Social Icons

Pages

Tuesday, May 19, 2015

KANTOI !!! #JETKERAJAAN !!! KEPADA @RAFIZIRAMLI !!! LAIN KALI GUNA OTAK SEBELUM KELUARKAN KENYATAAN !!! VIDEO INSIDE !!!


kantoi sudah !!! sebelum ini pembangkang terutama rafizi ramli mengatakan jet kerajaan hanya PM Datuk Seri Najib boleh naik jet kerajaan.betul kerr ??? habis tu gambar diatas macam mana pulak ??? terbukti nampaknya rafizi ingin mengelirukan rakyat.bukan nak salahkan rafizi 100 peratus.tapi nak bagitahu ni,lain kali guna otak dulu sebelum keluarkan kenyataan dan cari bukti penuh betul atau tidak hanya PM je boleh naik jet kerajaan tu.saya teruskan dengan gambar di atas

pada hari Ahad lepas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menaiki pesawat rasmi kerajaan sudah menjadi kebiasaan.bukan sekali 2 pun.beliau menaiki pesawat Eksekutif Airbus Corporate Jet (ACJ 320) yang baharu diperoleh kerajaan.Ia adalah penerbangan rasmi pertama pesawat itu yang tiba pada 6 Mei lalu.Pesawat berkenaan berlepas tepat jam 10 pagi membawa Yang di-Pertuan Agong dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim,di Alor Star untuk ke Pulau Langkawi.Menariknya gambar ini mungkin ia boleh menghilangkan rasa stress Rafizi Ramli dan rakan-rakannya yang begitu berminat memantau segala hal tentang pesawat baru itu.Ini gara-gara propoganda mereka untuk mengambarkan bagaimana kerajaan boros berbelanja untuk menyediakan sebuah pesawat baru untuk kegunaan Perdana Menteri.Tidak cukup setakat itu malah ada portal berita yang sewaktu dengan mereka berfungsi sebagai spy leman memantau setiap pergerakan pesawat dimana ia berlepas,dimana ia mendarat segala macam.masih kah anda ingat pada 17 Mac lalu Rafizi ada meminta Jabatan Perdana Menteri (JPM) tidak mengheret Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi 'menghalalkan' pembelian pesawat itu.

Satu kenyataan JPM yang dikeluarkan sempena penerbangan pertama ACJ 320 secara jelas memberitahu siapa yang layak mengunakan pesawat itu.Katanya pesawat khas kerajaan diperuntukkan untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong,Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.Bagaimanapun tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan,pesawat berkenaan juga boleh diluluskan untuk kegunaan Sultan,Yang Dipertua Negeri,menteri dan timbalan menteri, etamu kerajaan persekutuan dari negara asing,pegawai kanan kerajaan serta orang kenamaan.Menurut JPM perolehan pesawat ACJ 320 itu bagi menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang berusia 16 tahun dan kini dalam proses pelupusan.Keputusan menggantikan BBJ dibuat pada tahun 2013 memandangkan kos penyelenggaraannya semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan.Pesawat ACJ 320 itu tiba di Kuala Lumpur pada 6 Mei lalu,setelah berlepas dari Hamburg,Jerman dan berhenti di Almaty,Kazakhstan selama sejam bagi mengisi bahan bakar.JPM berkata pesawat itu membawa sembilan anak kapal dan dua pegawai kanan JPM yang ditugaskan bagi memastikan pesawat yang diterima berada dalam keadaan baik dan menepati spesifikasi perjanjian pembelian.

Menurut kenyataan itu,laluan Hamburg-Almaty-Subang dicadangkan sebagai laluan berdasarkan keadaan cuaca pada masa itu."Penerbangan itu juga menggunakan ruang udara China berdasarkan keadaan angin dan ketinggian awan, berbanding ruang udara Afghanistan," kata JPM.Selain pesawat Eksekutif ACJ 320 itu,tiga lagi pesawat Eksekutif Kerajaan ialah ACJ 319 yang diperoleh pada 2007,manakala dua lagi pesawat bersaiz lebih kecil iaitu Falcon pada 1989 dan Global Express pada 2001.Sementara itu di laman blognya www.najibrazak.com,Perdana Menteri yang jawab beberapa isu turut menyentuh dakwaan mengenai pembelian jet berkenaan.Datuk Seri Najib menjelaskan sudah menjadi praktik biasa di seluruh dunia kebanyakan pemimpin mengunakan pesawat rasmi,bukan untuk kemewahan,tetapi untuk keberkesanan dalam menjalankan tugas.Beliau berharap rakyat tidak termakan propoganda pembangkang yang dakwa kerajaan buang duit keatas jet baru ini.Katanya apa yang mereka tidak jelaskan ialah jet baru ini dibeli untuk mengantikan sebuah jet yang berusia 16 tahun yang boleh menimbulkan risiko dari keselamatan.

Lebih-lebih lagi,katanya jet ini digunakan oleh Yang Dipertuan Agong.Perdana Menteri berkata kos menyelanggara sebuah pesawat lama adalah tinggi.Menurut beliau wang yang diperolehi oleh kerajaan dari penjualannya mengurangkan kos untuk membayar pesawat baru.Maka katanya tidak patut timbul soal samaada sebuah negara itu harus memiliki jet rasmi.Mengenai hiasan dalaman jet itu ia dibentuk agar mesyuarat dapat diadakan diatasnya dan tugas negara dapat diteruskan sewaktu dalam penerbangan.diharap pembangkang faham dengan isu ini.lihat sendiri jet kerajaan negara lain,sama kan dan tiada beza.tolong diam tak perlu lagi nak kritik macam-macam.kita lihat contoh jet kerajaan Indonesia di bawah sebagai contoh !!!








SAMA KAN ??? 

LIHAT VIDEO DI BAWAH





TU BELUM LAGI SAYA KELUARKAN JET KERAJAAN AMERIKA !!!

RINDU PULAK NAK BALIK MALAYSIA !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates