Social Icons

Pages

Tuesday, June 23, 2015

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR SIAPA PARTI #DAP DIDEDAHKAN !!! #NOTHING2HIDE !!!


1 per 1 kisah DAP telah didedahkan.rakyat malaysia nampaknya ada yang termakan hasutan.kali ini saya sambung pulak cerita pasal pakatan rakyat terkubur.selepas terlanjur dan tergesa-gesa mengisytiharkan Pakatan Rakyat sudah pun berkubur,DAP kini cuba mengalihkan perhatian umum dengan menimbulkan beberapa provokasi baru.Isu yang dibangkitkan DAP adalah antara usaha bagi menutup bangkai gajah,iaitu sebuah konflik rumah tangga yang sedang membengkak dalam “kelambu” pakatan akibat tergesa-gesa melafazkan cerai.Tetapi anehnya,DAP masih juga mahu tidur atau bersekedudukan dengan PAS di dalam kelambu pakatan walaupun keduanya telah berpisah.Pakatan telah tiada kerana “dibunuh” oleh PAS dan telah pun dikebumikan, demikian menurut Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng dan bapanya,Lim Kit Siang yang juga penasihat parti berkenaan. 

Walaupun gabungan pakatan telah berkubur, “roh” mereka masih berlegar untuk bekerjasama dengan rakan baru atau bergabung semula dengan PAS bagi menggulingkan pentadbiran BN dalam PRU ke -14.Gabungan parti daripada “Keluarga 69″ ini nampaknya semakin celaru dan haru biru.DAP bertindak garang di Pulau Pinang memandangkan PAS hanya memiliki kerusi tunggal tetapi dalam masa yang sama parti yang menentang pelaksanaan hudud itu tersepit antara PKR dan PAS untuk meneruskan kerjasama di Selangor. Sudah terang lagi bersuluh.Oleh kerana PAS memiliki kerusi yang sama banyak dengan DAP (15/15) menyebabkan PKR yang kini menerajui Selangor cukup disayangi oleh kedua parti yang sedang bersengketa itu.Sebenarnya PKR juga memerlukan belaian kasih daripada PAS dan DAP untuk menyambung ikatan kasih dalam rumah tangga pakatan di negeri yang termaju di Malaysia ini.Jika Selangor terlepas kepada parti lain,bermakna tiadalah lagi PKR. 

Parti itu akan terkubur seperti nasib yang menimpa Parti Semangat Melayu 46 dan parti-parti kecil lain yang menjadi serpihan UMNO mahu pun serpihan PAS.Sebenarnya taktik DAP mencari isu-isu baru dengan melakukan perang psikologi bertujuan menutup kepincangan mereka.Taktik itu bukanlah sesuatu yang pelik bagi DAP apatah lagi ketika parti yang bersekongkol dengannya sedang berdepan dengan pelbagai masalah.DAP sentiasa mencari idea untuk membuat provokasi dengan UMNO bagi menimbus kubur yang digalinya sendiri.Ini bagi memulihkan keyakinan rakyat yang memilih pakatan dalam PRU ke-13 selain mengalih tumpuan umum pada masa ini terhadap kemelut yang melanda pakatan. Bermula dengan rancangan untuk membina masjid di Kelantan,kemudian mendesak dimansuhkan agensi kerajaan,Biro Tatanegara (BTN) dan akhir sekali mengarahkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menanggalkan tulisan dan logo UMNO di pejabat parti itu.Sudah tentu tindakan merobohkan iklan UMNO akan membangkitkan kemarahan ahli dan pemimpin pertubuhan itu. 

Penyokong DAP,PKR dan PAS juga akan berang serta bertindak balas jika tindakan serupa dilakukan. Janganlah cuba menjolok sarang tebuan atau mengusik hak orang lain jika tidak mahu hak kita diganggu. Kasihan PAS, setelah sekian lama diperkudakan, DAP dengan mudah menyingkirkan pemimpin PAS di Pulau Pinang.Kini DAP mahu mengenepikan pula PAS di Selangor dengan memberi kata dua kepada PKR agar memilih DAP atau PAS. Penulis kadang-kadang amat simpati dengan para penyokong PAS.Pada setiap kali pilihan raya umum mahu pun pilihan raya kecil, jentera PAS lah yang bertungkus lumus bekerja siang dan malam daripada memasang poster hingga kepada merayu undi.Lihat sahaja bagaimana Pemuda PAS dengan penuh semangat mengibar dan mengarak panji DAP keliling pekan sementara muslimat pula begitu taat menjulang poster roket dan calon DAP sambil bertakbir di tengah panas yang terik.

Dalam masa yang sama,penyokong dan pemimpin PAS diutus membelasah UMNO/BN daripada setiap sudut bagi memenangkan rakan mereka daripada DAP atau PKR yang bertanding di kawasan ramai pengundi Melayu (Islam).DAP harus sedar,ramai calon PKR dan DAP menang kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah sokongan pengundi daripada PAS.Bagi kawasan pengundi yang majoritinya bukan Melayu, DAP tidak perlu risau.Ketaksuban penyokong PAS yang sentiasa bersama pembangkang memungkinkan DAP membuat pusingan U dan kembali menjilat ludahnya. Sama-samalah kita tunggu dan lihat episod seterusnya nanti.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates