Social Icons

Pages

Monday, July 13, 2015

BREAKING NEWS !!! #1MDB !!! #TUNMAHATHIR ARAH #XAVIER PALSUKAN DOKUMEN ???


Komisen RM 700 juta yang didakwa Mahathir dibayar 1MDB kepada Jho Low,kini sudah menjadi fitnah yang membakar diri setelah pembuat fitnah,Xavier Andre Justo,ditangkap polis Thailand kelmarin.Mengikut siasatan awal,Xavier menampung kehidupan mewahnya dengan memeras ugut Petro Saudi,antara lain hubungan perniagaan syarikat tersebut dengan 1MDB.Mahathir dan kuncu-kuncunya diyakini terkesan dengan penangkapan Xavier kerana sehingga kini tidak ada kenyataan balas dikeluarkan mereka.Masing-masing mungkin sedang berbincang dengan lawyer dan mengira berapa banyak dari kekayaan masing-masing yang tinggal setelah kes saman selesai nanti. Apa pun disini nampak bijaknya Mahathir membelit. 

Sekalipun dia berpandukan kepada salinan email yang telah diubahsuai Xavier untuk membuat tuduhan palsu di atas,tidak pernah sekali pun dia mengeluarkan dokumen tersebut di blognya.Yang keluar ini adalah blog dan portal macam Din Turtle,Sarawak Report dan sebagainya.Orang-orang ini yang akan kena nanti sedang Mahathir boleh rehatkan diri dan buat bodoh macam itu sajalah,seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.Itu cara Mahathir- guna orang lain untuk laksana kerja kotornya,tak hairan kenapa 22 tahun memerintah dan begitu banyak kejahatan yang dilakukannya,dia masih terlepas dan bukan itu saja,dianggap suci macam dewa oleh sesetengah kelompok.Tapi yang penting disini,orang macam Mahathir pun percaya dokumen palsu juga atau silap-silap,adalah Mahathir sendiri yang mengarahkan dokumen tersebut dipalsukan untuk menyokong gerakan menumbangkan Perdana Menteri.

Justeru,dengan macam mana boleh,Malaysia perlu masuk campur dalam kes ini dengan mengekstradisi Xavier untuk dibicarakan disini kerana kepentingan kes itu banyak di negara ini,bukan di Thailand.Tak sabar nak tengok muka Mahathir bertukar hijau. - SMDTG

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

8 comments:

Unknown said...

Tajuk ko tu ada bukti ke? Jangan fitnah tanpa bukti boleh tak? Ingat tak pesan Ah jib gor jangan fitnah2? Dah puas makan duit haram?

jgn jadi bodoh!!! said...

polis thailand pun xhabis siasat lagi..kau dah bt fitnah..jgn ingat org bodoh mcm jibby!!

#pecatjibby
#pecatpenjilatjibby

Labu8455 said...

Dah nama pun Badut jadi apa yang boleh diharapkan dari sang Badut selain dari lawak jenaka "bodoh" yang hanya sebagai penglipur lara buat anak anak kecil yg belum kenal erti kehidupan. Tapi sang Badut ini lebih gemar memberi racun dari manisan kerana sang Badut sudah pun "termakan" budi pahlawan Bugis.

Anonymous said...

Blog penyebar fitnah.......... ptuuiiiih!!

Anonymous said...

Kau nakal la Badut....
Tercirit-cirit macai Madhaey baca citer kau ni...

Quantum Metal Consultant said...

Alamak..low class

Anonymous said...

Semua kena pakai apa yg Mahathir kata,tertuduh bersalah selagi tak di bukti tak bersalah.Jangan gaduh-gaduh lagi.sekarang giliran dia .Kalau tak mahu di tuduh buktikan lah tuduhan tu palsu.

Penyokong Mahathir kena ingat Allah Maha Adil kesudahnnya nanti siapa yg salah akan terima padah.Tak kiralah Najib atau Mahathir.Jangan pula bila terkena pada Mahahtir nanti,tuhan pun kau orang nak kata membodek Najib. Jaga baik-baik.

Anonymous said...

Pengomen diatas ni mabuk todi ka?.....

 
 
Blogger Templates