Social Icons

Pages

Monday, July 13, 2015

BREAKING NEWS !!! #AZMANHASHIM DALAM GRAND DESIGN #TUNMAHATHIR JATUHKAN PM DS @NAJIBRAZAK ???


Kita sudah tahu bahawa Tun Mahathir Mohamad mahu jatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak,Ini diakui sendiri oleh bekas Perdana Menteri itu.Yang menjadi tanda tanya ialah siapa lagi sebahagian daripada “grand design” Mahathir di belakang tabir bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib.Apabila Sarawak Report mendedahkan beberapa akaun Ambank yang didakwa atas nama Mohd Najib Razak dengan transasksi bernilai USD 700 juta,Perdana Menteri menafikan secara langsung kewujudan akaun tersebut.Beliau hanya berkata, “saya tidak menggunakan sebarang dana kerajaan untuk kepentingan peribadi.” Ini boleh membawa maksud akaun tersebut wujud tetapi bukan untuk kegunaan peribadi beliau.

Ia juga boleh membawa maksud Najib Razak sedang bermain permainan catur yang panjang bagi tujuan memenatkan lawannya dan menghidu pergerakan lain.Semalam Mykmu mendedahkan kemungkinan anak bekas pengasas Ambank digunakan sebagai budak baru Tun Mahathir selepas gagal menggunakan pembunuh Altantuya yang melarikan diri ke Australia.Namun jika akaun Ambank itu benar-benar wujud atau sebahagian maklumat-maklumat tersebut benar dicampur dengan maklumat palsu yang diperbesarkan,siapakah yang ada akses kepada akaun sepenting ini ???

Hari ini Rakyatpost.com melaporkan dakwaan seorang peguam bahawa beliau mengetahui pihak yang bertanggungjawab membocorkan maklumat terperinci mengenai akaun bank Ambank milik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.Md Zainal Abidin, Pengerusi Tadbir Urus Bertanggungjawab Malaysia (CAGM),menunding jari ke arah seorang hartawan perbankan terkemuka yang didakwa rakan seperjuangan mantan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad.Beliau berkata,hartawan itu terhutang budi kepada Dr Mahathir yang membantu dalam kejayaannya.Sungguhpun tidak menamakan siapa yang tokoh tersebut namun permerhati politik melihat orang tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah Tan Sri Azman Hashim yang memiliki kumpulan Ambank Group.Jika tuduhan ini benar ia merupakan skandal yang sangat memalukan Ambank dan boleh menjejaskan reputasi Tan Sri Azman Hashim sendiri.Malah ia mungkin menjurumuskan Azman ke penjara.

Azman Hashim dan Kontroversi Politik

Tan Sri Azman Hashim tidak dapat lari dari kontroversi politik apabila pada 2006 beliau tampil membeli saham ECM Libra milik menantu Perdana Menteri ketika itu,Khairy Jamaluddin.Khairy pada masa itu berhadapan dengan tuduhan politik dan gosip bahawa beliau mendapat keuntungan melalui urusniaga dalaman apabila membeli saham ECM Libra beberapa bulan sebelum penggabungan syarikat terbabit dengan Avenue Capital.AVENUE merupakan milik Menteri Kewangan Diperbadankan yang ketika itu diketuai oleh bapa mertuanya,Tun Abdullah Ahmad Badawi. Azman Hashim melalui syarikat Hikkaya Jaya Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat AmcorpGroup Bhd. telah membeli saham Khairy pada harga 65 sen sesaham,6 sen lebih rendah dari harga 71 sen sesaham yang dibayar Khair pada Disember 2005.Pembelian ini dilihat oleh pemerhati sebagai satu tindakan mengelakkan Khairy Jamaluddin berhadapan dengan sebarang tuduhan mendapat keuntungan melalui urusniaga dalaman (insider trading). - MYKMU.NET

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

HAMIDIsP said...

Sayang sekali kehebatan yang ada digunakan untuk saling menjatuhkan..:(

 
 
Blogger Templates