Social Icons

Pages

Monday, July 27, 2015

KALAU ESOK PILIHANRAYA BN AKAN KALAH !!! WARKAH UNTUK TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN #TSMY DIDEDAHKAN !!!



Assalamualaikum Tan Sri Muhyiddin,

Malam tadi mengesahkan bahawa Tan Sri ialah seorang Timbalan Presiden UMNO yang berstatus pengkhianat kepada orang Melayu,parti UMNO dan para sahabat.Tidak,saya tidak bercakap mengenai skandal tanah di Johor atau skandal Bestari.Net dengan YTL.Saya bercakap soal ucapan Tan Sri semasa merasmikan UMNO Bahagian Cheras malam tadi.Tan Sri bukan sahaja memburukkan Presiden parti,mempertikaikan cara kabinet menanganinya,malah mendedahkan perbualan Tan Sri dengan rakan kabinet lain.Tan Sri sungguhpun secara berlapik,tapi jelas membawa maksud 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) ini satu skandal besar.Tan Sri juga menyatakan jika pilihan raya diadakan hari ini,Barisan Nasional akan kalah. 

Tan Sri,apabila kita datang merasmikan UMNO bahagian,kita mahukan UMNO Bahagian yang bersemangat waja,bersatu dan bersedia berhadapan pilihan raya pada bila-bila masa.Malangnya,Tan Sri datang seperti mahu bertanding jawatan Presiden UMNO atau mahu menjahanamkan UMNO.Jika ikhlas dalam perjuangan sudah tentu Tan Sri akan kata isu 1MDB ini kita biarkan pihak berkenaan menyiasat mencari kebenaran dan keadilan kerana ia membabitkan isu yang besar dan kompleks.Malangnya,Tan Sri memilih untuk membelasah Presiden kerana mahu menjadi hero.Tan Sri Khianat kepada kerajaan dan sahabat dalam Kabinet.Tan Sri berada dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang memutuskan untuk menunda pemilihan UMNO 2016.Jika Tan Sri percaya Mohd Najib bersalah dalam skandal 1MDB mengapa bersetuju ditangguhkan pemilihan UMNO? 

Bukankah Tan Sri sepatutnya meminta diadakan pemilihan UMNO supaya Tan Sri dapat bertanding dan membersihkan UMNO? Tan Sri bersama MT UMNO bersetuju menangguhkan pemilihan UMNO 2016 yang sepatutnya dijadikan medan membersihkan parti jika benar ia sudah teruk seperti yang didakwa. Tan Sri tidak pentingkan orang Melayu tetapi kedudukan Tan Sri.Tan Sri khianat kepada orang Melayu di bawah.Hari ini,Tan Sri datang ke mesyuarat UMNO dan mendakwa kita tidak boleh menang pilihan raya Umum jika diadakan hari ini.Panglima perang apa yang mengumumkan kepada orang ramai dan bala tentera sendiri bahawa tidak akan menang perang? Tan Sri khianat parti UMNO dan Barisan Nasional. Bagi saya rakyat biasa, hari ini Tan Sri khianat kepada orang Melayu, parti UMNO,Kerajaan Malaysia dan para sahabat. 

Ikhlas Amin Yatim

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

14 comments:

Anonymous said...

tolong tukar nama blog ni ke BAHLOL RAKYAT ye...dah tak kelakor dah ko ni

Anonymous said...

Kala nak kelakor pegi tengok acara maharaja lawak

Anonymous said...

Badut....badut....dah jadi bodo kou.......kesian !!..

Anonymous said...

Sekiranya sdra suka makan tahi, makanlah. Tak ada orang ambil kesah pun. Tapi sdra tak perlulah mengutuk orang yang tak makan tahi.

Anonymous said...

Kalau TSMY tak cakap, siapa nak cakap?

Penat dah kami menangkis serangan dari pihak pembangkang namun DSNR masih tidak memberi jawapan yang disoal bertalu2 oleh rakyat.

Selagi DSNR membisu, semakin kuat tanggapan rakyat mengatakan DSNR telah menyeleweng sebagai PM dan menyalahguna wang rakyat.

Anonymous said...

tuan blogger, buka mata dan telinga. mari berada bersama2 rakyat jangan hadap internet tu saja dan check bayaran bulanan yg diterima. tahukah anda betapa rakyat muak dan menyampah dengan isu 1MDB. kami dah tak boleh hadam dgn isu2 ini. Najib mmg sudah tidak relevan sejak menubuhkan 1MDB. syarikat makan duit atas angin. Rakyat sudah tidak teragak2 tolak BN. ada faham? kami mmg dendam sama Najib

Anonymous said...

Nama dah blogger Badut Rakyat,nak buat macam mana. Manusia kaki bodek dan banyak makan tahi. Apa nak dikato ya.

Putera Melayu Asli said...

Saudara BR,

Saya berpandangan, adalah baik kalau saudara pergi turun ke bawah jumpa rakyat, in specific, penyokong BN. Saudara akan dapat apakah rakyat menyokong PM....saudara cuba. Tak perlu mengutuk TPM sebagai Pengkhianat. Pengkhianat sebenar adalah Jibby dan Rossie. Kita tak tanya banyak, cuma jawab ni saja :

1. Jawab YES or NO untuk soalan apakah sejumlah USD700 Juta dimassukkan ke dalam akaun Jibby. Only YES or NO !!!!!!

2. Dari mana Riza Aziz, anak Rossie dapat duit berjuta-juta dollar????

3. Dari mana Rossie dapat duit Tunai RM 2 Juta??

Cuba mula dengan jawab 3 perkara di atas dulu ya..!! Jangan lah babitkan orang lain bila Jibby ada masalah ciptaan sendiri.

Dalam dunia ni, apa yang benar adalah tetap benar, yang salah tetap salah...apabila tahap salah adalah melampau, maka Allah akan memberi petunjuk yang kita tak sedari....contoh seperti berikut :

1. Banjir Besar
2. Gempa Bumi
3. MH + MH
4. Penasihat -penasihat Kanan telah di jemput Allah SWT.

Kita perlu faham sendiri. jadi tak perlu lah panggil the Edge ke, TPM ke , SR ke sebagai pengkhianat, sedang Pengkhianat sebenar ada di depan mata. Tipu lah Jibby dan Rossie tak tau menda ni.

Dan, TPM adalah pengkhianat yang sebenar-benar nya mengkhianati rakyat jika terus bersekokongkol lagi dengan Jibby dan jemaah kabinet.

Tolong lah saudara BR, jadi lah Blogger yang bertanggung jawab, jangan jadi prepaid Blogger. Also, please note, it hard to cover lies and in doing so, u need to cover lies with another lies and another......akhirnya, the lies become clear....!!

We, Rakyat Malaysia, Muslim Malay & Muslim Orang Asli are NOT STUPID!!!!!

Just for your info and notes , me and all my relatives and friends, the strong supporter of BN has decided the following in the next PRU :

1. Kalau BN vs DAP.....we will not go for vote!!!!!

2. Kalau BN vs PAS.....we will vote for PAS !!!

3. Kalau BN vs PAS vs DAP+PKR+GHB.....we will vote for PAS.


Thank you Sir,
Penyokong BN Tegar
PUTERA MELAYU ASLI








Anonymous said...

badut or bodek? apapun tokeh sarkis akan dipencenkan slps pau tahun ini..
kemuncaknya masa pau nanti.. skang baru pwb warming up je..xkan badut dah panas bontot..
kekuatan tokeh sarkis hanya pada ketua badut yang dh tercekik makan faraid..penonton dah terlalu lama meluat dengan karenah tokeh sarkis yang membela badut badut xberguna..

Anonymous said...

tolong lah...tolong lah pergi turun padang tanya akar umbi apa perasaan sebenar mereka sekarang...semua dah tolak najib..cukup2 lah biarkan najib bermimpi..kejut kejutkan lahh...

Anonymous said...

rupanya apa yang dikatakan oleh addp dlm blog mom benar belaka .....

Anonymous said...

tak apalah tuan blogger.....cercaan yg tuan terima..insyaAllah ada kebaikkannya...saya ikut suruhan islam....sesuatu yang belum pasti duduk perkara,saya akan tunggu siasatan...setelah sah barulah buat tindakan...begitu juga hukum ALLAH..sebab itulah adanya padang mahsyar.titian siratulmustaqim dan sebagainya...itu adalah untuk keadilan.

Anonymous said...

Kelako gile.. berdentam dentum tv3 puji kejayaan pppm muhyidin.. tup tup harini dipecat...hahahaha..

Anonymous said...

Wahai orang yang komen di atas,betullah apa yng admin siarkan,kalau timbalan panglima perang belum apa2 dah angkat tangan mengaku kalah,baik tukar orang yang sanggup bermati- matian demi sbuah perjuangan yang ikhlas !tak pernah baca ke pasal Leftenan Adnan bagaimana beliau mempertaruhkan nyawa sehingga badannya lunyai .Ini TPM apa ,belum angkat senjata dah mengaku kalah ,penakut.....eloklah di ganti dengan orang lain.

 
 
Blogger Templates