tiada korupsi atau 0 korupsi seperti Finland – namun Finland kini berada di ambang kejatuhan atau “lost decade” dan mengalami nilai pembangunan ekonomi negatif atau 0

10. Pembangunan ekonomi setinggi Myanmar yg sekarang ini sedang meningkat dgn nilai GDP melebihi 7% – namun demikian Myanmar mempunyai banyak konflik agama dan bangsa dan mengakibatkan banyak kematian.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates