Social Icons

Pages

Showing posts with label PRK PERMATANG PAUH.... Show all posts
Showing posts with label PRK PERMATANG PAUH.... Show all posts

Saturday, May 02, 2015

#PRKPERMATANGPAUH !!! KANTOI !!! KISAH SEBENAR AHLI KELUAR UMNO DIDEDAHKAN !!!


Semalam satu cawangan UMNO di Permatang Pauh telah dibubarkan iaitu Cawangan Guar Jering Jaya. Siap umumkan di Sidang Media PKR di Yayasan Aman. Katanya tidak berpuashati kerana terbiar dan tidak terbela.

Cawangan ni telah digantung kerana gagal bersidang sejak 2013. Ahlinya yang tidak sampai 100 orang pun gagal bersidang. Informasi yang diterima dari penduduk disitu selepas sidang media tersebut, menyatakan bahawa Ketua Cawangan Guar Jering Jaya hanya mahukan wang. Persidangan tahunan pun tak buat, tapi duit nak. Siapa nak bagi.

Setahu Black, setiap cawangan yang bersidang akan diberikan yang perbelanjaan untuk jamuan.. ianya tertulis didalam penyata kewangan cawangan. Memanglah tak banyak, tapi mencukupi untuk menjalan persidangan tahunan.

Khabar angin penduduk setempat menyatakan bahawa ketua cawangan ini pernah mengugut untuk membubarkan cawangan sekiranya sejumlah wang yang agak besar jumlahnya tidak diperolehi.Namun ianya tidak dilayan oleh pucuk pimpinan bahagian dan pusat kerana ianya hanya untuk kepentingan peribadi ketua cawangan tersebut.Nampak sangat mata duitan.

Bila duit telah menjadi tuhan dimata dan dihati, apa sahaja sanggup dilakukan termasuk mengugut individu lain demi memenuhi nafsu serakah. - Black Panther

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, April 25, 2015

#PRKPERMATANGPAUH !!! SAH !!! #WANAZIZAH GILA JAWATAN !!!


Seperti sudah dijangka bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan tetap terus mencalonkan Presiden parti itu sendiri merebut dan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.Calon kitar semula,Datin Seri Wan Azizah Ismail adalah bukan nama asing dalam arena politik tanah air.Nama serta keupayaan beliau lebih dikenali sebagai seorang wanita yang gagal memimpin rakyat.Jika dilihat pada rekod-rekod lampau beliau sebelum ini,jelas tidak menunjukkan apa-apa pencapaian terbaik terutama di Parlimen Permatang Pauh ini.Setelah memegang jawatan untuk beberapa tahun,kemudian beliau serahkan kerusi Parlimen ini kepada suaminya selepas dibebaskan dari penjara.

Lebih kritikal juga beliau tidak memiliki rekod yang baik apatah lagi cemerlang di DUN Kajang apabila beliau lebih selesa menghilangkan diri ketika rakyat memerlukan bantuannya.Lebih menyakitkan hati pengundinya di DUN ini,setelah memenangi Pilihanraya Kecil (PRK) Kajang hasil percaturan mengarut parti tersebut sebelum ini,tiada satu jasa pun yang dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat Kajang seperti yang diharapkan.Masalah banjir tetap juga berulang-ulang kali berlaku jika hujan lebat.Bahkan permasalahan ini berlaku sebelum ADUN Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan.Namun langkah menangani isu ini tidak juga diambil secara proaktif. Hari ini sekali lagi beliau menawarkan diri untuk menjadi suara rakyat Permatang Pauh.

Ini kali kedua beliau bertanding di sini,mungkin atas alasan yang sama.Namun apa yang pasti,pencalonan ini boleh diibaratkan seolah-olah keluarga Anwar Ibrahim tidak mempercayai mana-mana orang termasuk kalangan ahli serta penyokong mereka sendiri.Tetapi dalam masa yang sama masih menagih sokongan pengundi Permatang Pauh.Ini adalah realiti yang sukar diterima oleh sebilangan penyokong PKR apabila kepimpinan hanya membuat keputusan berdasarkan keinginan melampiaskan nafsu dengan membolot seberapa banyak jawatan semata-mata tanpa menghiraukan suara akar umbi di peringkat bawahan.Ketidakpuasan hati para penyokong PKR dari seluruh Malaysia terutamanya boleh dilihat menerusi laman sosial hari ini.Berbeza sekali dengan amalan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang mengutamakan kepentingan kebersamaan dalam menentukan calon terbaik dan membariskan muka baru untuk penduduk di Parlimen 044.BN kali ini menamakan Anak Muda untuk membawa perubahan,memperjuangkan pembangunan yang sekian lama tertunggak. Tentu sekali tiada istilah calon kitar semula dalam perjuangan UMNO / BN bagi membawa suara rakyat ke peringkat lebih tinggi. 

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII 
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Thursday, April 23, 2015

#PRKPERMATANGPAUH !!! #KAJANG PUN TAK TERJAGA NAK JADI CALON !!! APA CERITA NI ???


apa cerita ni ??? nak jadi calon PRK Permatang Pauh ??? mana lagi penting ??? kajang atau permatang pauh ??? Inilah akibat main politik tanpa rasa tanggungjawab.Kerusi nak tapi belum tahu jaga.lihat la apa jadi dgn kajang.kata nak settle sampai skarang sama jerr

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN 

Monday, April 20, 2015

#PRKPERMATANGPAUH !!! #WANAZIZAH DAH MULAKAN WAYANG DI PASAR MALAM !!!


tu dia !!! wan azizah dah mulakan wayang beliau di pasar malam,permatang pauh.sebelum ni tak ada pulak nampak muka ikut suami atau nak tanya khabar di permatang pauh.malah muka anwar pun tak ada.sama jugak wan azizah di kajang !!! janji itu,janji ini tapi apa yang orang kajang dapat ??? kat permatang pauh nak jadi calon ??? di harap pengundi buka la mata anda kalau wan azizah jadi calon atau keluarga anwar ibrahim sekalipun !!! dari tahun 1982 apa yang PKR lakukan untuk permatang pauh ??? duit dah turun tiap-tiap tahun !!! apa cerita ni ??? sudah lah wahai wan azizah !!! jangan mudah kita tertipu lagi dengan mainan golongan keluarga ini.Masa diperlukan setiap kali pilihanraya sanggup jumpa penduduk kononnya ambil peduli pada rakyat.

wan azizah pun kena ingat PAS tidak bersetuju sekiranya PKR menamakan beliau sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.bukan sahaja wan azizah,anggota keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan ditentang sekiranya dicalonkan.Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Penerangan Pas bahagian berkenaan,Jamsari Samad parti Islam itu tidak akan membantu kempen sekiranya Presiden PKR itu dicalonkan.Bagi sesetengah orang Wan Azizah berkebolehan dan telah membuktikan keupayaan untuk menang pada beberapa pilihan raya yang disertai sebelum ini.Beliau dulu pun menang besar ketika bertanding di Permatang Pauh.Tetapi bagi sesetengah orang lain pula,termasuk dalam kalangan PKR sendiri,ada ramai lagi orang yang juga layak untuk dicalonkan pada kawasan yang dianggap kubu kuat PR itu.Mereka bertanya,kenapa asyik Dr Wan Azizah ??? Berilah peluang kepada orang lain untuk menjadi YB !!! Semua orang tahu PR retak berhubung isu hudud.DAP sudah menyatakan tidak sebulu dengan Pas.Sekiranya PKR mencalonkan isteri Anwar,dan Pas memboikot kempen pada PRK berkenaan,ada kemungkinan pakatan tiga sekawan itu akan menjadi bertambah retak.kalau begitu apa kata PAS pun bertanding di permatang pauh !!! ada berani ???


WAN AZIZAH : APA KHABAR SEMUA ??? SIHAT KERR ???

LELAKI           : BARU NAMPAK MUKA KERR ??? TAGIH UNDI RAKYAT LAHH TU !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Saturday, April 18, 2015

#PRKPERMATANGPAUH !!! KEPADA PENYOKONG #PAS TOLONG BUKA MATA ANDA !!!


tinggal seminggu lagi untuk pencalonan PRK Permatang Pauh.namun,wan azizah masih berdegil utnuk mencalonkan dirinya jadi calon PRK Permatang Pauh pada 25 april 2015.kepada penyokong PAS,adakah anda setuju keluarga anwar ibrahim menjadi calon ??? jangan marah saya sekiranya saya kata 'bodoh' kalau anda setuju wahai penyokong PAS di permatang pauh.kerana apa ??? kerana gambar di bawah



setelah pemimpin PAS mengeluarkan semula isu Hudud,nampaknya PKR tidak menyokong isu ini sampai sekarang.yang menyokong adalah UMNO.adakah ini yang anda mahukan ??? adakah ini pemimpin yang dikatakan berjiwa rakyat ??? kalau berjiwa rakyat semua akan disokong.tepai apa yang terjadi adalah disebaliknya.kepada penyokong PAS,sekiranya keluarga anwar jadi calon.nilaikan gambar diatas dan fikir sebelum mengundi.anda kena lihat apa kebaikan yang anwar dan azizah berikan sejak tahun 1982.bagaimana nak atasi masalah ni ??? PAS harus bertanding !!! ada berani ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

#PRKPERMATANGPAUH !!! KELUARGA #ANWARIBRAHIM BUAT HAL LAGI ??? APA CERITA NI ???


keluarga anwar ibrahim buat hal lagi ??? kenapa ??? ini kerana Kak Wan berdegil untuk mencalonkan dirinya untuk jadi calon.kalau tak jadi pun beliau akan letakkan Nurul Nuha.bukan kah ini keluarga anwar ibrahim.dah tak ada orang lain ker yang akan jadi calon PRK Permatang Pauh ??? kenapa tak cari orang permatang pauh ??? kan ada ketua bahagian di situ ??? mana tau beliau layak.tapi kalau ketua bahagian tu anwar ibrahim jugakkk cari lahh pembantu kerrr !!! berbalik dengan kempen pula,memang pening dibuatnya kalau jentera kempen pilihan raya pakatan pembangkang turun padang di Permatang Pauh bermula 27 April nanti.Di kawasan pusat daerah me­ngundi (PDM) yang ramai pe­ngundi Cina,misalnya PDM Cross Street atau PDM Berapit Road,peraih undi DAP tidak akan menang tangan sibuk bantai hudud dibawa Pas. 

Di Guar Perahu dan Sama Gagah pula orang Pas mempertahankan hudud.Walaupun Penanti,salah satu dari tiga DUN dalam Permatang Pauh,wakil rakyatnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR),jangan ditidakkan pengaruh Pas di situ.Orang Pas ramai,banyak pondok agama sekitar Penanti.Lagipun,sekutu rapat DAP dalam pakatan,PKR sudah terlalu lama di Permatang Pauh.menyingkap sejarah permatang pauh,Anwar sahaja sudah 33 tahun,sejak 1982 lagi.Lama sangat.Tetapi apa yang dibuatnya.Duduk dalam kerajaan selama empat penggal dan keluar kerajaan pun,masih tidak ada apa-apa.Mendakwa UiTM dibawanya masuk ke Permatang Pauh,tetapi sebenarnya usaha Perdana Menteri waktu itu.Memprojekkan diri dengan pang­gilan ‘pak sheikh’,tetapi terbukti bersalah pula di mahkamah atas kes liwat.Boleh percayakah lagi orang Permatang Pauh dengan PKR ini ??? 

Apabila Presidennya,Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menang di Permatang Pauh ketika itu,dia terus ‘resign’,kosongkan kerusi pula untuk suaminya.Di Kajang tempoh hari,boleh pula suruh wakil rakyatnya berhenti sebab nak letak anggota keluarga di situ.DAP pun satu hal. Untuk persiapan Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh ini, ada dipanggilnya orang Pas bermesyuarat ??? Atau DAP-PKR sahaja.Semasa kempen pilihan raya umum lalu,DAP banyak janji sini,janji sana.Ada 14 isu yang mahu diselesaikannya.Antaranya, ke­sesakan, banjir,hakisan tanah dan lain-lain lagi.Tetapi,satu pun tak selesai.Malah Pulau Pinang lagi teruk sesaknya,surcaj air meningkat,cukai tanah dan cukai pintu naik.Kalau letak kereta 40 sen sejam,kena beli satu buku (kupon) berharga RM5.Rumah kos rendah pula langsung tidak diusik.Keutamaan bina rumah di bahagian pulau pun sangat tinggi, dijual pada harga sekitar RM500,000.Slogan nak bantu rakyat tidak ada.Slogan tinggal slogan.macam apa yang saya kata di atas,sampai masanya elok pengundi Permatang Pauh ubah selera.Tukar kepada calon lain pula.Dulu,Wan Azizah turun berkempen,menangis,raih simpati.Sekadar berbuat begitu,tidak ada apapun di Permatang Pauh.bagaimana nak atasi masalah ni ??? PAS harus bertanding !!! ada berani ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Wednesday, April 15, 2015

EKSKLUSIF !!! #PRKPERMATANGPAUH !!! SURAT TERBUKA UNTUK #WANAZIZAH DIDEDAHKAN !!!


Kepada Kak Wan,

Kami ingin merayu kepada anda untuk tidak menjadi calon Permatang Pauh lagi.Ramai penduduk sudah bosan dengan penipuan yang anda lakukan disekitar kawasan penguasaan pengaruh Anwar.Kali terakhir kami memilih anda,anda hanya lebih mengutamakan kedudukan kerusi terhadap Anwar.Anda tidak melakukan apa-apa yang penting sebagai Ahli Parlimen selama dua penggal bagi kawasan pilihan raya itu,untuk membawa perubahan yang sangat diperlukan bagi Permatang Pauh.Sebaliknya,anda terus menangis dan bersedih dengan tindakan "kejam" kerajaan yang dikenakan terhadap suami anda.Anda telah memainkan peranan sebagai seorang isteri yang dalam kesusahan/kebingugan apabila suami anda dekenakan tindakan "tidak adil" justeru dihantar ke penjara untuk memenangi undi.Apabila pilihan raya kelak adalah lebih baik kamu kembali ke rumah anda yang terletak di Kuala Lumpur atau mungkin menghabiskan masa di pejabat di Kajang untuk mendapatkan kerusi lagi untuk suami anda. 

Suami anda telah mencipta pilihan raya yang baru setelah penyandang kerusi Kajang meletak jawatan untuk memberi laluan kepada beliau bertanding seterusnya dijadikan sebagai satu cara untuk mendapatkan akses kepada jawatan MB ini.Apabila dia gagal,anda bertanding sebagai calon pengganti.Kami rakyat biasa sering tertanya-tanya bagaimana seorang pengamal perubatan pintar yang terlatih diluar negara seperti anda dengan mudah terpedaya dengan seseorang seperti Anwar.Walaupun secara rasmi tiada pengumuman dibuat mengatakan bahawa anda akan bertanding di Permatang Pauh.PR berkata bahawa anda mudah diterima oleh semua wakil-wakil rakyat sebagai pilihan terbaik untuk kerusi itu.Jangan benarkan mereka memanipulasi anda untuk melakukan sesuatu yang tidak masuk akal seperti ini,dengan mengadakan perarakan jalanan yang boleh dinaggap seperti seorang badut sarkas bagi membela tempat suami anda kerana salah laku beliau.

Jangan benarkan pertubuhan-pertubuhan seperti Wanita Umno dan pihak pembangkang mengkritik anda untuk menjadikan kawasan Permatang Pauh sebagai sebuah syarikat sendirian khususnya untuk keluarga terdekat Anwar.Anda bukanlah seorang rakyat tempatan,jadi anda mungkin tidak tahu frasa,'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' yang digunakan oleh Wanita UMNO untuk menggambarkan anda semua.Dalam bahasa Inggeris ia adalah hampir sinonim dengan duduk di kerusi malas ( ROCKING CHAIR ) di mana anda mengerakkan kerusi tersebut kedepan dan kebelakang tetapi tidak pergi kemana mana.

Sila jangan biarkan mereka meletakkan anda dalam pepatah ROCKING CHAIR dan menolak anda ke belakang dan sebagainya sehinggalah pilihan raya umum akan datang.Akhirnya anda akan tidak mencapai apa apa.Anda akan tidak menjadi apa apa dan hanya membazirkan hidup anda dengan ini,Semua pendidikan,semua usaha yang anda lakukan hanya untuk dikenang sebagai seorang wanita yang tertipu dan dimanipulasi ke dalam perjalanan yang tidak wajar.Jangan Kak Wan,jangan.Sudah sudah la.

Dari rakyat yang prihatin tentang kesihatan mental dan kesejahteraanmu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

Friday, February 13, 2015

#PRKPERMATANGPAUH !!! SEKIRANYA #NURULNUHA DICALONKAN SAH #PKR PARTI ANAK BERANAK !!!


Jangan marah dan salahkan Nurul Nuha Anwar kalau dia merasa sedih,geram dan akan mengetuai kempen 'March to Freedom' untuk menuntut pembebasan bapanya,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masuk Penjara Sungai Buloh kelmarin.Begitu juga adik beradiknya yang lain termasuk Nurul Izzah,Ehsan,Nurul Ilham.Mungkin dari kacamata mereka Anwar ialah seorang bapa sempurna yang pijak semut pun tak mati ketika di rumah.Mungkin juga mereka jarang tengok drama atau sinetron di kaca televisyen yang memaparkan kisah 'makan luar' dalam kehidupan rumah tangga atau macam aksi 'Madu Tiga' P.Ramlee.Kita juga tidak pasti samaada Nurul Nuha tahu tidak Anwar satu ketika dulu cukup intim dengan rakan tenisnya,Datuk S Nallakaruppan yang tercatat pernah membuat pengakuan terbuka bagaimana 'nakalnya' bapanya semasa Timbalan Perdana Menteri dulu.dengar cerita Nallakaruppan ada simpan banyak kisah menarik yang boleh buat orang mengucap panjang.Entahlah,samaada dia kenal siapa itu Datuk Sharzly Eskay Abdullah @ Datuk T, ahli perniagaan yang juga secara terbuka mengaku dirinya 'tukang atur' untuk aktiviti ' ko-kurikulum' Anwar baik di Kuala Lumpur maupun di Bangkok.

Eskay ialah orang membuat pendedahan mengenai klip video China Doll.Dia juga sudah bersumpah dalam masjid untuk mempertahankan dakwaan lelaki dalam video itu adalah Anwar.Jangan lupa Eskay juga mendakwa dia adalah 'rakan malam' Anwar yang datang jemput dan hantarnya pulang 'bila diperlukan'.Ini semua bukan cerita dongeng.Nurul Nuha boleh google untuk baca balik semua al-kisah ini atau buka balik keratan-keratan akhbar yang membawa berita tentang ini.Kalau ada ketabahan hati sebagai orang yang betul-betul nak cari kebenaran elok juga dia renung,renung dan renung klip video yang panas itu untuk membuat penilaian sendiri.Sebagai anak kita juga mungkin tertanya-tanya apakah dia tidak hairan mengapa bapanya perlu gunapakai sebuah kondominum di Desa Damansara milik seorang rakan sedangkan jarak rumah mereka di Bukit Segambut tidak jauh mana. Juga seperti bukti CCTV dalam kes liwat,mengapa Saiful Bukhari Azlan jadi pilihan hati bapanya boleh keluar masuk di situ? Sepatutnya waktu itu Nurul Nuha juga patut tanya Papa mengapa dalam banyak-banyak pembantu si Saiful yang usung ke Hong Kong dan Singapura. 

Bila sudah sentuh pasal kondo di Desa Damansara,ingat tak dalam kes liwat pertama ??? kisahnya juga kondominium yakni Tovoli Villa,Bangsar.Bukankah di situ pemandunya Azizan Abu Bakar diliwat.Waktu itu rumah Anwar terletak di Bukit Damansara yang cuma satu gear saja dari Bangsar.Juga tidak kurang menarik tidak lama dulu kita pernah dihidangkan dengan pengakuan Ezam Mohd Noor mengenai panggilan telefon yang diterimanya dari Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang waktu itu berada di Washington. Dakwa Ezam yang ketika itu Ketua Pemuda Keadilan dan bebas keluar masuk rumah Anwar,suara Wan Azizah bernada cemas bila diberitahu ada seorang lelaki lain berada di dalam rumah itu. Insiden ini,yang kata Ezam mula mencetuskan keraguannya pada 'perangai' Anwar dan kemudian mendorongnya keluar parti.Wan Azizah yang ditemui wartawan tidak lama lepas itu mengesahkan ada membuat panggilan telefon pada Ezam waktu itu tetapi menafikan ia bernada cemas. Dia mendakwa dalam panggilan pada Ezam itu, “saya pesan kat dia sebagai seorang adik, tengok-tengokkan abang dia…” Kata orang kalau nak tulis segalanya mungkin satu novel pun tidak cukup untuk menceritakan pelbagai liku kisah termasuk pengakuan Tun Dr Mahathir Mohamad kenapa beliau bertindak terhadap Anwar.Ini termasuk pertemuan beliau sendiri dengan untuk mendengar cerita beberapa saksi yang terlibat dengan 'perangai' Anwar sebelum buat keputusan. Bekas Perdana Menteri itu mengakui beliau mungkin ada buat banyak kesilapan tetapi memecat Anwar bukan satu kesilapan. Dr Mahathir masa itu diketahui bukan orang yang mudah dipengaruhi dengan gosip dan mereka yang membawa cerita buruk pasal orang lain. 

Dalam bukunya "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad",bekas Perdana Menteri itu menyatakan beliau dimaklumkan mengenai skandal Anwar oleh bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar,4 tahun sebelum buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri' dihantar kepadanya.Namun beliau tidak percaya dan tidak ambil peduli.Ada kata-kata popular yang sering menjadi ajukan..."siapa yang malu...mereka dan keluarga mereka'.Jadi tolak sebelah segala fakta yang ada.sebagai anggota keluarga sudah menjadi tanggongjawab Nurul Nuha mempertahankan maruah keluarga. Maka dalam sidang akhbar bersama-sama adik beradiknya di rumah mereka di Bukit Segambut.Nurul Nuha sambil menangis beritahu mereka akan bentuk urus setia untuk ketuai kempen menuntut pembebasan Anwar.Semasa kes liwat pertama dulu,Nurul Izzah,kini sudah jadi Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang ke depan. Kata Nurul Nuha yang kini berusia 30 tahun kempen mereka bukan setakat di Malaysia tetapi akan menjangkau ke peringkat antarabangsa.Anak Anwar yang kini disebut-sebut mungkin akan jadi calon pilihanraya kecil Permatang Pauh kata dia yakin rakyat Malaysia akan bangkit.

Siapa tahu mungkin Nurul Nuha dan keluarganya cukup yakin di luar sana tidak ramai yang ambil peduli jalan cerita dari awal hingga akhir 'drama Anwar Ibrahim' yang kantoi dengan kes Saiful.Lagipun bukan susah nak pengaruhi dan bakar sentimen orang dengan cerita penderitaan sebuah keluarga yang konon teraniaya oleh konspirasi jahat.Supaya nampak mantap jangan lupa minta pak cik atau mamat yang duduk tepi jalan yang nak dijadikan 'Rakyat Hakim Negara' itu selak sikit sebanyak buku undang-undang. Bukan apa...jangan nanti 'loyar buruk' yang nak dihimpunkan jadi 'hakim'.Liwat bukan kes main pondok-pondok.Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria dan empat lagi anggota penal hakim terpaksa ambil masa tiga bulan lamanya untuk kaji dan teliti segala segi sebelum buat keputusan.sekiranya terjadi juga Nurul Nuha jadi calon PRK Permatang Pauh,sah lahh PKR adalah parti anak beranak

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates