Social Icons

Pages

Tuesday, June 23, 2015

KANTOI !!! KENAIKAN HARGA DI #BAZARRAMADHAN !!! ADAKAH IA DISEBABKAN #GST,#PENIAGA ATAU #PERSATUAN ???


Setiap tahun,isu kenaikan harga sewa tapak khas untuk peniaga kecil yang bermusim di bulan puasa kedengaran.Namun kali ini ada pihak cuba untuk mengambil peluang menyebarkan maklumat yang salah.Pihak-pihak yang berkepentingan peribadi dan politik ini cuba mengaitkan kenaikan harga barang di bazar bermusim ini adalah kerana cukai GST.Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK),Shahrum Abdul Malik memberi amaran kepada semua peniaga pasar Ramadan agar tidak menjual barangan mereka dengan harga terlalu mahal dan menjadikan pelaksanakan GST sebagai alasan berbuat demikian.

Ini berikutan pihaknya menerima pelbagai aduan berkenaan barangan yang dijual dengan harga tidak berpatutan.Shahrum berkata,kedua-dua aspek tersebut dipandang serius pihaknya.“Perkara harga ini hendaklah diberikan perhatian oleh peniaga.Jangan mengambil kesempatan mencari untung besar tanpa memikir pelanggan. “Dalam masa sama jangan jadikan alasan GST untuk menaikkan harga,itu salah,” kata Shahrum.Jelas beliau lagi,meskipun kebanyakan barang yang dijual peniaga bukan barang kawalan, namun peniaga juga perlu bertindak adil terhadap pengguna.


Perkara yang sama turut berlaku di Bazar Ramadhan Stadium Perak

Sebuah portal pro-pembangkang melaporkan ekoran daripada perlaksanaan sistem cukai GST maka berlaku kenaikan harga juadah berbuka dan sewa tapak di bazar tersebut.Tajuk yang digunakan oleh portal tersebut memesongkan maklumat sebenar tentang kenaikan harga yang dilaporkan berlaku.Apa yang berlaku sebenarnya di Bazar Ramadhan Stadium Perak ini adalah kadar sewa tapak perniagaan telah dinaikkan oleh persatuan yang diberi hak untuk mengendalikan bazar tersebut sepanjang bulan Ramadhan ini.Persatuan Penjaja Kecil Melayu Perak dikatakan mengambil alih pengurusan tapak berkenaan dari Dewan Bandaraya Ipoh dan menaikkan kadar sewa tapak tanpa alasan yang munasabah. Pihak persatuan memberi alasan bahawa harga khemah telah dinaikkan oleh pembekal khemah menyebabkan mereka juga terpaksa menaikkan kadar sewa tapak tersebut.Adakah alasan-alasan sebegini wajar digunakan untuk menaikkan harga tapak bazar Ramadhan ??? Dewan Bandaraya Ipoh digesa bertindak segera dengan mengambil alih semula pengurusan tapak bazar Ramadhan yang digunakan setahun sekali ini.Tidak wajar membiarkan persatuan penjaja yang ditubuhkan untuk melindungi kebajikan peniaga kecil menjadi tempat mengambil peluang dengan mengaut untung yang besar sempena bulan Ramadhan. 

Pihak Dewan Bandaraya Ipoh juga boleh membekalkan sendiri khemah terus kepada peniaga yang bermusim ini.Sebagai contoh,Majlis Perbandaran Subang Jaya,Selangor membekalkan terus kepada peniaga dengan harga yang amat berpatutan.Tidak timbul isu pihak ketiga cuba mengaut untung mudah. Pihak berkuasa tempatan juga boleh menambahkan jumlah petak niaga yang berkadar dengan jumlah permohonan peniaga.Penambahan petak niaga ini akan memberi impak positif.Persaingan yang sihat antara peniaga bakal mewujudkan harga kompetitif dan pengguna tidak akan terbeban dengan manipulasi harga juadah berbuka puasa yang dijual.Tidak wujud unsur monopoli produk sekiranya pihak yang terlibat membuka seluasnya peluang perniagaan kepada penjaja bermusim ini. 

Sikap tamak inginkan keuntungan cepat dan berganda pihak persatuan dan peniaga bermusim adalah faktor utama kenaikan harga barang di bazar Ramadhan.Ini perlu ditangani oleh pihak berkuasa tempatan supaya persepsi buruk tentang GST oleh pihak yang berkepentingan dapat dihapuskan segera.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates