Social Icons

Pages

Wednesday, April 15, 2015

EKSKLUSIF !!! #PRKPERMATANGPAUH !!! SURAT TERBUKA UNTUK #WANAZIZAH DIDEDAHKAN !!!


Kepada Kak Wan,

Kami ingin merayu kepada anda untuk tidak menjadi calon Permatang Pauh lagi.Ramai penduduk sudah bosan dengan penipuan yang anda lakukan disekitar kawasan penguasaan pengaruh Anwar.Kali terakhir kami memilih anda,anda hanya lebih mengutamakan kedudukan kerusi terhadap Anwar.Anda tidak melakukan apa-apa yang penting sebagai Ahli Parlimen selama dua penggal bagi kawasan pilihan raya itu,untuk membawa perubahan yang sangat diperlukan bagi Permatang Pauh.Sebaliknya,anda terus menangis dan bersedih dengan tindakan "kejam" kerajaan yang dikenakan terhadap suami anda.Anda telah memainkan peranan sebagai seorang isteri yang dalam kesusahan/kebingugan apabila suami anda dekenakan tindakan "tidak adil" justeru dihantar ke penjara untuk memenangi undi.Apabila pilihan raya kelak adalah lebih baik kamu kembali ke rumah anda yang terletak di Kuala Lumpur atau mungkin menghabiskan masa di pejabat di Kajang untuk mendapatkan kerusi lagi untuk suami anda. 

Suami anda telah mencipta pilihan raya yang baru setelah penyandang kerusi Kajang meletak jawatan untuk memberi laluan kepada beliau bertanding seterusnya dijadikan sebagai satu cara untuk mendapatkan akses kepada jawatan MB ini.Apabila dia gagal,anda bertanding sebagai calon pengganti.Kami rakyat biasa sering tertanya-tanya bagaimana seorang pengamal perubatan pintar yang terlatih diluar negara seperti anda dengan mudah terpedaya dengan seseorang seperti Anwar.Walaupun secara rasmi tiada pengumuman dibuat mengatakan bahawa anda akan bertanding di Permatang Pauh.PR berkata bahawa anda mudah diterima oleh semua wakil-wakil rakyat sebagai pilihan terbaik untuk kerusi itu.Jangan benarkan mereka memanipulasi anda untuk melakukan sesuatu yang tidak masuk akal seperti ini,dengan mengadakan perarakan jalanan yang boleh dinaggap seperti seorang badut sarkas bagi membela tempat suami anda kerana salah laku beliau.

Jangan benarkan pertubuhan-pertubuhan seperti Wanita Umno dan pihak pembangkang mengkritik anda untuk menjadikan kawasan Permatang Pauh sebagai sebuah syarikat sendirian khususnya untuk keluarga terdekat Anwar.Anda bukanlah seorang rakyat tempatan,jadi anda mungkin tidak tahu frasa,'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' yang digunakan oleh Wanita UMNO untuk menggambarkan anda semua.Dalam bahasa Inggeris ia adalah hampir sinonim dengan duduk di kerusi malas ( ROCKING CHAIR ) di mana anda mengerakkan kerusi tersebut kedepan dan kebelakang tetapi tidak pergi kemana mana.

Sila jangan biarkan mereka meletakkan anda dalam pepatah ROCKING CHAIR dan menolak anda ke belakang dan sebagainya sehinggalah pilihan raya umum akan datang.Akhirnya anda akan tidak mencapai apa apa.Anda akan tidak menjadi apa apa dan hanya membazirkan hidup anda dengan ini,Semua pendidikan,semua usaha yang anda lakukan hanya untuk dikenang sebagai seorang wanita yang tertipu dan dimanipulasi ke dalam perjalanan yang tidak wajar.Jangan Kak Wan,jangan.Sudah sudah la.

Dari rakyat yang prihatin tentang kesihatan mental dan kesejahteraanmu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates